Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gugurnya Kandungan Ekin Selepas Berbulan Madu



Pada hari Ahad lalu, akhbar Kosmo! telah melaporkan isteri Mawi, Ekin telah keguguran bulan lepas, selepas pulang dari berbulan madu di Korea.

Sebenarnya, Ekin tak tahu yang dia sedang mengandung di antara dua hingga tiga minggu lalu, dan seterusnya keguguran. Selepas mengalami pendarahan yang tidak berhenti selama dua minggu, Ekin yang pada mulanya ingatkan ia darah haid, lalu Mawi pun bawa ke klinik. Doktor memberitahu keguguran berlaku kerana dia terlalu aktif dan mungkin berpunca daripada tekanan menaiki kapal terbang ketika dia pulang dari Korea.

Tidak mengapalah Ekin dan Mawi, boleh cuba lagi di lain masa. Mungkin ada hikmah di sebalik segala yang berlaku. Rezeki dari Tuhan ada di mana-mana.

Ekin gugur selepas bulan madu

Oleh MALIAH SURIP 

GAYA manja Ekin di samping Mawi.

KUALA LUMPUR – Impian pasangan penyanyi popular Asmawi Ani, 28, dan Nora’ Asikin Rahmat atau Ekin, 30, untuk menimang cahaya mata sulung dalam masa terdekat berkecai selepas Ekin keguguran anak pertama mereka.

Pasangan yang bernikah pada 21 Disember 2008 itu dikatakan tidak menyedari tentang kehadiran ‘orang ketiga’ tersebut sebelum Ekin mengalami keguguran.

“Ya, saya keguguran kandungan pertama selepas pulang daripada berbulan madu di Korea bulan lalu,” ujar Ekin ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Keguguran tersebut berlaku pada awal Februari lalu selepas Ekin mengalami pendarahan selama dua minggu tanpa henti. Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku, Mawi membawa Ekin ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

“Bila pergi ke klinik, barulah saya tahu saya mengandung. Darah yang keluar itu bukan darah haid seperti yang saya sangkakan, tapi darah janin yang baru nak jadi. Menurut doktor, keguguran terjadi kerana saya terlalu aktif dan barangkali berpunca daripada tekanan menaiki kapal terbang sewaktu pulang dari Korea, beberapa hari sebelum itu,” cerita Ekin lagi.

Beritahu anak kelahiran Johor Bahru itu lagi, sewaktu keguguran, kandungannya baru berusia antara dua hingga tiga minggu.

“Saya pun tak tahu saya mengandung. Jadi saya menjalani aktiviti harian saya seperti biasa. Doktor kata, antara sebab saya keguguran adalah kerana terlalu aktif,” jelas beliau.

Sementara itu, Mawi ketika ditanya mengenai perkara itu berkata, keguguran yang dialami isterinya bukan alasan untuk mereka tidak mempunyai anak. Beliau berdoa untuk mempunyai cahaya mata secepat mungkin.

“Saya kecewa dan sedih tetapi reda… sudah tak ada rezeki. Ada hikmah yang Tuhan selitkan di sebalik keguguran isteri saya. [sumber]

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Ekin Kekasih Mawi
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?
  • Photo Aein & Ekin Bakal Tunang Mawi @ Minggu Setiausaha Rafflesia di Hotel Istana
  • Gambar Pra Perkahwinan Mawi dan Ekin
  • Gambar Bayi Anak Mawi Bernama Cahaya Malaika
  • Petanda ‘Sesuatu’ Di Sebalik Tragedi Pembawa Hantaran Ekin Jatuh Pengsan
  • Mawi Mengaku Cinta Ekin Wanita Paling Istimewa
  • Review The Twilight Saga: Breaking Dawn – Part 1
  • Ahli The Fabulous Cats, Cat Farish & Hartini Ramly Berkahwin
  • Menjelang Sidang Media Perkahwinan Mawi – Ekin Hari Ini



  • 12 Komen untuk entri “Gugurnya Kandungan Ekin Selepas Berbulan Madu”

    1. baloon kata:

      byknya iklan.. mcm tv3 plak..

    2. ntahla.... kata:

      …Bersabarlah Mawi & Ekin…mngkin ade hikmah d sebalik semua yg terjd ni..berusahalah lg..InsyaAllah ade rezki tu d lain kali….

    3. El kata:

      tak ada rezeki lagi kan. tak apa lah… allah tu kan maha kuasa, kot kot nanti dapat kembar juga :)

    4. NUR kata:

      Chewy sangat.Kalau aktif berlakon xpela…Apapun jangan putus asa…Bukan Ekin je pernah keguguran. Erra, Ziana, Abby, Norjuma, Nadia Mustafa, Deja Moss dulu pun pernah alaminya…Alhamdulillah ada lagi rezeki:-)

    5. Dr who kata:

      Nature’s way of saying something wrong with the foetus….

    6. june kata:

      loh keguguran…lum ada rezeki..pasni bleh project lagi ekekek…

    7. bulAN kata:

      dok rehatlah…ekin oi…jg mak mentua ko…sian dia…aku bukan aper..mmg dr dulu xsuka mawi…makcik aku suke giler kat mawi…tp start dia dpat tau kuarga mawi ambikkan ubat untuk mak dia kat hospital tampoi terus jd xsuka…bukan nak buat citer…pakcik aku keja kat hospital tampoi taulah ubat aper yg dia ambik..makcik aku terus xsuka kat mawi…hehehe..apelah makcik aku ni…

    8. zaty kata:

      hummm… xdr rezeki g larh kot..!!!!
      redo jew arhh…!!!!

    9. arianna kata:

      mslhnye btl ke ekin gedik nih mgndung dan gugur??
      ermmm..
      saja nk interprems nih……
      mklumlah dh xfemes..

    10. WAN MAZZIDI [AMERON M;SIA SENAI] kata:

      SALAM MAWI.NAMA MU MENJADI SIULAN.MAWIIII TANYA MAK TAU.CARA CARA UNTUK MENGETAHUI ISTERI KITA……..ITU ADALAH TERBAIK.TAPI JANGAN SEDIH UJIAN DATANG DARI ATAS KEBAWAH .KIRI DAN KANAN CUBA PILIH YANG TERBAIIK

    11. zurah kata:

      betul ke mengandung? atau ekin dah pakat ngan doktor masa kat dalam bilik pemeriksaan… jangan tipu ekin akak kita keja kat klinik yang ko pegi tu tau… akak kita da crita semua kat kita. ko bukannya mengandung pun.. itu cuma lah darah haid… bedosa tipu suami ekin… bertaubat lah sebelum terlambat…

    12. midzie kata:

      sesuatu yg berlaku semestinya yg baik dtg dr allah swt tapi yg buruk itu dtg dri kte semua hambanya….yang x pernah sempurna kerana sempurna kite hanya di mata allah saje…kte manusia x baik menilai manusia yg lain kerana kite semuaya satu kiblat

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK