in

Hafiz Suip Lapor Mikrofon Hilang di Anugerah Skrin 2014

Penyanyi Hafiz Suip mendedahkan dia telah kehilangan mikrofon kesayangannya selepas majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) yang berlangsung pada 7 November lalu.

Menurut Hafiz seperti yang dilaporkan di mStar Online, dia terkilan memandangkan harga alat pembesar suara yang dibelinya sejak lebih setahun lalu mempunyai nilai tinggi.

hafiz-suip-lips

“Saya hilang mikrofon itu selepas persembahan ASK 2014, ia bukan dicuri sebaliknya kecuaian saya sendiri apabila meletakkan kotak mikrofon tersebut di bumbung kereta. Saya terlupa tentang mikrofon itu selepas berborak dengan seseorang sebelum masuk ke kereta, apabila saya sedar ianya sudah tiada.”

Bagaimanapun, Hafiz berkata, mikrofon tersebut tidak boleh digunakan oleh orang lain berikutan ianya sudah ditetapkan mengikut kesesuaian suaranya sahaja.

Tambah Hafiz, ia juga ada tertera namanya serta tidak boleh dijual dalam bentuk asal.

“Kalau ada sesiapa yang menjumpai mikrofon itu sekalipun, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana saya sudah set untuk kegunaan saya serta transmitter tertentu sahaja. Lagi pula ada terukir nama saya dan kalau nak jual pun hanya beberapa bahagian sahaja yang laku.”

Sementara itu, Hafiz turut mengakui mikrofon tersebut merupakan antara alat muzik pertama yang dibelinya hasil titik peluh sebagai penyanyi.

Katanya, dia terpaksa mengumpul beberapa bulan hasil persembahan nyanyiannya semata-mata untuk membeli mikrofon tersebut.

“Harganya bukan boleh dapat dalam satu dua persembahan nyanyian, nak beli mikrofon itu saya terpaksa kumpul duit lama juga. Rasa nak menangis bila ianya hilang, ia juga banyak berjasa kepada kerjaya nyanyian saya. Insya-Allah kalau ada rezeki saya mahu beli yang lain.”

Dalam pada itu, Hafiz memberitahu, dia sudah pun membuat laporan polis tentang perkara itu sejurus menyedari kehilangan tersebut.

“Saya dah buat laporan polis tetapi pihak polis beritahu perkara tersebut sukar diambil tindakan kerana ia adalah kecuaian saya sendiri,” katanya. Sumber: mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aurora & Baeq Terselamat Daripada Penyingkiran POP KREW

SELUDUP Bakal Disiarkan di Astro Prima & Maya HD Disember Ini