• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Hala Tuju Baru ntv7 2013

0
  • by Budiey
  • in NTV7
  • — 29 Dec, 2012

SASARAN & HALA TUJU BARU ntv7

2013 bawa definisi baru kepada Saluran Ceria Anda – Sasaran tersendiri dan lebih komprehensif

Siapa sangka Saluran Ceria Anda, ntv7 kini dah mencecah usia 15 tahun pada tahun 2013. Selama 15 tahun jugalah saluran itu telah cuba sedaya upaya menghasilkan kandungan-kandungan bermutu dan cuba menarik perhatian lebih ramai penonton saban tahun. Seiring dengan sambutan ulang tahunnya yang bakal tiba, ntv7 mengatur percaturan dengan memperkuat kedudukannya sebagai antara peneraju utama rangkaian televisyen serta menawarkan rancangan berkualiti yang bakal menarik seisi keluarga untuk setia menonton rancangan-rancangannya tanpa jemu.

ntv7 akan memperkenalkan KEDUDUKAN TERBARU stesen itu untuk tahun 2013 yang bakal membawa saluran itu ke fasa yang lebih menarik dalam evolusinya tahun depan. Saluran itu kini telah mengenalpasti kedudukannya dengan menyasarkan jenama premiumnya kepada golongan profesional (professionals), pengurus (managers), eksekutif (executives), ahli perniagaan (businessmen) atau singkatannya (PMEBs) yang juga dikenali sebagai takrif Modern Urban Progressive Adults (MUPAs).

MUPAs adalah mereka yang berusia 25 – 45 tahun dengan pemikiran urban dan global yang dikenali memiliki beberapa ciri seperti – bijaksana & bergaya, moden dengan citarasa global, mempunyai gaya hidup yang sibuk, berada di mana-mana sahaja (on-the-go) dan berorientasikan keluarga adalah di antaranya.

Airin Zainul, Group GM of ntv7 & 8TV

Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV berkata:

“ntv7 mengalami dan mengambil perubahan ini dengan memikirkan apakah yang mampu kami lakukan lagi demi para penonton serta para pengiklan, dan pada masa yang sama meneruskan legasi 15 tahunnya dalam memberi inspirasi, membawa nilai-nilai murni dan menyebarkan keceriaan.”

“Ini merupakan berita baik kepada jenama-jenama yang ingin mengekalkan nilai jenama premium yang mereka sedia ada di ruang rangkaian kami yang tidak berbayar dan ditonton oleh lebih ramai penonton sasaran mereka. Penjenamaan kedudukan stesen kami di pasaran mampu memberi pendedahan kepada jenama sebegini kepada penonton sasarannya dalam jumlah yang lebih ramai dan tiada yang mampu melakukannya seperti ntv7.”

ntv7 bakal memulakan pelaksanaan perancangannya pada tahun 2013 di mana saluran itu menumpukan usaha dan strategi-strategi mereka dalam TIGA bahagian –Strategi Kandungan Tertumpu, Strategi Perniagaan Tertumpu serta Interaksi Penonton Tertumpu dan Strategi Komunikasi.

Saluran Ceria Anda juga baru-baru ini mengumumkan barisan kandungan rancangan 2013 dengan judul drama dan filem yang lebih hebat serta MENINGKATKAN KUALITI KANDUNGAN rancangannya yang berbentuk komedi dan dokumentari. Penampilan stesen itu juga akan disesuaikan untuk dilihat seiring dengan pembaharuan kandungannya dengan kualiti yang dipertingkatkan.

“Saya fikir apa yang paling penting adalah memastikan kami terus fokus dengan pengisian KANDUNGAN yang dilihat amat dinantikan para penonton, walaupun pelbagai saluran dan ruang komunikasi lain yang terus dibangunkan oleh penyedia penyiaran lain.”

2013 juga menyaksikan ntv7 MEMBINA KEYAKINAN dalam konteks perniagaannya bersama para pengiklan dan pembekal. Saluran itu juga bersedia menawarkan khidmat yang lebih fleksibel dimana para pengiklan boleh menikmati tawaran menarik yang berbeza dan mendapatkan penyelesaian mengikut kehendak mereka serta pakej integrasi istimewa.

Oleh kerana TV bukan sahaja terhad di ruang tamu, rangkaian TV harus berfikir di luar kotak pemikiran dan mengembangkan lagi keupayaan mereka dengan merapatkan jurang dengan penggunanya serta memenuhi kehendak masyarakat yang rata-ratanya mengalami perubahan gaya hidup yang pantas.

Yang pasti ntv7 akan terus MENARIK PARA PENONTON MELALUI INTERAKSI DUA HALA agar ianya lebih berkesan. Antara rancangan-rancangannya yang menjurus kepada usaha itu adalah dengan terlibat secara terus bersama komuniti terbabit dengan penganjuran acara-acara khas serta kempen berterusan seperti Bella Awards, Feel Good Run, Karnival Yuan, sambutan ulang tahun ke-15 ntv7, dan banyak lagi. Stesen ini juga akan menggunakan segala ruang dalam talian yang ada seperti laman sosial yang sedia ada untuk terus dekat di hati penonton.

“Industri hiburan sentiasa menjadi industri yang amat kompetitif – Itu sahaja sudah menjadi sebahagian daripada cabaran yang harus kami hadapi. Apa yang lebih mencabar adalah untuk terus menyesuaikan rangkaian kami dengan perubahan gaya hidup dan kehendak penonton zaman kini. Kami berharap untuk mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di sambil merapatkan jurang yang ada melalui acara-acara khas dan kempen yang kami anjurkan.”

Ketika acara Media Prima 2013 TV Networks Screenings dilangsungkan, ntv7 mengumumkan barisan rancangan hebat yang bakal disiarkan termasuklah judul-judul dari pasaran antarabangsa seperti Fringe, The Big Bang Theory, New Girl, How I Met Your Mother, dan Two & A Half Men. Tidak kurang juga tawaran rancangan tempatan yang disasarkan kepada golongan sasaran, MUPAs seperti Bella Awards (rancangan penganugerahan pertama Malaysia khas buat wanita), Tanah Merah (produksi drama hebat arahan Khabir Bhatia), Projek Korus (pertandingan realiti mencari pasukan koir terbaik negara) serta Phat Fabes and Ben Show (rancangan variasi menarik gabungan duo pengacaranya yang lucu).

Kandungan berbahasa Cina tempatannya juga tidak dinafikan merupakan salah satu penyumbang kejayaan stesen itu. Produksi Cina tempatan terbitannya juga sebagus dan mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan lebih baik daripada sesetengah produksi industri Cina antarabangsa.

Rancangan kandungan Cina yang bakal menghiasi ntv7 pada tahun hadapan antaranya ialah Undercover Cops (hasil pengarah terkenal yang membawakan drama Cina The Iron Lady), The Super Cute (rancangan realiti pencarian model kanak-kanak pertama dalam bahasa Mandarin), Set Off to the World (versi Malaysia rancangan pengembaraan terkenal TVB) serta judul-judul hit tempata yang bakal hadi dengan musim baru – Mars vs Venus, Mandarin Battle Star, Love Compulsory, dan Time FM – untuk menambah lagi kekuatan kepada kandungan-kandungan yang sedia ada.

Pada tahun 2012, ntv7 terus kompetitif dengan kedudukannya sebagai di antara stesen lima teratas untuk penonton 4+ dan penonton urban 30+ dengan perkongsian sebanyak 5.1% dan 5.8% masing-masing yang dikemaskini sejak September lalu. Manakala penonton berbangsa Cina tetap kukuh dengan jumlah 17.9% pada bulan yang sama dan ditempatkan dalam golongan Top 3 secara keseluruhan.

Penganjuran kedua anugerah buat industri hiburan Cina Malaysia, Golden Awards turut mencapai satu lagi kejayaan pada tahun ini dengan penerimaan baik seramai 700,000 penonton Cina yang menduduki peratusan 50% perkongsian penonton. Inisiatif jelajah pasangan Diraja Britain dalam “Will & Kate – The Malaysian Tour” turut menjadi salah satu anjakan stesen itu dengan penyiarannya sempena Hari Malaysia telah berjaya membuahkan pertumbuhan positif dengan jumlah penontonnya sebanyak 23% lebih tinggi berbanding jumlah purata rancangan-rancangannya di dalam slot yang sama.

Kempen kiraan detik sambutan kehadiran pasangan idola diraja itu diadakan bermula 9 sehingga 16 September 2012 telah berjaya menarik sejumlah 5 juta penonton menerusi barisan rancangan yang memberi tumpuan terhadap lawatan pasangan tersebut. Antaranya ialah rancangan temubual ntv7, rancangan berita dan hal ehwal semasa dan dokumentari istimewa mengenai pasangan tumpuan ramai itu.

Manakala Ogos lepas menyaksikan drama realiti berbahasa Cina pertama Malaysia, The Game turut menerima sambutan baik 700,000 penonton dengan konsepnya yang segar dan serba baru. Selain itu, ntv7 juga menawarkan rangkaian filem blokbuster hebat buat penontonnya. Pada Oktober lepas, ntv7 memperkenalkan maraton filem-filem James Bond yang turut mendapat respon baik daripada para penontonnya.

The Game - Malaysia's 1st reality drama

Will & Kate - The Malaysian Tour Campaign

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Adultsgloballogo ntv7Modernntv7 Saluran Ceria Andaprogram ntv7ProgressiveUrban

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Sinopsis Drama Bersiri Debunga Lalang
  • Next story Gambar Pelakon Debunga Lalang di Majlis Ramah Mesra Bersama Media

ENTRI BERKAITAN

  • Program Raya di NTV7 Saluran Ceria Anda 30 Sep, 2008
  • Ujibakat Program Realiti Terbaru ntv7 8 Dec, 2010
  • Drama Korea Terbaru Still Marry Me di ntv7 5 Feb, 2013
  • Program TV Menarik Sepanjang Jun di NTV7 7 Jun, 2009

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
    • Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular
    • Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids
    • Achey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang
    • Red Bull Bc One Cypher Malaysia Kini Kembali
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Aliff Aziz Kini Bergelar Pengembala Kambing
    • Anis Nabila Jadi Program Kuali Bujang Tampil Selebriti Popular
    • Kids vs Film Discovery-Styled Documentaries Created By Kids For Kids
    • Achey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari Bintang
    • Red Bull Bc One Cypher Malaysia Kini Kembali
    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.