Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Hak Penjagaan Anak Ac Mizal Disebut Semula 11 Ogos



SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini menetapkan tarikh 11 Ogos depan untuk sebutan semula bagi permohonan pelakon dan hos Akademi Fantasia, AC Mizal untuk mengubah hak penjagaan anak daripada bekas isterinya, Shafnie Zainudin.

Selain itu, peguam syarie, Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal turut meminta tarikh sebutan yang sama untuk menyampaikan permohonan perintah tegahan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung perkara yang bertentangan prosiding.

Hakim syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Zaky Mohammad menetapkan sebutan semula kes pada 11 Ogos ini.

Siti Aishah semasa perbicaraan berkata, pihaknya telah menerima satu salinan pernyataan pembelaan (daripada peguam Shafnie) dan berhasrat untuk memfailkan jawapan kepada pembelaan tersebut.

AC Mizal ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini. -foto mStar oleh AU YEONG HOW

“Selepas diteliti, pihak kami berhasrat untuk memfailkan jawapan kepada pembelaan tersebut. Mohon tarikh sebutan untuk pihak kami menjawabnya,” katanya.

Disember tahun lalu, AC Mizal selaku plaintif telah mengemukakan permohonan untuk mengubah perintah hak penjagaan.

Shafnie Zainudin juga hadir ke mahkamah pada hari ini.

Merujuk kepada Perintah Tegahan pula, Siti Aishah berkata, pihaknya telah membuat pindaan dengan memasukkan pihak-pihak berkaitan sebagai responden tetapi ia belum diserahkan.

“Jadi, mohon dilanjutkan (masa) untuk disampaikan kepada pihak-pihak terlibat… Mohon tarikh mention (sebutan) yang lain,” katanya.

AC Mizal dan Shafnie telah bernikah pada 24 Jun 1995 sebelum bercerai talak satu pada 17 Oktober 2001. Pasangan tersebut mempunyai dua anak iaitu Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9. [sumber]

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Shafnie Dan AC Mizal Boleh Hilang Kelayakan Penjagaan Anak
  • Gambar Anak AC Mizal & Amylia Rosnaida
  • AC Mizal & Eizlan Yusof Dapat Gelaran Datuk
  • AC MIZAL GAGAL BAYAR RM50,000 TUNGGAKAN NAFKAH ANAK
  • Gambar AC Mizal di Sidang Media MegaDrama Astro
  • Keputusan Permohonan Norish Karman 20 Ogos Ini
  • AC Mizal Hos Akademi Fantasia 6 Sarimah Hos Diari AF6
  • Kieran Era FM Lari Ke Hot FM, AC Mizal Hos AF6
  • Saksikan Pelakon Filem CUCI di Malaysia Hari Ini
  • Lirik Lagu Tiga Kata KRU



    • Eizlan Yusof

      Anak2 tu dah settle dengan mama mereka….let them be, AC. Just arrange for visiting access secara baik sudah le…kesian anak2 tu…

    • Qistina

      nak ker si emylia bini dia jaga anak2 ac…

    • Ntahla..

      ..Ala c AC ni x abis2 nak kes berebut anak2 dia..dah oklah bdk2 tu dgn mak dia..AC pun dah ade ank dgn bini baru..jgnlah tamak sgt..tu…kalau blh bergilir-gilirlah..x yah nk bergaduh lak…kesian bdk2 tu..diorg pun jd pening & confuse d watnya..

    • lynda

      Betul la ckp u all, anak dah besar baru terhegeh2 nak jaga, masa kecik dulu tak ambik pot pun asyik berkepit dgn si minah cukur tu, apa la ac

    • ucu

      dulu suka AC, pastu ada sekali tu..interview kat radio ERA, DJ tu cakap “kenal siapa AC mizal”.. AC ni jawab…”saya AC MIZAL, BAPA KEPADA SEORANG ANAK…”.. masa ni dia baru dapat anak ngan emylia tu.. since that.. kurang la minat.. and sekrg bila dia nak buat tuntutan lagi la rasa tak suka. Tp maybe masa tu dia over excited kot sampai lupa anak 2 orang tu….

    • june

      kesiannya budak2 tu…

    • mimiy

      jangan kata bg nafkah,jenguk pun tk ada hati nak tuntut anak2,otak letak lutut ke?????????????nk sngat la anak2 dia dok ngan dia,tah kenal pun tk,kalau kenal pun sebagai artis je bkn bapak diaorang.

    • kesian

      apa2 pon acmizal tetap bapa budak2 tu.,. kalau dia buat keputusan utk menjada dan mendidik budak2 tu.. siapa pon anda2 semua nak kata tidak??? hak pon takde.. dewan mahkamah ke anda semua ni?? hal rumah tangga orang tak semestinya diketahui berleluasa begini.. kalau tidak inilah jadinya… diumpat dan dijadikan buah mulut,,… kesian sungguh pada anak2 mereka tu.. berdamailah.. dan berbincang… buat ac… good luck dalam karier… ac ada bakat…

    • NONA

      ye la tu kesian kata…tp kalo ikut logik..kita yg bukan ahli mahkamah pun tau..anak elok la bersama dgn ibu kandungnya..2) c ac dah ada anak ngan binik dia skrg. tk yah rebut.. 3) dah ada kes baru nk amik anak..dulu naper tk amik port pun..nmpk sgt tk ikhlas.. 4) kalo nk tunjuk yg awak tu konon bertanggungjawab n ikhlas..just arrange je la perjumpaan ngan anak2 tuh pada masa yg tertentu..hah..tanya anak tuh kalo dia org ada masalah pelajaran ker..gf ker..duit ker..itu lebih afdal…awak tuh artis..ada masa ker,,? selama nih pun c ac nih tk pernah visit anak dia..dia sibuk anak dia yg baru tu jer.. aku hanya akan respect kalo c ac nih beri kerjasama ngan bekas binik dia dlm hal penjagaan anak dan tuntutan nafkah..tk yah gaduh2 n saling berbalas kt mahkamah..sampai bila nk selesai..yg rugi anak2 jugak…anak yg tua pun dan 12 thn..lagi 4 5 tahun ac dah bole lepas tgn dah..dah cukup umur budak tuh..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK