Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





GUA MUZIK.COM.MY EVOLUSI DUNIA MUZIK ‘ONLINE’

Portal hiburan dan gaya hidup ‘online’ terbesar, gua.com.my, kini mengukir satu sejarah apabila secara rasmi melancarkan platform muzik terbaru iaitu guamuzik.com.my. Portal muzik yang sehingga kini mempunyai 300, 000 koleksi lagu pelbagai genre, akan menambah katalog mereka sehingga mencecah 700, 000 buah lagu bagi penghujung 2009. Guamuzik.com.my akan menjadi satu nukleus dalam menjana evolusi dunia muzik digital dan ‘online’ di Malaysia.

Dalam menjayakan platform terbaru ini, pihak GUA telah bekerjasama dalam pelbagai label tempatan dan antarabangsa untuk memperolehi pelbagai genre lagu. Dari lagu Metallica ke S.M Salim ataupun Tan Sri P. Ramlee, semuanya boleh dibeli dan dimuat turun hanya beberapa langkah di dalam portal ini. Objektif penubuhan guamuzik.com.my adalah untuk menyediakan bahan terbaik bagi memenuhi selera pendengar dari pelbagai sempadan geografi dan demografi.

Mengenai lagu-lagu yang dimuat turun melalui portal ini, Encik M. Zulkifli Abd Jalil memberi jaminan ianya adalah kualiti terbaik di pasaran. Dengan format WMA pada kadar 126bits, menjadikan ianya boleh dimain pada pelbagai gajet serta di’burn.’ Dengan harga yang cukup murah iaitu RM 3 hingga RM 5 bagi setiap lagu, membolehkan setiap peminat membuat kompilasi album mereka sendiri dari lagu-lagu yang dimuat turun. Ianya akan memberikan satu kepuasan yang tidak akan didapati melalui pembelian album.

Namun, bagi M. Zulkifli sendiri, sedar mengenai lagu-lagu yang dimuat turun secara tidak sah, namun, di gua muzik, setiap pembelian akan diberikan nilai tambah dan bagi jumlah tertentu, pembeli akan menerima muat turun percuma bergantung kepada kuantiti yang ditetapkan. Selain dari itu, pembeli juga boleh membuat ‘pra dengar’ selama 30 saat sebelum lagu itu dimuat turun.

Menurut Johan Nawawi, pengurus bagi Nu Music, usaha yang dihasilkan oleh tenaga kerja GUA Muzik cukup dibanggakan. Usaha penyelidikan selama lebih 10 tahun, akhirnya menjadi satu realti. Selain dari itu, Johan melihat GUA Muzik, bukan sekadar satu platform untuk menjual dan memuat turun muzik bahkan ianya satu medium untuk mempromosikan muzik tempatan ke antarabangsa.

“Jika sebelum ini, pemuzik terpaksa membuat kulit album, mastering, promosi dan pemasaran yang memerlukan belanja yang besar, kini, melalui guamuzik.com.my, semuanya menjadi begitu mudah. Segala promosi dilakukan oleh GUA sendiri,” jelas Johan “Artis rakaman perlu mengambil peluang ini ketika industri muzik semakin tenat.”

Untuk memastikan pelaburan yang cukup besar ini berbaloi, pihak pengurusan Alt Media, telah memulakan langkah promosi samada secara bercetak atau elektronik. Namun, menurut Encik M. Zulkifli, promosi dan pemasaran melalui atas talian menjadi satu keutamaan kerana kumpulan tumpuan adalah mereka yang selalu melayari internet.

Selain dari itu, GUA Muzik menyeru mana-mana artis atau kumpulan ‘indie’ yang mempunyai lagu untuk ditempat di portal ini. Demikian juga kepada sesiapa yang mempunyai koleksi-koleksi lagu yang jarang di didapati tampil untuk ditempatkan di sini. Namun, pihak yang berkaitan, akan memantau dan menilai lagu-lagu berkenaan bagi memastikan mempunyai kualiti dan yang penting, ianya memenuhi selera pendengar muzik.

Portal muzik terbesar di negara ini yakin, dengan kemudahan yang terkini, mudah dan memenuhi selera peminat akan menjadikan ianya satu platform evolusi dunia muzik Malaysia. Guamuzik.com.my yakin, menjelang hujung tahun 2008, lebih 100, 000 lagu akan dimuat turun melalui portal ini. Ini kerana melalui promosi serta kandungan yang sesuai, objektif ini akan dapat dicapai.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran April Sekarang!
  • Evolusi Irama Ghazal Kontemporari Dari Ghazala
  • Konsert Final Akademi Fantasia Tidak Patriotik?
  • Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-21
  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran Mei Sekarang!
  • Sinopsis Filem Evolusi KL Drift Lakonan Fasha & Farid Kamil
  • Senarai Penuh Pencalonan Lima Tempat Teratas Anugerah Festival Filem Malaysia ke 21
  • Gambar Faiz Muzik-Muzik Bersama Kekasihnya
  • Gambar Diana Danielle di Anugerah Stail EH! 2008



  • 50 Komen untuk entri “GUA MUZIK.COM.MY EVOLUSI DUNIA MUZIK ‘ONLINE’”

    1. Emzeti kata:

      Sebagai peminat dan pemerhati, saya berpuas hati dgn kandungan Gua.com ni, banyak info serta perkambangan industri tak terkecuali terkandung, dengan elemen interaktifnya untuk menarik perhatian pemgunjung. Syabas!

    2. emo_orange kata:

      salam…
      cam ne kite nk download dari gua musik?
      download free ke?
      kene jd ahli dulu ke?

    3. sexy_diva kata:

      ok gak

    4. one shrak kata:

      aq pn tgh duk cri cmner nk dowload free
      cte pom ar dorg nie..
      :p

    5. one shrak kata:

      mgkuk btul
      kt mner dorg ltak pn aq xtau

      :p

    6. pitho bela kata:

      pening ngan formrt lu orang, memeng byk info, tp semuanya psl artis baru, artis lama dh x ujud lg ke,wt la coverage utk diorang,diorang pn banyak menyumbang dlm industri hiburan, barula ckp intipati dlm gua.com..mcm mane industri music tanahair nk maju.asyik perkara yg sama je yg luorang updatekn..gua cume nk gua muzik.com ni ingat xde yg lama maka xde yg baru..bkn nye rugi pn kalo luorang wt amal jariah jgn pikir psl tekak sendirije.lg satu gua nk tegur,bila album br kuar semuanye muke budak br. sedangkn yg lama mcm nk mati kuar duit sendiri wt album,fikirkn beb.org kafir kt luar pn masih jaga artis lama diorang.sedang luorang ,fikir beb

    7. E_JARN kata:

      SALAM….
      macm man nie..????
      aku x reti nak lyn bnda nie…

    8. aries stylo........ kata:

      x de k unsur2 islam dlm web ni???? cm nasyid k,,, aku x jmp pon,,, klu ad gtaw la je….. hahhahahaha

    9. fadzizi kata:

      ok, gak web ne……..boleh buat ali tak tuk gua .com ne….?

    10. fadzizi kata:

      korang buat la ahli untuk sesiapa yang nak masuk web ne….baru best,kalau boleh buat kad ahli ke……klau da program mana2 leh la kami turun bagi support…

    11. AMY kata:

      btol ap y cik fadzizi ckp 2…i think u all should do that

    12. amy kata:

      yupp…towl 2 fadzizi

    13. virus kata:

      bleh tak wat lagu senang download?

    14. izzy kata:

      lu olang punya web bnyk best la……
      tapi masukkanlah ttg artis2 lama juga

    15. aniera natasya kata:

      ape yg korang komen nie,x phm lgsung.i mls na komen byk2 sbb i jrg bkak web

    16. ZULHAKIM kata:

      sempoi…cayala..

    17. nurul kata:

      not bad,give me a little bit information about entertainment live..daaaa

    18. asyilah kata:

      o…. very good la GUA… KO TAU x aku nie ada friendster,korang jadila kawan aku beb,.. 2 lis je kat si2 asyilah zah8

    19. DIP kata:

      i nk tanya mana space nk muat turun lagu?i just want to know bcoz i can’t find………..anyway GUA tetap best!!!!

    20. tak menarik kata:

      tak menarik bachground,tak ade muzik yg free d download…gambar pun tak de yg menarik

    21. girl kata:

      kalau free kan best lg….

    22. Qistina kata:

      gua ase cam ad chemistry je nan guamusik ne!!tp 1 jew gua xpuas ht,,gua xjmpa lar kodlagu kew…gua nk lagu band mlayu lma2 cam data,axl’s,mega kew!.kakne ekk luorang ltak

    23. rai kata kata:

      x mmuaskn lgsung………………..gmbr pon x de yg mnarik….

    24. yul kata:

      apa motif bnde nie dbuat???????????????

    25. jembroll kata:

      baik tutup jer….. takgunaaaaaa……..

    26. alya kata:

      aloooo jembroll . kalau nak nyebok pegi tempat lain ye…. kalau takfaham tanyaler orang dulu jngan main hentam jer k

    27. ilaaaa kata:

      ntah ape2 ntah dah la background x cntik langsung….,

    28. mizziy kata:

      gempak……tapi kureng umpphmmmmmmmm laaaaaaaaa cam mane 2……pleezzzzzzzzz hahahahahahahahahahahaha

    29. peminat fadam kata:

      ape kes adam x dak x best laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa………………..

    30. mis$ 3yruL kata:

      kurg memuaskn c0z xckup inf0rmati0n t0k kt0rg nk twu psl slebriti tanah air kite ny….lau ley make it m0re cheerful n we can enj0y 2 read n n0t feel t0o b0red 2 read…

    31. kitarz kata:

      aku tak tau ape pon…..baca tapi tak paham2…hax100!!!!!!tapi conclusyen dia web ni best !!!!idup gua.com!!!

    32. DIP kata:

      best tu best jgakkkkkkk……tp,aku x dapat dowlond lagu beb aperrrr
      citerrr nieeeeeeeeee

    33. KIRA79 kata:

      bagus dan syabas GUA muzik !!! kita dah ada platform interaktif tempatan yang membolehkan rakyat malaysia mengalami perubahan . bagus jugak kalau perbanyakkan himpunan lagu yang lama serta yang baru , tapi kena lah pastikan mudah untuk muatturun lagu pilihan kami .

      pe@ce

    34. nazrin kata:

      sya suke layari internet gua muzik.com.my sebab macam2 lagu yang ada,macam suria.fm,so you think you can dance dan macam2 lagi.malam semalam sya ade tngok super gig tapi tak de lagu yg bnyak sngat la.klau bleh sya nak lagu anuar zain dan lin lagi ok…….

    35. mira@mimi kata:

      halo!!!!!!!!!!!!!! ape citer korang nie????

    36. seputehqaseh kata:

      ASSALAM…….♥♥♥WAHAI KWN2,MARI DENGAR CERITA..!!
      APE PUNYA GUA SITE NTAH..SY XPHM APEMENDE PUN…MAAF SBB BTERUS-TRANG..ANYWAY.,,,HARAP GUA MUZIK BLEH REPAIR CKIT TANG CNIE SBB BYK SGT INFORMATION..XDE YANG BEST PUN….♥♥♥SAYONARA.

    37. syue kata:

      haluuuuu…….korang bek punyeeee..

    38. Honeybee kata:

      btul2 mcm dlm gua .. bowingggg ..

    39. siti kata:

      haluu…

    40. ariff abg kawasan kata:

      ASKUM SY NIE NAK PERKNALKAN DIRI SY IAITU MUHAMMAD ARIFF BIN MUHAMAD ROSLI………..HIDUP 30

    41. ariff abg kawasan kata:

      WAH 30

    42. babyhan kata:

      ape ni.ber tabur-tabur ar.tak paham langsung.
      buat la yang lebh best ckit……..lau lagu free kan lagi bagus..
      ak nak download ni pn tk tau kt ne.
      aduh!!!pening pala…………

    43. a_tin luff kata:

      askum, nak komen cikit. kenape x best langsung wat hampe je org yang online blog niee bowwwing gile.harap gau muzik repair arr wat yang gempak nye baru arr best , jgn marah lak saye tegur demi kebaikan blog ni gak .peace no war bye2

    44. apai kata:

      aiya…..x der best la nie laman… wa mau syok ma… wa chow…

    45. bleach kata:

      SoWey Arr nak komen sikit blog nie kalau bagi layan lagu free best tu…!! blog korang nie susah nak pahamla..bagi informatin btol sikit..susah nak faham ar..sorry sebab truly… anything 4 blog nie jugak ..k..!!!! bye

    46. haniezzz kata:

      sye arap dpt siarkn info yg lbh byk……

    47. mr_crab kata:

      knp x de lgu best

    48. cipap kata:

      waklu r!!bapak xbest sini..

    49. jessica kia kata:

      nape takde citer psl manchester united ke liverpool ke chealsea ke??boring lee kalau camnie..tak syok lee..

    50. ECAN kata:

      TAKDE KE LAGU UNDERGROUND MCM SYSTEM OF DOWN

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET