in ,

Hotels.com Lancar Kempen HALF THE FUN OF TRAVEL Bersama Elfira Loy

Rakyat Malaysia seronok dengan proses perancangan perjalanan,
tetapi mereka rasa tertekan semasa mencari tawaran bernilai terbaik

Hotels.com lancarkan kempen “Half the Fun of Travel” (Separuh Daripada Keseronokan Melancong) bersama Elfira Loy untuk menjanjikan pengalaman perancangan perjalanan dan penginapan terbaik kepada pengguna  

Hotels.com’s Regional Marketing Director Jessica Chuang with actress Elfira Loy during the launch of the “Half the Fun of Travel” campaign

Hasil tinjau selidik Hotels.com

  • Rakyat Malaysia utamakan ketermampuan, pengalaman baharu dan kecantikan bergambar berbanding faktor pengembaraan lain dalam memilih destinasi percutian
  • Rakyat Malaysia meyakini ulasan dalam talian – 82 peratus rakyat Malaysia dipengaruhi sedikit sebanyak oleh ulasan dalam talian apabila membuat keputusan melancong
  • 65 peratus pelancong milenial meluangkan masa lebih dua jam untuk meninjau pilihan penginapan – 11 peratus meluangkan masa lebih 10 jam
  • Selera orang Malaysia tidak berubah di luar negara – 98 peratus pelancong meluangkan masa mencari restoran Asia
  • Pelancongan halal – 97 peratus pelancong Muslim meluangkan masa mencari pilihan menjamu selera yang halal sebelum perjalanan mereka

Usaha mencari tawaran terbaik, menyelaraskan pilihan dan menilai begitu banyak maklumat adalah antara cabaran yang menimbulkan tekanan kepada golongan milenial Malaysia apabila merancang perjalanan mereka, menurut satu tinjau selidik yang dikendalikan oleh Hotels.com. Kajian tersebut dijalankan sempena pelancaran kempen terbaru Hotels.com “Half the Fun of Travel” (Separuh Daripada Keseronokan Melancong), yang bertujuan mengajak rakyat Malaysia merancang perjalanan mereka dengan cara yang menyeronokkan menerusi kisah peribadi golongan selebriti dan blogger-blogger berpengaruh Asia Tenggara yang memang gemar melancong. Elfira Loy, Audrey Ooi dan Shahril Fawzy telah dipilih sebagai jurucakap program ini di Malaysia.

Pengarah pemasaran serantau Hotels.com Jessica Chuang bersama jurucakap kempen “Half the Fun of the Travel”, Elfira Loy

Tiga punca tekanan utama bagi golongan milenial Malaysia semasa merancang perjalanan:

  1. Tidak pasti sama ada saya mendapat harga terbaik (55%)
  2. Perlu mengambil kira pilihan orang lain (54%)
  3. Terlalu banyak maklumat, tidak tahu apa yang terbaik (48%)

“Pelancong Malaysia mengutamakan nilai. Menerusi rangkaian global dan program Ganjaran kami (Hotels.com’s Rewards), kami dapat menawarkan hotel hebat yang disesuaikan dengan bajet berbeza dan memberikan nilai terbaik untuk wang menerusi laman web dan aplikasi mudah alih kami,” kata Jessica Chuang, Pengarah Serantau bagi China Raya, Asia Tenggara & India bagi Jenama Hotels.com.

Jessica Chuang and Elfira Loy sharing a light moment during the launch of the campaign

Pelancongan berkumpulan adalah sangat popular dalam kalangan 1,000 penduduk milenial Malaysia (lahir 1982 dan selepas itu) yang ditinjau selidik, dengan 91 peratus daripada responden memilih untuk melancong bersama rakan dan keluarga mereka setiap kali. Hanya lapan peratus yang meluangkan sebahagian besar masa untuk melancong secara solo. Mereka juga membuat perancangan awal, 66% daripada responden melaporkan bahawa mereka merancang berminggu-minggu lebih awal, dan hanya 5% daripada responden merancang percutian mereka beberapa hari lebih awal.

Ini bermakna keseronokan bercuti bermula sebelum kita menjejakkan kaki di destinasi kita atau membuat tempahan tiket penerbangan. Keseronokan bermula dari detik kita mula membayangkan percutian kita, dengan mencari tempat penginapan, tempat menarik untuk dilawat, aktiviti untuk dilakukan dan sajian menarik untuk dinikmati. Tidak hairanlah bahawa walaupun dengan cabaran yang dihadapi, seramai 94 peratus daripada responden berkata mereka seronok dengan proses perancangan percutian.

Tiga keseronokan utama merancang perjalanan adalah:

  1. Menerokai pengalaman baharu (23%)
  2. Menerokai destinasi baharu (21%)
  3. Pengalaman merancang perjalanan bersama rakan dan keluarga (19%)

Bagaimana pelancong Malaysia memilih destinasi mereka yang seterusnya?

Untuk membolehkan sesuatu destinasi menarik kunjungan rakyat Malaysia, faktor ketermampuan merupakan penentu utama, dengan 86% daripada responden menganggap faktor ini sebagai salah satu pertimbangan utama mereka. Seramai 45% daripada responden lebih suka menuju ke destinasi yang kelihatan cantik di dalam gambar, atau dengan kata lain, Instagrammable.

Rakyat Malaysia adalah pengguna Instagram paling aktif di Asia Pasifik (Kantar TNS, 2016), dan mereka suka berkongsi gambar percutian mereka dengan rakan-rakan dan keluarga menerusi platform media sosial. Sudah pasti cara terbaik untuk berbuat demikian ialah mengunjungi destinasi serba indah di mana mereka boleh mengambil gambar dan memuat naik gambar terbaik untuk Instagram, tanpa sebarang filter (penapis)!

Tiga Pertimbangan Utama Apabila Memilih Destinasi Seterusnya:

  1. Ketermampuan destinasi (86%)
  2. Menimba pengalaman baharu (63%)
  3. Keindahan untuk bergambar (45%)

Rakyat Malaysia suka bersosial – dari saat merancang hinggalah semasa melancong

Sebahagian besar daripada perancangan perjalanan pelancong milenial Malaysia merupakan aktiviti menyeronokkan yang dikongsi bersama orang lain. Kajian menunjukkan bahawa perancangan perjalanan ialah aktiviti sosial dengan 74 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka merancang percutian bersama rakan dan keluarga.

Golongan milenial Malaysia juga bergantung kepada rakan dan keluarga untuk memberikan maklumat terbaik tentang destinasi mereka, dengan 50 peratus berkata maklumat dari mulut ke mulut sebagai sumber terbaik. Aspek sosial diluaskan lagi kepada ulasan dalam talian oleh pelancong lain, dengan 82 peratus daripada golongan milenial yang ditinjau selidik menyatakan bahawa mereka dipengaruhi oleh ulasan dalam talian semasa merancang perjalanan.

Jessica menambah, “Kami memahami kuasa ulasan umum dalam mempengaruhi keputusan kembara masa kini, dan Hotels.com sukacita untuk menyediakan lebih 25 juta ulasan tetamu sebenar yang ditentusahkan di laman kami.”

Penginapan ialah perkara pertama yang dirancang dan sebahagian besar masa diluangkan untuknya  

86% daripada golongan milenial akan mula merancang penginapan mereka selepas menentukan destinasi, berbanding 80% bagi pengangkutan (penerbangan, bas, keretapi, dll.) dan 50% bagi jadual kembara. Dalam kalangan mereka yang berbuat demikian, sebahagian besar meluangkan masa berjam-jam setiap hari mencari penginapan terbaik – 54% meluangkan masa antara dua hingga 10 jam, 35% menghabiskan masa sehingga sejam dan 11% meluangkan masa lebih 10 jam.

Selera pelancong Malaysia tidak berubah di luar negara – 98% meluangkan lebih banyak masa untuk mencari restoran Asia, dengan 48% daripada mereka mengambil masa lebih sejam berbuat demikian. Ternyata, Rakyat Malaysia dan mi goreng, nasi lemak dan nasi ayam, memang berpisah tiada.

Percutian halal juga popular dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan 97% daripada pelancong Melayu dalam keji selidik ini meluangkan masa untuk menyelidiki pilihan menjamu selera halal sebelum membuat keputusan kembara masing-masing. Sebanyak 51% meluangkan masa lebih daripada sejam berbuat demikian.

“Di Hotels.com, kami percaya perancangan adalah separuh daripada keseronokan melancong – dan golongan milenial Malaysia nampaknya bersetuju dengan kami. Kami faham bahawa ramai di antara mereka menggunakan perancangan percutian sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan dengan rakan dan keluarga dan banyak masa dihabiskan menyelidiki tempat terbaik untuk penginapan paling sesuai. Kempen terbaru kami ‘Half the Fun of Travel’ bertujuan memberikan kemudahan perancangan perjalanan terbaik kepada pengguna dan memanfaatkan pengalaman Hotels.com dalam bidang ini supaya proses tersebut lebih lancar dan menyeronokkan,” kata Jessica.

Kempen ‘Half the Fun of Travel’, yang berlandaskan blog pelancongan (www.blogshotels.com/ms), memaparkan kisah peribadi, tip dan petua untuk memanfaatkan pelbagai tawaran Hotels.com oleh tokoh-tokoh berpengaruh dan kaki kembara Asia Tenggara seperti pelakon Elfira Loy, penulis blog gaya hidup yang juga seorang ibu, Fourfeetnine, penulis pelancongan Pojiegraphy dan banyak lagi.

Sempena pelancaran ‘Half the Fun of Travel’, Hotels.com menawarkan potongan 8% daripada tempahan sehingga 15 September 2017, untuk tarikh perjalanan dari 15 Ogos 2017 – 31 Mac 2018, dengan kod promo 8OFFHTFOTMY.

 

Tinjau selidik tingkah laku perancangan kembara terkini Hotels.com diadakan antara Julai dan Ogos 2017. Seramai 1,024 orang daripada generasi milenial Malaysia (lahir pada 1982 dan selepas itu) daripada demografi, latar belakang bangsa dan geografi yang mencerminkan komposisi penduduk Malaysia telah menyertai tinjau selidik ini.

Mengenai Hotels.com

Hotels.com L.P. mengendalikan Hotels.com, laman web tempahan penginapan dalam talian yang terkemuka dengan pelbagai kemudahan daripada rangkaian antarabangsa dan resort serba lengkap kepada pilihan kegemaran dalam negara dan kemudahan inap sarapan, bersama segala maklumat yang diperlukan untuk memastikan tempahan penginapan yang terbaik. Pelanggan mendapat penjimatan serta-merta dengan Secret Prices** dan ahli Hotels.com Rewards boleh mendapat dan menebus penginapan percuma*** di beribu-ribu pusat percutian dan peranginan di seluruh dunia.

** Secret Prices (Harga Rahsia) boleh didapati untuk pengguna aplikasi Hotels.com, ahli Hotels.comTM Rewards dan individu yang membuka kunci Secret Prices di laman web dengan melanggani Hotels.com melalui e-mel. Secret Prices akan ditunjukkan di mana paparan “Your Secret Price” ditunjukkan dalam keputusan pencarian anda. Boleh didapati untuk hotel terpilih dan pada tarikh terpilih sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat penuh.

*** Malam percuma tidak termasuk cukai dan yuran. Lihat terma dan syarat penuh

© 2017 Hotels.com, LP. Hotels.com dan logo Hotels.com adalah tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Hotels.com, LP di A.S. dan/atau negara lain. Semua tanda dagang lain adalah hak pemilik masing-masing.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Gives Hope with Every Ringgit Spent

CAKAP KE TANGAN Single Terbaharu Stacy Hadiah Istimewa Daripada Suami Tercinta