in

Hangatkan Ciuman Anda Dengan Produk Lip Balm CIUM

Topik yang kita nak bincangkan dalam entri kali ini sangat menarik. Semua tentang CIUM. Ya, cium atau dalam bahasa Inggeris disebut KISSING. Ciuman adalah lambang kasih sayang. Ramai pasangan akan mengecup bibir pasangan masing-masing untuk melahirkan rasa kasih sayang.

 photo Screen Shot 2015-10-09 at 1.56.55 PM.jpg

Semua orang dalam dunia ini secara lumrahnya akan bercium. Ternyata ciuman di bibir dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua sejoli yang sedang dimabuk asmara. Waah, ayat… kemain kan? Apa yang penting, ciuman adalah penyelamat dan benteng kepada setiap perkahwinan. Bagi Budiey, ciuman itu penting sebab dalam hubungan suami isteri pun memang perlu kan?

Ciuman dapat menghilangkan tekanan, dapat membuatkan hati kita rasa bahagia dan tenang, dapat menjadikan kita nampak selalu muda dan dapat memberikan kesihatan kepada jantung kita. Tidak keterlaluan kalau Budiey katakan ciuman dapat membakar kalori kita sebab ada kajian menunjukkan dengan hanya seminit berciuman anda boleh menghilangkan 2 hingga 6 kalori bergantung kepada keghairahan semasa berciuman.

Dah panjang Budiey berbicara pasal ciuman, pasti korang nak tahu cara-cara untuk bercium kan? Hehe, tak perlu la kot sebab Budiey kira dalam internet pun korang boleh google sendiri.

 photo Screen Shot 2015-10-09 at 1.57.01 PM.jpg

Cuma sekarang, Budiey baru berjumpa dengan satu produk gincu bibir atau lip balm yang dicipta khas untuk bercium iaitu CIUM. Nama pun dah menceritakan segala-galanya, dan tak perlu nak hurai panjang-panjang lagi tentang produk ini. Budiey jumpa produk ini semasa melayari internet, google punya google Budiey pun terjumpa dengan laman sesawang yang menjual produk yang unik ni. Cer korang try pergi ke www.ciumkiss.com.

Fuh… nak bercium pun kena ada gincu. Yelah, semasa bercium pun korang kena jaga penampilan agar pasangan korang tu nampak waahh… cantiknya isteri aku ni. Haa, tapi kan, memang tak terlintas langsung dalam kotak fikiran Budiey tentang kewujudan produk seperti ini.

Itulah Budiey nak perkenalkan kepada anda semua, samada pembaca yang belum berkahwin atau dah pun berkahwin… sebagai info anda semua. Produk ini dicipta khas untuk menambahkan keseronokan semasa bercium. Budiey dah pun cuba dan… hasilnya… apa yang Budiey boleh rumuskan produk ini memang cukup hebat!

Untuk info pembaca, produk gincu CIUM ini adalah lip balm ‘kissing’ yang pertama seumpanya yang dicipta di Asia. Sebelum ini, memang tidak ada produk dari Asia yang mengeluarkan produk seperti ini. Asal usul lip balm ni… ia diilhamkan dan dicipta oleh dua orang juruterbang penerbangan.

Sekarang ini, melalui laman web www.ciumkiss.com produk ini dah boleh ditempah sempena dengan Valentines Day tahun depan. Sebab biasanya pasangan akan tempah di saat akhir sebagai hadiah kepada pasangan masing-masing. Jadi, laman web ini dah buka pre-order awal-awal lagi kepada korang semua. Selain beli sejambak bunga, Budiey rasa memang sesuai lah untuk dihadiahkan kepada pasangan masing-masing sebagai tanda dan simbolik cinta. Betul tak?

Cium

Setelah tempah, barang yang Budiey nak cuba pakai ni sampai ke tangan. Ada dua jenis paket dan dalam satu pek kotak tu ada dua perisa iaitu S’berry & Meeko dan perisa kedua ialah Sambal dan Ais. Cara nak tentukan yang mana satu untuk lelaki atau perempuan? Hmmmm…. Meeko untuk lelaki dan S’berry untuk perempuan. Mungkin begitulah perkiraaanya kalau nak tengok pada nama tu kan

.  photo Screen Shot 2015-10-09 at 1.57.20 PM.jpg

Budiey dah pun mencadangkan produk ini kepada isteri Budiey, ternyata dia sangat suka dengan produk ini. Katanya, apa yang ketara dirasakan ialah perisa atau flavour yang unik lip balm CIUM adalah memang best. Apalagi setelah melihat kesannya isteri Budiey dah melekat dengan produk ni.

Setiap hari dia guna. Ternyata memang berkesan dalam setiap hubungan suami isteri dan mengeratkan lagi hubungan kerana setiap pasangan dijamin akan rasa selesa dan lebih intim setelah menggunakan produk ini. Perisa yang kami suka ialah S’herry & Meeko sebab rasanya sangat manis dan memang ketagih nak pakai selalu walaupun berada di dalam rumah! Haha, yang penting ia dapat melembapkan bibir kita. Nampak segar dan berkilat sepanjang masa.

Sesuai untuk digunakan semasa dalam bilik yang berhawa dingin. Selain dapat dibeli secara dalam talian, anda juga boleh beli dalam setiap penerbangan AirAsia dengan harga RM75. Untuk info pembaca, lip balm CIUM sekarang ni ada mengeluarkan pakej atau bungkusan terbaru yang lebih ohsem untuk Valentine’s Day 2016 dan anda perlu menempahnya terlebih dulu. Ya, memang nak kena buat PRE-ORDER dulu sebab ianya cukup istimewa dan limited edition! Ini bermakna stok lip balm CIUM yang special ni sangat terhad.

Ini disebabkan permintaan atau demand yang terlalu banyak dari AirAsia. Jadi, anda dinasihatkan supaya buat tempahan seberapa segera untuk pakej terbaru yang super duper classy sempena Valentine’s Day untuk pasangan anda!

 photo Screen Shot 2015-10-09 at 1.57.13 PM.jpg

Oh ya, sebelum Budiey terlupa la kan, sempena Valentine’s Day juga, ada 2 lagi perisa dikeluarkan iaitu CIUM Zac/Kimmy dan CIUM Jumbo/Ying! Kedua-duanya adalah perisa baru yang memang unik dan menghairahkan! Sekarang ini ada potongan harga.

Jadi korang cepat-cepatlah beli produk ini. Dalam satu kotak tu ada dua perisa. Selepas potongan diskaun, harga yang dijual ialah sebanyak RM29.00. Jadi cepat tempah sekarang! Dan lepas ni korang boleh guna untuk kissing! Yeah! Okay, ini sesuatu yang menarik. Tak pernah dianjurkan rasanya… Peraduan CIUM akan dianjurkan dengan menawarkan hadiah yang lumayan.

Memandangkan ianya pertandingan kissing, jadi ianya terhad kepada pasangan suami isteri. Apa yang anda perlu buat ialah dengan merakam sebuah video pendek durasi bergantung kepada selama mana anda boleh bertahan..dan yang paling penting… dengan cara yang kreatif dengan meletakkan sebuah jam dan satu kotak produk lipbalm CIUM dihadapan anda dengan aksi bercium!

Haaa… amacam? Ada berani? Anda perlu muatnaikkan video anda tadi ke Youtube dan emelkan ke: [email protected] Ingat! Rakaman ciuman paling LAMA akan menang wang tunai RM1500. Wow! Banyak tuuuuuu! Budiey pun rasa nak cuba! Layari: www.ciumkiss.com

Cium

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Acara Jom Santai Bersama Amaris di Pulau Redang, Seronok Dapat Bermesra dengan Alam

Senarai Pemenang Anugerah Planet Muzik 2015