in ,

Hamper Raya dan Kad Ucapan Aidilfitri dari Suria FM

Minggu terakhir berpuasa, tidak banyak event atau majlis yang perlu dihadiri oleh Budiey. Mungkin penganjur ingin kasi peluang kepada kami untuk buat persediaan akhir bagi menyambut Aidilfitri. Masa luang ni jugalah masa yang sesuai untuk pergi shopping. Jangan lupa, bayar zakat fitrah sekali ya.

Juga pada minggu terakhir Ramadan ini, masa untuk kami menerima hamper raya yang dihulurkan oleh stesen TV dan radio serta syarikat yang sebelum ini pernah bekerjasama.

Pada petang tadi, Budiey telah menerima hamper raya dari stesen radio yang terkenal dengan tagline – Muzik Terbaik Tanpa Henti ~ Suria FM. Terima kasih kepada Suria FM terutama sekali Deejay Lyn yang sudi menghantar dan menghulur hamper raya dengan tangan sendiri. Tak yah pakai kurier ek. Jadi lebih cepat dan yang penting dapat merapatkan lagi hubungan sesama.

Memang lawa raga merah ni siap dengan rebennya sekali dan kat dalam pula ada beberapa kotak biskut raya juga dua kotak coklat dan satu bungkus kek buah. Best~

Lyn sempat menghulurkan dua jemputan kepada Budiey. Pertamanya, pada 16 September ini, hari Rabu, Gerai Juz Jambo Suria FM yang dibuka di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampong Baru akan diserikan dengan kehadiran Ning Baizura. Khabarnya, hari Rabu ini adalah hari terakhir untuk Gerai Juz Jambo melabuhkan khemahnya.

Jadi kepada semua pembaca, bolehlah singgah ke gerai ini untuk membeli juz jambo Suria FM. Terletak dekat dengan Masjid Kampong Baru dan berhadapan dengan kedai 7 Eleven.

Keduanya, acara pelepasan 3 buah bas yang disewa khas sempena dengan Kempen Jom Balik Kampung Bersama Munchys Di Suria FM ke tiga destinasi iaitu Kota Bharu, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Pelepasan akan diadakan di Bangunan KTM, Mezzanie Floor, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur pada hari Jumaat ini jam 10 pagi.

Tidak dilupa, diselitkan juga sekeping kad ucapan raya Suria FM yang ditandatangani sendiri oleh Chef Operating Officer, Engku Emran. TQ~!

Berposing sakan semua penyampai lengkap dengan baju raya. Masa ni la nak melaram ek. Kadnya simple tapi unik berkonsepkan keceriaan di hari raya.

Suria FM mengirim salam Aidilfitri buat semua pembaca. Terima kasih atas sokongan kalian~!

Teruskan layari: www.suriafm.com.my dan mendengar radio paling meletop di Malaysia…. SURIA FM~~~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Bob AF, Siti Sarah, Asmidar & Raja Farah di Los Angeles

Linda Onn, Adibah Nor dan Ezlynn di Pelangi Kasih Sempena Aidilfitri