Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Hana-Kimi Japanese Komik Hisaya Nakajo Series di 8TV

HANA-KIMI
Japanese Series

TX Date: 2 November 2008
Time: Sunday, 3pm-4pm
Language: Japanese

8TV dengan bangganya membawakan sebuah drama bersiri animasi yang diadaptasi dari sebuah komik Jepun ciptaan Hisaya Nakajo yang cukup menarik. Hana-Kimi mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang sanggup menyamar sebagai seorang lelaki semata-mata untuk bertemu dengan idolanya yang merupakan seorang olahragawan dalam acara lompat tinggi. Malangnya beliau tercedera dan terpaksa berhenti daripada sukan itu. Hana-Kami akan disiarkan pada 2 November, 2008 (Ahad) setiap jam 3 petang.

“8TV membawakan anda sebuah animasi yang cukup menarik yang penuh dengan babak-babak yang cukup mendebarkan. Tidak dilupakan budak-budak lelaki yang sangat comel!,” ujar Cik Lam Swee Kim Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim.

Ashiya Mizuki yang dilakonkan oleh Horikita Maki, seorang budak perempuan Jepun dari California yang terlalu kagum akan idolanya iaitu seorang olahragawan lompat tinggi Sano Izumi yang dilakonkan oleh Oguri Shun. Horikita Maki sentiasa menonton dan mengikuti perkembangan Sano dan akhirnya bernekad untuk berpindah ke Jepun. Oleh kerana Sano bersekolah di sekolah lelaki sahaja, Ashiya Mizuki mengambil keputusan untuk menyamar menjadi seorang budak lelaki supaya dapat belajar di sekolah yang sama dan berada dekat dengan idolanya. 

Setahun yang lepas Sano telah tercedera sewaktu sesi latihan dan mengambil keputusan untuk tidak lagi bertanding. Selain mahu mendekati idolanya Ashiya Mizuki juga sebenarnya mahu memberikan sokongan kepada idolanya untuk terus bertanding dan tidak putus asa dengan apa yang berlaku.

Adakah takdir akan membawa Ashiya untuk bertemu dengan idolanya dan adakah dia berjaya memujuk Sano untuk kembali bertanding dalam sukan lompat tinggi? Adakah identity Ashiya akan terbongkar? Jangan lepaskan peluang menonton drama yang penuh romantik ini bermula pada 2 November 2008 (Ahad) di Astro.

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kad Raya Dari Kimi
  • Kad Raya Dari Hana Suri Media Fotografer Terlampau
  • 2007 59th Annual Primetime Emmy Award Winners! Heroes Lost!
  • Nurul AF2 Dalam Teater Baik Gila
  • L’oréal Paris Signs Matthew Fox As The New Spokesperson
  • KRU Documentary Wins at the Bali International Film Festival 2008
  • Slit-mouthed Woman: Japanese Horror Thriller
  • Accuracy of Death Japanese Movie
  • Jamie Lynn Spears is Pregnant
  • Golden Globes Awards 2008 Nominees



  • 3 Komen untuk entri “Hana-Kimi Japanese Komik Hisaya Nakajo Series di 8TV”

    1. izie kata:

      Da tengok citer nie..
      memang best giler..
      rugi kalau korang smua tak tengok..
      tengok2 la yer..
      memang tak rugi…

      Suka tengok diorang menari masa last skali..
      comel giler..
      dah la smua laki..
      hahaha

    2. redanna kata:

      dah tgk ceta ni! memang best giler!!!!!

    3. honeyz kata:

      mmg besh…
      yg SP pon da kuar~
      harapnye xalih bahse cam citer korea…

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK