Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gulatis Saman Zahnita RM30 Juta



KUALA LUMPUR 5 Julai – Belum pun perbicaraan kes samannya terhadap syarikat tekstil Gulatis Exclusive Sdn. Bhd. didengar, kini model Zahnita pula disaman Gulatis kerana mengeluarkan pernyataan fitnah kepada syarikat itu.

Dalam saman fitnah yang difailkan Februari lepas, Gulatis menuntut gantirugi RM30 juta bagi gantirugi fitnah, teruk dan teladan, faedah, kos dan perintah injunksi bagi menghalang Zahnita sama ada secara sendiri atau melalui ejennya mengeluarkan semula perkataan fitnah itu.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norhatini Abd Hamid menetapkan 8 Oktober ini bagi pengurusan kes saman itu selepas kes berkenaan disebut di hadapannya hari ini.

Pada 11 Disember tahun lepas, Zahnita menyaman Gulatis kerana menggunakan gambarnya di poster dan iklan syarikat itu tanpa kebenarannya.

Zahnita turut mendakwa beliau telah mengalami kerugian besar ekoran pembatalan usahasamanya dengan syarikat tekstil Jakel Trading kerana perkara itu. Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 17 Ogos ini.

Gulatis dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson telah mengeluarkan perkataan fitnah dalam pernyataan tuntutannya itu.

Syarikat itu memberitahu, antara perkataan fitnah itu ialah bahawa Zahnita tahu gambar yang digunakan Gulatis itu bukan miliknya (Zahnita) dan dia bersetuju supaya gambar itu digunakan oleh Gulatis dengan bayaran RM5,000.

Gulatis berkata, selepas saman berjumlah RM2 juta itu difailkan oleh Zahnita, gambarnya (Zahnita) masih lagi digunakan oleh Jakel.

Gulatis berkata, kenyataan fitnah itu telah diterbitkan di akhbar-akhbar tempatan pada keesokan harinya dan melalui televisyen pada hari yang sama.

Syarikat itu mendakwa perkataan itu membawa maksud antaranya syarikat itu penipu, tidak amanah, mengeksploitasi dirinya dan lanun cetak rompak.

Akibat itu, jualan barangan syarikat itu telah merosot malah pelanggan borong mula menangguhkan bayaran kepada syarikat itu. – Bernama

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Pelakon Eja Menang Saman Ganti Rugi RM20,000
  • Gambar Anak Zahnita Hussein Wilson
  • Dayangku Intan Saman Kerajaan RM3.9j
  • Jurey Saman Fitnah Melodi, Nas Ahmad
  • Nabil Akan Disaman RM2 juta
  • Bayaran Artis Wanita Paling Tinggi di Hollywood
  • Gambar Zahnita di Pameran Pengantin Malaysia 2008
  • Filem Malaysia’s Sweetheart: Apa Ada Di Nollywood?
  • Win Samsung GALAXY Tab with Top Up Just RM30
  • DVD Karaoke Sinar Lebaran



    • http://www.kyrashah.blogspot.com idashah

      mak aii 30juta??? camne nak bayar tu

    • Ah Loy

      adehhh!!!!
      30 juta???
      fikir sblm bertindak…

    • Hamba Allah

      Saman jangan tak saman!!!
      Pening gak pala mana nak cekau RM30juta tu? Apa2pun fikir dulu sebelum buat…dah jadi camni saper yg susah? Lu tanggungla sendiri!!!!

    • nona

      AKU NK SAMAN ISRAEL 5 BILLION USD BOLE..? DUIT TU AKU NK KASI PADA YG MEMERLUKAN….HU HU…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK