in

Hafiz Juara Mania Astro

Seperti mana yang ramai ramalkan di laman sosial, akhirnya hadiah lumayan wang tunai RM500,000 adalah milik Juara Akademi Fantasia Musim ke-7, Hafiz. Budiey ucapkan tahniah buat Hafiz yang dijulang sebagai juara Mania musim pertama di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil semalam, 19 Mei 2012.

Sekaligus meletakkan kemenangan untuk empayar Hijau milik Produser Ahmad Dhani di mana Hafiz adalah salah seorang anak didik Dhani.

mania astro

Namun, mengikut pemerhatian Budiey, ramai sekali peminat yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemenang di mana ramai yang mengatakan Jaclyn Victor sepatutnya jadi juara. Banyak spekulasi juga Budiey dengar tentang kemenangan Hafiz.

Apa-apa pun, kita kena kembali kepada format pertandingan ini iaitu segalanya berdasarkan kepada undian SMS oleh peminat. Siapa aje boleh jadi pemenang.

Hafiz mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 28 peratus sekali gus menerima wang kemenangan sebanyak RM500,000

Hafiz berkata, dia bersyukur dengan kemenangan yang diperoleh walaupun tidak sangka bahawa dirinya dapat mengalahkan empat lagi peserta saingannya iaitu Stacy, Jaclyn Victor, Hazama dan Aril.

“Saya terkejut dan pada masa sama gembira dengan anugerah ini. Semoga hadiah wang tunai sebanyak RM500,000 dapat saya manfaatkan dengan sebaik-baiknya,” katanya pada sidang akhbar selepas konsert berlangsung.

Sementara itu, Stacy mendapat tempat kedua dengan mengumpulkan undian sebanyak 22 peratus menerima wang tunai sebanyak RM200,000.

Manakala Jaclyn Victor di tempat ketiga, hasil undian sebanyak 22 peratus, sekali gus memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000.

mania astro

Konsert Mania! Akhir telah menampilkan 5 Bintang Mania iaitu Aril, Hafiz, Hazama, Jaclyn Victor dan Stacy dalam satu pentas merebut gelaran Juara Mania! yang pertama. Masing-masing membawakan dua buah lagu termasuk lagu yang didendangkan bersama artis pilihan mereka sendiri secara duet.

Berikut adalah kedudukan kesemua 5 Bintang Mania selepas undian SMS ditutup.
1. Hafiz – 28%
2. Stacy – 22%
3. Jaclyn Victor – 22%
4. Hazama – 19%
5. Aril – 9%

Konsert Mania! Akhir telah diserikan lagi dengan persembahan daripada Dato’ Siti Nurhaliza yang menyanyikan lagu-lagu hasil ciptaan ketiga-tiga Produser Mania! Konsert Akhir ini juga diserikan lagi dengan persembahan daripada Wings dengan lagu Peronda Jaket Biru dan Romania.

Tahniah kepada semua Bintang Mania atas persembahan yang telah dilakukan malam ini. Ternyata usaha menghasilkan persembahan yang hebat amat bermakna bagi mereka terutamanya kepada Jaclyn Victor, Stacy dan Hafiz.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kelantan Juara Piala FA 2012

Awal Ashaari & Zizan Razak Pengacara Melodi Baru