in

Warnai Sambutan Hari Natal 2015 di TV2

Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi warna warni sambutan perayaan Hari Krismas dengan program-program yang bukan sahaja menghiburkan sebaliknya diharap mampu menambah kualiti masa berharga bersama keluarga tersayang.

Enam program dipilih menghiburkan penonton bermula tayangan filem animasi“Ice Age : A Mammoth Christmas” (pukul 10.00 pagi), “A Christmas Story” (pukul 2.00 petang), “Extreme Christmas Tree” (pukul 4.00 petang), “Rami Christmas 2015” (pukul 5.00 petang), “Timeless Treasures : The Musical” (9.00 malam) dan “Journey To The Center of The Earth” (pukul 11.00 malam).

Untitled

“Ice Age : A Mammoth Christmas” berkongsi kisah lucu Sid yang disenaraikan sebagai pakai nakal tahun ini selepas secara tidak sengaja memusnahkan pusaka keluarga berharga Manny. Berharap untuk memperbetulkan keadaan, dia memutuskan perjalanan ke Kutub Utara. Pelbagai situasi melucukan terjadi. Filem animasi ini meminjam suara Ray Romano dan John Leguizamo.

Menyusul “A Christmas Story”, berdasarkan tulisan lucu penulis Jean Shepherd, filem ini berlatar kisah Ralphie Parker (Peter Billingsley), yang menghabiskan sebahagian besar waktunya mengelak pembuli (Zack Ward) dan bermimpi hadiah Krismas yang ideal iaitu “Red Ryder, senapang udara. Dia sering berselisih pendapat dengan ayahnya (Darren McGavin) namun terhibur dengan telatah ibunya (Melinda Dillon). Ralphie bergelut untuk sambutan Hari Krismas tahun itu dengan cermin mata beliau dan harapannya yang tinggi.

Bolehkah anda bayangkan 40 pengukir bekerja di pokok Krismas yang dibuat sepenuhnya daripada ais? Bagaimana pula dengan perhiasan lainnya yang bernilai US $200,000 (kira-kira RM700,000)? Dokumentari bertajuk “Extreme Christmas Tree” ini menarik membawa tumpuan penonton melihat beberapa pokok-pokok Krismas yang paling rumit di seluruh dunia.

Terbitan Unit Hiburan TV RTM, saksikan program “Timeless Treasures : The Musical” yang menyaksikan bila mana lakonan, nyanyian dan tarian disatukan. Ianya menjanjikan sentuhan menarik yang menembusi hati penonton. Drama muzikal ini menampilkan artis Keith Foo, ‬Jaclyn Victor‬, ‎Adeline Tsen‬, Juzzthin‬, ‎Farhan‬, Aisya Aziz‬, Azhael juga Alam Wakaka‬ dan ‪Alamak Dancers‬. Juga The Choral Speaking Group daripada Sekolah Convent JB.

Program khas sepanjang hari ini diakhiri dengan tayangan filem “Journey To The Center of The Earth” mengisahkan dalam usaha untuk mengetahui apa yang berlaku kepada adiknya hilang, seorang saintis, anak saudaranya dan pemandu pendaki gunung mereka menemui dunia yang hebat dan berbahaya hilang di tengah-tengah bumi.

Pastikan TV2 menjadi pilihan anda sepanjang sambutan Hari Krismas ini.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Motivasi Diri Dalam Filem Dolphine Tale

Kempen KAMI BERSAMAMU TV3 Berjaya Kumpul RM1Juta