in

Guy Sebastian Bakal Lancar Album Baru

Ketika ini, Budiey berada di Singapura untuk mengikuti rakaman langsung program MTV Sessions terbitan MTV yang menampilkan penyanyi paling popular dari Australia, Guy Sebastian di Resorts World Sentosa’s Waterfront Studio.

Terima kasih kepada Sony Music Malaysia yang menerbangkan Budiey ke Singapura dan seterusnya mengatur satu sesi temubual yang berlangsung pada hari ini, jam 11 pagi. Sony Music Malaysia turut membawa sepasang pemenang untuk menyaksikan persembahan ini.

Guy Sebastian

Persembahan memukau Guy Sebastian pada jam 8 malam semalam menarik semua peminat yang hadir. Ini adalah persembahan pertama kali Guy Sebastian di Singapura dan ia berlangsung dalam suasana yang cukup eksklusif kerana yang hadir adalah peminat yang dijemput khas.

Sebanyak lebih 10 buah lagu dinyanyikan termasuklah lagu popular yang membawa beliau ke mercu dunia iaitu Angels Brought Me Here. Beliau juga turut menyanyikan beberapa buah lagu baru seperti Like A Drum.

Semasa persembahan, beliau sempat berceloteh dengan peminat yang hadir dan di pertengahan persembahan beliau membaca dan menjawab soalan daripada peminat yang ditulis di Twitter.

Guys Sebastian memberitahu dia tak sabar untuk melancarkan album barunya yang ke-9 di mana kali ni beliau membawa sedikit kelainan dari segi susunan muzik dan juga isi kandungan album.

MTV Sessions: Guy Sebastian akan disiarkan pada 18 Julai 2014 jam 10 malam di MTV Asia. Sebelum ini, beberapa orang artis turut muncul dalam program ini termasuklah  James Morrison, Greyson Chance, Russian Red, Ming Bridges, and The Temper Trap.

Guy Sebastian Bakal Lancar Album Baru

Guy Sebastian Bakal Lancar Album Baru

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isu Pukul Isteri Awie Beri Keterangan Polis

Spotify Perkenal Playlist Kategori Dinner & Sleep