in ,

Betul Ke Hanis Zalikha & Hairul Azreen Bakal Bertunang Bulan Depan?

Nampaknya pasangan merpati dua sejoli Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, yang pernah kontroversi dengan gimik melamar secara live sewaktu Konsert Akhir GegarVaganza tahun lalu, turut sibuk menyulam cinta dan mengukuhkan lagi idea melamar tersebut bukan sekadar gimik.

Budiey dengar khabar angin yang sedang bertiup kencang, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen akan bertunang dalam bulan depan, iaitu Mac dan akan bernikah pada pertengahan tahun ini. Tapi itu hanya khabar angin. Apa-apa, nanti kita dengar sendiri daripada mulut pasangan ini.

Hanis Zalikha Duta Produk Safi Balqis

Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan mereka di laman instagram, nampaknya mereka berdua seperti sibuk membuat persiapan perkahwinan secara eksklusif di London dan juga Paris di samping kelihatan beberapa ahli keluarga Hanis Zaliha turut serta dalam percutian ini.

Melalui foto yang dimuat naik oleh Hanis, mereka juga pernah berada di butik barang kemas dan ramai peminat yang mendoakan agar mereka segera kahwin dan Hanis juga sering memuat naik gambar-gambar yang mempunyai kaitan dengan persiapan perkahwinan lain seperti aksesori yang mungkin untuk bakal pengapitnya nanti dengan meletakkan kapsyen #BrideGuide.

Selain itu, beberapa keping gambar yang dikongsi dengan Hanis sedang memakai busana seperti dress pengantin yang berlatar belakangkan Eiffel Tower di Paris menguatkan lagi tanggapan peminta bahawa pasangan ini sedang menjalani beberapa sesi fotografi pre wedding di sana. Walaupun kedua pasangan ini memilih untuk tidak memberi komen, tapi ini sekaligus dapat dilihat bahawa pasangan ini akan berkongsi mengenai tarikh perkahwinan atau apa saja rancangan mereka seterusnya.

Kita nantikan saja pengumuman rasmi dari pasangan ini dan semoga dipermudahkan segala urusan murni mereka.

Sumber dari Instagram @haniszalikha @hairulazreen

Hanis & Hairul Shooting Pre Wedding & Cari Barang Kahwin Di London & ParisHanis & Hairul Shooting Pre Wedding & Cari Barang Kahwin Di London & Paris

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinar FM Bakal Berwajah Baru & Lebih Kontemporari?

Dasha Logan & Ushera Bakal Perform di Avenue K Valentine Special