in , ,

Hafiz Hamidun Tak Jadi Pinang Wanita Indonesia

[dropcap]R[/dropcap]asa sedih dan simpati juga Budiey bila baca berita tentang penyanyi Hafiz Hamidun yang dikhabarkan sangat kecewa kerana terpaksa melupakan hasrat untuk meminang kekasihnya dari Indonesia. Ini kerana wanita itu sudah pun berkahwin pada April lalu. Melalui Portal Mstar, Hafiz ada menceritakan pada Mac lalu, sepatutnya dia dan keluarga merancang untuk menunaikan umrah di Mekah dan pada masa yang sama mahu berjumpa dengan keluarga wanita itu yang menetap di negara Arab itu.

Bagaimanapun sebelum bertolak, Hafiz diberitahu kekasihnya itu sudah dipinang orang. Aduyai.

“Kami sudah hampir setahun berhubungan. Tetapi nak buat macam mana, tak ada jodoh. Tak sangka, ketika saya dan keluarga hendak ke Mekah, bekas kekasih memberitahu melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) dia akan bertunang dan berkahwin dengan orang lain. Saya kecewa, tetapi akur bahawa dia bukan jodoh saya. Bapa wanita itu memberi alasan yang dia ingin mengahwinkan anaknya dengan lelaki sebangsa dan pada masa sama menetap di Mekah.”

Hafiz ditemui pada pelancaran iklan raya filem pendek Mamee di Restoran Rebung di sini pada Khamis lalu.

Bagaimanapun katanya, baru-baru ini, dia telah diperkenalkan dengan seorang wanita ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya dan terus melamar wanita itu. Hah? Macam episod sebuah drama la pulak.

“Benar, saya melamar dia masa itu juga selepas terpaku melihatnya. Dia pun terkejut dan menerima lamaran itu. Tetapi kami memberi peluang mengenali diri masing-masing dalam tempoh masa beberapa bulan sebelum merancang untuk berkahwin pada awal tahun depan.”

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hafiz bakal melancarkan album keduanya berjudul Zikir Terapi 2 pada 22 Julai depan selepas kejayaan album Zikir Terapi pertama yang meraih jualan 150,000 unit.

“Alhamdulillah, di saat masalah jualan album yang merudum, album zikir saya berjaya. Harap-harap album seterusnya ini turut mendapat respons yang baik.” – Sumber: Mstar Online

Budiey: Tak Jadi Kahwin Dengan Wanita Indonesia, Hafiz Hamidun Melamar Wanita Malaysia… mmm bagus tu, wanita Malaysia juga yang bagus yang boleh dibuat pilihan. Siapa bilang gadis Malaysia tak menarik…

Hafiz Hamidun

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Channel Youtube Psy Capai Tiga Bilion Tontonan

Senarai Nama Finalis Anugerah Lawak Warna 2013