Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Hamid Albar dan Rahim Tamby Chik Kupas Isu Peralihan Kuasa Dalam Umno dalam Hujah TV9



Program bual bicara politik TV9 yang semakin diminati ramai, Hujah malam esok akan menyaksikan dua tokoh politik berpengalaman iaitu Datuk Syed Hamid Albar & Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengupas tentang Peralihan Kuasa Dalam UMNO: Apa yang beralih? Sekadar Pemimpin Atau Organisasi Parti?

Datuk Syed Hamid Albar

Rancangan menarik ini akan disiarkan secara langsung dari Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24 Februari 2009 (Selasa) dari jam 9.30 malam hingga 10.30 malam bersama hos bersuara lantang, Dr. Mohamad Agus Yusoff. 

Pada minggu lepas, tiga tokoh politik yang mempunyai pengaruh mereka tersendiri – Datuk Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Khir Toyo telah menggunakan peluang yang ada membicarakan pasal isu sosial, politik dan ekonomi semasa.

Selain itu, beberapa isu turut disentuh dalam forum selama sejam itu termasuk Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris, Dasar Ekonomi Baru dan isu ekonomi termasuk harga minyak dan kenaikan harga barang. Hujah menggunakan pendekatan yang agak serius dalam membicarakan isu-isu tersebut kerana ia cuba memberi pelbagai gambaran dan perpektif mengenai sesuatu subjek yang boleh memberi ilmu dan maklumat kepada penonton.   

Seperti biasa, Hujah akan dipengerusikan oleh Dr. Mohammad Agus Yusoff yang menjawat jawatan Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik, dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.     

Keberanian dan kelantangan beliau mengemukakan soalan-soalan cepu emas secara provokatif kepada panel-panel Hujah sebelum ini memang menarik perhatian penonton. Sebab itu juga Dr Agus begitu sinonim dengan Hujah.      

Bagi mengetahui kupasan selanjutnya mengenai tajuk pada minggu ini, jangan lupa menonton TV9 pada 17 Febuari, 2009, Selasa, jam 9.30 malam dibawakan khas secara langsung dari Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka oleh TV9, stesen Dekat di Hati lagi padat berinformasi.

Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dato’ Mukhriz, Tun Dr. Mahathir Mohamad @ Program Hujah di TV9
  • Hujah di Tv9 Bincang Bahasa Melayu Bahasa Perpaduan
  • Hujah TV9 Bincang Krisis di Perak
  • Keputusan Perhimpunan Agung UMNO dan Pemilihan Parti 24 hingga 28 Mac 2009
  • Penamaan Calon Esok & Siti Nurhaliza Tak Daftar Undi?
  • Gambar Seksi Jasmin Hamid
  • Gambar Anak Aznah Hamid Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar & BF
  • Profile Rahim Maarof The Godfather Of Rock
  • M.Rajoli Selamat Dikebumikan
  • Program Apa Kata Wanita Kupas Isu Perkahwinan



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK