in

Happy Family Rating Tertinggi Sempena Tahun Baru Cina

TELEMOVIE NO.1 ntv7: ‘HAPPY FAMILY’
Happy Family Capai Rating Tertinggi Sempena Tahun Baru Cina

Pelbagai kerja keras yang dicurahkan di sebalik telemovie khas ntv7, Happy Family ternyata tidak sia-sia apabila telemovie itu berjaya mencapai rating tertinggi setelah seramai 527,000 penonton telah terpaku di kaca televisyen bersama Saluran Ceria Anda pada 23 Januari jam 10.00 malam yang lalu. Kira-kira 42 peratus pembahagian penonton berbangsa Cina yang berusia 4+ telah menonton telemovie itu ketika disiarkan pada hari pertama Tahun Baru Cina dan menjadikan rancangan telemovie khas itu adalah yang paling ramai ditonton di antara rancangan stesen-stesen televisyen yang lain pada musim perayaan istimewa itu.

ntv7

Telemovie menarik ini menjadikan tema keluarga sebagai elemen penting di mana ia mengisahkan sebuah peristiwa ajaib dan penuh misteri tentang sebuah keluarga yang tanpa sengaja dibawa ke alam nyata daripada sebuah potret yang dibersihkan menggunakan “ramuan gembira”. Dengan jalan cerita yang lucu serta dibintangi barisan pelakon terkenal, telemovie ini berjaya membawa gelak ketawa dan menghiburkan para penonton agar terus terpaku menontonnya.

Pengarahnya, Kethsvin Chee ternyata amat gembira menerima khabar mengenai sambutan luar biasa telemovie istimewa keduanya sejak kejayaan Superb Match Makers pada Tahun Baru Cina sebelumnya.

“Saya amat berterima kasih kepada semua kru-kru yang terlibat di dalam menjayakan telemovie Happy Family ini sama ada secara langsung atau tidak. Sememangnya saya telah meletakkan harapan yang tinggi terhadap telemovie ini dan saya juga mempunyai keyakinan yang tinggi kerana kesemua para pelakonnya telah berusaha sebaik yang mungkin”, tambah Kethsvin.

Bagi kedua-kedua hero dan heroinnya pula, William San dan Wayne Chua ternyata turut terharu dengan pencapaian telemovie itu. Bagi mereka, ini adalah hadiah terhebat dan terbaik bagi Tahun Baru Cina kali ini.

“Kami berdua amat berbangga kerana pihak produksi ternyata telah bekerja keras dalam memberi hasil mutu terbaik dan sememangnya boleh dibanggakan”, kata William San.

Respon baik yang diberikan juga boleh dilihat melalui laman Facebook rasmi telemovie itu yang rata-rata berpuas hati menontonnya. Ekoran sambutan baik itu, ntv7 bakal mengeluarkan DVD Happy Family yang akan berada di pasaran dan semua kedai muzik yang terpilih dengan harga tawaran RM 19.90 pada 2 Februari nanti.

Telemovie hebat ini membariskan lakonan mantap para pelakon berbakat antaranya ialah William San, Wayne Chua, Yeo Yann Yann (Pelakon Wanita Terbaik, Golden Awards 2010), Frederick Lee, Mayjune Tan, Leslie Chai, Lin Jing Miao, Tiang Kah Chee, Aenie Wong, Kyo Chen, dan Jack Yap. Turut berganding sama ialah pemenang Pelakon Wanita Paling Popular Golden Awards, Debbie Goh, pelakon veteran, Pearlly Chua, serta bintang yang semakin bersinar, Adrian Tan.

Telemovie Happy Family ditaja oleh Yeo’s sebagai penaja utama dan rakan media yang turut serta menjayakannya ialah stesen radio one FM.

Layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my untuk maklumat lanjut, atau ikuti perkembangan ntv7 di laman Twitter dan Facebook

Penerbit Eksekutif: Felix Tan
Pengarah: Kethsvin Chee
Tarikh siaran: Hari pertama Tahun Baru Cina, 23 Januari 2012 jam 10 malam
Durasi: 2 jam
Produksi: Dreamteam Studio
Penaja utama: Yeo’s
Radio rasmi: one FM

ntv7

ntv7

ntv7

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Istimema Maulidur Rasul di TV3

Ben 10 Ultimate Alien