Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





HANTU JAMBATAN ANCOL LAKONAN NIA RAMADHANI & BEN JOSHUA

Pada jam 2.30 petang tadi telah berlangsung satu majlis tayangan media untuk filem Hantu Jembatan Ancol di Tanjung Golden Villages, Suria KLCC.

Sebelum ini, filem-filem seram Indonesia yang dibawa oleh Sendi Mutiara Marketing Sdn. Bhd. seperti Suster Ngesot, Hantu, Pocong 2 & Pocong 3 dan Beranak Dalam Kubur telah pun mendapat sambutan yang menggalakkan di pawagam tempatan.

Untuk kali ini, Sendi Mutiara Marketing Sdn. Bhd. mempersembahkan sebuah lagi filem seram yang bertajuk Hantu Jembatan Ancol, sebuah filem terbitan MD PICTURES. Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam tempatan mulai 3 Julai 2008 ini telah pun mendapat sambutan yang memberangsangkan di sana adalah sebuah filem seram tulisan ALVIV ELHAM dan arahan ARIE AZIS.
 
Melihat serta mendengar kepada tajuk filem ini, iaitu Hantu Jembatan Ancol kita sudah dapat membayangkan yang filem amat menarik untuk ditonton. Filem yang menampilkan bintang cantik dan kacak seperti Nia Ramadhani, Ben Joshua, Nadilla Ernesta, Marsha Arwan, Dennis Adiswara dan lain lain.

Sensasi Selebriti memberikan 3 dari 5 bintang untuk filem ini.

Sinopsis Hantu Jembatan Ancol  
Nikko (Ben Joshua), pelajar kacak berumur 20 tahun dan tunang kepada Dona (Nia Ramadhani) gadis cantik berumur 19 tahun yang mana mereka saling mencintai satu sama lain.

Tetapi satu hari, Nikko telah berjumpa dengan Livi (Nadia Ernesta), gadis seksi berumur 19 tahun bekerja di sebuah café. Semenjak perjumpaan itu perasaan Nikko terhadap Livi amat berlainan. Sehingga beliau sanggup menipu Donna. Livi amat yakin yang Nikko mencintainya. Dalam masa yang sama keyakinannya berbelah bahagi apabila dia melihat Nikko dan Dona saling menyayangi. Tetapi Nikko menyakinkan Livi dengan mengatakan yang Dona itu pilihan orang tuanya. Dan Livi adalah satu satunya yang dicintai. Livi percaya…

Masa berlalu. Nikko dan Livi tenggelam dalam dunia percintaan mereka, sehingga Livi mengandung dan meminta Nikko bertanggung jawap. Nikko tidak dapat menerima semua ini, lagi pun dia tidak mahu mengkianati Dona.

Livi amat kecewa dan mereka bertengkar. Nikko tidak dapat mengawal kemarahannya lalu menolak Livi. Kepala Livi terhantuk ke dinding. Kepala Livi cedera parah dan beliau meninggal. Nikko amat panic lalu dia mencampak mayat Livi di bawah Jambatan Ancol.

Selepas kejadian ini Nikko merasakan yang dia dihantui oleh Livi. Bermula dengan deringan hp Livi mengekori kemana saja dia pergi. Dan juga menerima mesej “Sayang, cinta ini milik kita…” yang mana perkataan inilah yang selalu disebut semasa percintaan mereka. Bermula la kehidupan yang kucar-kacir yang harus ditempohi oleh Nikko. Yang mana hantu arwah Livi terus menghantui Nikko.

Untuk mengetahui cerita selanjutnya, jangan ketinggalan menonton Hantu Jembatan Ancol di pawagam bermula pada 3 Julai 2008.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Hantu Dalam Drama Niyang Rapik
  • Lirik Menanti Kekasih - Song & Soundtrack Diva
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • AntooFighter Dapat RM1juta Dalam 4 Hari
  • WARTA SERUMPUN JAMBATAN MALAYSIA-INDONESIA
  • Pengarah Drama SAKA: Minda Penonton Perlu Diubah
  • Pantang Larang Arry Putra
  • Jemputan ke Gathering Sensasi Selebriti + Filem Waris Jari Hantu
  • Pencalonan Akhir Finalis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20
  • Sinopsis Filem Waris Jari Hantu



  • 5 Komen untuk entri “HANTU JAMBATAN ANCOL LAKONAN NIA RAMADHANI & BEN JOSHUA”

    1. ninonino kata:

      huhuhu dlm air tuu…waaaaahhhh…

    2. nia's fan kata:

      wahhhhhhhh, nia tu.. mst best pnyer cite neh. da la benjamin joshua pon ade.. 2 2 pelakon tuh memang aku mnt!!!!!!!!!

    3. obefiend kata:

      hurrah.. yet another ju on wannabe. when will it stop?

    4. fzul kata:

      Mesti best citer nie ada nia ramadhani blakun…

    5. Honeybee kata:

      nampk mc best … nti leh p cari vcd @ tggu kat astro je lah …

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK