in ,

Hael Husaini Berjaya Jampi 6.1 Juta Penonton AJL32

Lebih 6.1 juta penonton telah di Jampi oleh Hael Husaini pada Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) yang telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari lalu . AJL 32 telah berjaya mendominasi separuh penonton dengan 56.3% market share mengatasi pelbagai program menarik yang turut bersiaran pada masa dan waktu yang sama di stesen televisyen lain. (sumber: Nielsen)

Hael Husaini dinobatkan juara

Hael Husaini Jampi 6.1 Juta Penonton!

Platform penstriman video pertama dan nombor satu di Malaysia, tonton, yang menyiarkan acara gilang gemilang AJL 32 secara langsung dan berdefinisi tinggi (HD) turut mencatatkan peningkatan dua kali ganda berbanding tahun lepas apabila menarik 350,000 pelawat (peningkatan unjuran lebih dari 121%) berbanding 2017 dicatatkan menonton menerusi portal video rasmi tonton (www.tonton.com.my), tonton Facebook (Live), serta aplikasi tontonmy di tablet dan telefon bimbit (android/iOS). tonton menyiarkan siaran langsung AJL 32 bermula dengan acara Karpet Merah Pop TV, jam 8.30 malam selain turut mengisi kandungan istimewa `tonton Backstage Live’ serta 4 kapsul semasa tayangan slot iklan bersama hos Zulin Aziz istimewa buat pelanggan VIP tonton.

Haqiem Rusly dinobatkan tempat ketiga

Buat julung kalinya tonton mengambil inisiatif menganjurkan acara pasca parti `After Party Rated Xtra’ yang berjaya menarik hampir 73,000 penonton menerusi laman Facebook @tontonmy yang disiarkan bermula jam 12.00 tengah malam, selama satu jam. Acara Karpet Merah dan tontonan 15 minit pertama AJL 32 di laman Facebook yang sama turut berjaya menarik tontonan hampir 80,000 penonton. Satu kejutan bagi portal terbaharu xtra.com.my apabila berjaya mencatatkan 160,000 tontonan video di laman Facebook tonton Xtra Viral. Paparan halaman pula menghampiri 200,000 unit di laman xtra.com.my manakala bilangan pelawat unik mencecah 110,000 pengunjung.

Syamel _ Ernie Vokal terbaik

Selain itu, AJL 32 turut trending nombor 1 di Malaysia dan di seluruh dunia! Mengikut statistik atas talian (online), #AJL32 telah digunakan sebanyak 3.5 juta di laman sosial (Facebook, Instagram & Twitter) sepanjang tiga jam AJL 32 bersiaran langsung.

Altimet persembahan terbaik

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Kami amat berbangga dengan peningkatan jumlah tontonan pada tahun ini serta pujian yang diterima dengan reka bentuk pentas AJL 32 yang kelihatan gah, pemilihan persembahan dan artis selingan bertepatan dengan tema Fesyen dan Muzik dan juga gandingan pengacara yang berjaya mengawal suasana dengan baik sekaligus memberi tanda aras baru yang memberi impak bagi penganjuran AJL, AJL 32 adalah di antara yang terbaik pernah dianjurkan. Tidak dapat dinafikan juga, barisan finalis pada tahun ini dengan gabungan penyanyi lama dan baru ini menjadi daya penarik terbesar yang menambahkan lagi peningkatan jumlah tontonan tidak hanya di kaca televisyan malahan melalui platform digital juga telah naik lebih 100% memberi tanggapan lagu-lagu mereka ini menepati citarasa masyarakat kini.”

Top 3 pemenang AJL32

Sudah tentu, AJL 32 tidak akan berjaya direalisasikan tanpa Nivea dan Samsung yang sudi menaja kami. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga kerja khususnya krew penerbitan AJL32 yang telah berhempas pulas bagi menjayakan acara muzik no. 1 di Malaysia ini.” ujarnya lagi.

Persembahan 12 finalis AJL 32 lalu telah diadili oleh 10 juri professional yang diketuai oleh Azmeer, Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Lokman Uzir (Lok U), Edrie Hashim dan Aizat Amdan.

Para pemenang AJL32

Keserasian Alif Satar dan Sherry Al-Hadad telah berjaya meletakkan mereka di kelas tersendiri sebagai pengacara AJL 32. Manakala Karpet Merah yang bersiaran di Pop TV, TV9 pada jam 8.30 malam telah diacarakan oleh Nana Mahazan dan Shuk Sahar. Pentas AJL 32 turut diserikan lagi dengan persembahan penuh bertenaga oleh ratu tari Malaysia, Stacy bersama Waris diiringi petikan gitar oleh Edrie Hashim dan AG Coco dengan lagu Aku Stacy, Bosan dan Pakai Buang. Manakala untuk persembahan penutup menggabungkan penyanyi era 60-an iaitu Datuk A. Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin bersama Datuk Awie dan Siti Sarah yang menyanyikan lagu-lagu popular genre Pop Yeh Yeh secara medley iaitu Tak Mengapa, Suzana & Hidup Bersama, Syurga Idaman, Siapa Gerangan dan Kenanganku.

Kru produksi AJL 32 diterajui oleh Nurhul Huda Hj. Khalid selaku penerbit eksekutif dan Aida Azira Hussin selaku penerbit. AJL 32 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Berita Harian dan Harian Metro serta Geng Media Digital OHBULAN! & Durian Stroberi!. Untuk melihat kembali kemeriahan AJL 32, layari Facebook, Twitter & Instagram @TV3Malaysia dengan #AJL32.

Tahniah juga kami ucapkan bagi finalis lain seperti Ara Johari, Dayang Nurfaizah, Hazama, Khai Bahar, Salma & Wany Hasrita, kerana telah berusaha dan memberikan persembahan terbaik mereka demi AJL 32.

Wany Hasrita

KEPUTUSAN PENUH AJL 32:
Juara: Jampi – Hael Husaini
Komposer & Penulis Lirik: Hael Husaini/Ezra Kong
Hadiah: RM 50, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM10, 000

Tempat Kedua: Sejati – Azmi Caliph Buskers (nyanyian asal Faizal Tahir)
Komposer & Penulis Lirik: Faizal Tahir & Mike Chan
Hadiah: RM 35, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Tempat Ketiga: Tergantung Sepi – Haqiem Rusli
Komposer & Penulis Lirik: Ibnu & Gouffran
Hadiah: RM 20, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Vokal Terbaik: Aku Cinta – Syamel & Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik: Syamel
Hadiah: RM12, 000 berserta trofi & baucar CJ WOW Shop RM2, 000

Persembahan Terbaik (dibawakan oleh Samsung): Amboi – Altimet
Komposer & Penulis Lirik: Navigator/Altimet
Hadiah: RM12, 000 berserta trofi, baucar CJ WOW Shop RM 2, 000 & telefon pintar Samsung A8

Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung: Bayang – Khai Bahar
Komposer & Penulis Lirik: Alam (Harry Khalifah)/ Patrick Anohada
Hadiah: Trofi & telefon pintar Samsung A8+

Altimet

Ara Johari

Azmi Saat

Dayang Nurfaizah

Hael Husaini

Haqiem Rusly

Hazama

Khai Bahar

Salma

Siti Sarah dalam persembahan penutup

Syamel _ Ernie Zakri

Syamel

Momen Hael Husaini menjadi juara

Persembahan Prelude AJL32

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

XPAX TRIPLE QUOTA Apa pulak Ni

‘Pergi Dalam Usia Yang Cantik, Amal Ilmu Yang Cantik’ – Pelakon Ali Setan, Azmil Mustapha Meninggal Dunia