in

Hadiah Cabutan Bertuah Menarik di GAH 1 Akhir

KEJUTAN SEPULUH TIKET ’EMAS’ MENANTI PENONTON BERTUAH GAH 1 AKHIR

Debaran bukan sahaja dirasa oleh sembilan finalis yang bertanding pada Malam Kemuncak Gah 1 Akhir pada 30 Mei ini, malah buat 10 ribu pengunjung yang bakal membanjiri lantai Surf Beach Sunway Lagoon apabila hanya 10 tiket bertuah dari jumlah 10 ribu tiket yang dicetak bakal menerima habuan dari pihak penerbitan.

Eone dan Eja bersama Penerbit Malam Kemuncak Gah 1 Akhir

Sepuluh hadiah yang dijanjikan akan menerima sebuah Kamera Digital Nikon, sebuah Ipod serta tiket-tiket ke Taman Tema Sunway Lagoon yang hampir mencecah ke harga RM 3 ribu setiap satunya.

Namun 10 tiket tersebut tidak akan diketahui pemiliknya sehingga ke hari kemuncak acara berlangsung pada 30 Mei ini. Mungkin dari nombor siri, mungkin juga dari warna tiket atau mungkin ada kelainan pada sepuluh tiket tersebut tidak diketahui malah dirahsiakan sehingga ke hari acara sebenar berlangsung.

Alyah… mesti menang punya vokal terbaik~

Menurut penerbitnya Sarena Salleh, ’10 tiket bertuah ini disediakan bagi menghargai penyokong-penyokong rancangan Gah 1 serta peminat-peminat kepada para finalis yang bertanding’. Malah menariknya bagaimanakah pemilihan untuk cabutan 10 tiket itu akan menjadi rahsia sehingga ke acara Malam Kemuncak Gah 1 Akhir.

Stacy, aksi lincah di pentas bakal mengegarkan

Tiket-tiket percuma kini boleh didapati di balai pengawal RTM Angkasapuri, Kuala Lumpur atau di kaunter tiket Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya sejak 21 Mei lalu bagi menyaksikan finalis-finalis seperti Azharina (Rawan), Stacy (Pakai Buang), Alyah (Tak Mungkin Kerana Sayang), Faizal Tahir (Bencinta), Tomok (Rindu Terhenti) dan Misha Omar (Cinta Adam dan Hawa), Adam dan Stacy (Menggegar Dunia), 6ixth Sense (Khatimah Cinta) dan kumpulan Grey Sky Morning (Cinta Gila) bertanding bagi merebut RM 100 ribu.

Teka-teki milik siapakah gelaran Lagu Terbaik Gah 1 Akhir Musim ke 7 bakal terjawab pada Malam Kemuncak Gah 1 Akhir, 30 Mei 2010 bermula jam 8.30 malam di saluran TV2 dan saluran ASTRO 180 Muzik Aktif. Malam kemuncak itu bakal dihadiri oleh puluhan artis-artis tempatan yang akan turut membuat persembahan selain datang menyaksikan kemeriahan malam gemilang dengan tema Fiesta penuh warna-warni hanya di Gah 1 Akhir.

Sixth Sense

Tomok buat lompatan mantap punya!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Syahrini di Pelancaran Album Jangan Memilih Aku

Faizal Tahir Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur