in

Pakej GSC Disney Movie Card Yang Menguntungkan Buat Peminat STAR WARS

Hi korang, dah tengok filem STAR WARS THE LAST JEDI?

Untuk korang yang belum lagi menonton filem terhebat ini, bermula 6 Disember 2017, Budiey ada mendapat tahu GSC menawarkan tawaran hebat buat peminat filem STAR WARS iaitu GSC Disney Movie Card (Star Wars edition).

Apa yang menarik adalah card ini menawarkan:

– 10 adult e-tickets (valid for any Disney movies, selected Marvel and Star Wars movies till 31 Dec 2018)
– 1 Large Combo
– 2 exclusive Disney merchandise (Tritan Bottle and 2-in-1 pouch)

Sebenarnya, untung dapat 10 e-tiket ni sebab kita boleh tukar dengan mana-mana filem Disney, filem Marvel yang terpilih dan paling penting dapat tengok filem kegemaran ramai iaitu Star Wars bersama-sama dengan kawan dan keluarga.

Apa yang istimewanya adalah movie card ini diperbuat daripada metal. Haa, bukan sebarangan la ya. Mesti ramai yang tengah berebut-rebut untuk beli sebab ia diperbuat daripada metal. Tersangatlah unik. Kepada korang yang nak beli, kenalah beli sekarang sebab GSC hanya mengeluarkan sebanyak 500 sahaja. Jadi, ianya sangat limited. Kenalah cepat-cepat okay! Budiey pun rasa nak pergi buat kad metal ni. Siapa tak nak kan?

Memang super duper ohsem! Redemption boleh dibuat mulai 13 Disember jam 6 petang. Bagi Budiey, pakej ini sangat murah. Menjimatkan duit poket korang sebab inilah masanya nak hangout bersama kawan-kawan beramai-ramai sambil menonton filem hebat ini.

Pasti korang tertanya-tanya, berapa RM kan? Haa, harga kesemuanya hanya RM250 sahaja. Amacam? Murah dan berbaloi kan?

Apa tunggu lagi. Lekas lah ke GSC berdekatan dengan anda! Pakej ini sangat terhad dan hanya ada 500 unit sahaja di seluruh negara.

GSC Disney Movie Card

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yeay! Ini Jemputan Ke Party Sambutan Tahun Baru NEON COUNTDOWN 2017

TV2 Kira Detik Tahun Baharu 2018 Janjikan Program Terbaik