Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gossip Yang Tak Mahu Kita Dengar



Kebelakangan ini, di majlis dan juga event yang Budiey hadiri, Budiey disogok dengan cerita gosip ‘kekecohan dalaman’ sebuah stesen radio ni. Nak tak nak kena tadah telinga juga dengar kawan-kawan media ni bergosip sana sini. Kata mereka, ini dari sumber yang boleh dipercayai.

Lagi pun, dengarnya juga ada penyampainya tak puas hati apabila boss mereka dipecat serta merta. Siapa yang tak sedih. Kalau Budiey jadi diorang pun, akan terasa, selama ini ada boss yang baik hati dan bekerja dengan baik, terus hilang. Budiey harap, staff yang kena berhentikan tu bersabar dan tabah. Pastinya ada rezeki kat luar sana.

Cuma malas nak layan sangat cerita sedih macam nih. Apa-apa pun, sama-sama kita ambil jadi satu pengajaran. Tak selamanya kita duduk di atas. Adakala, kita mesti ingat, suatu hari nanti kita akan berada di bawah juga.

Sebab biasalah, manusia memang boleh berubah dalam sekelip mata aje. Sekejap baik, sekejap tak berapa baik, sekejap sayang, sekejap benci…

Mulanya memang Budiey tak percaya sangat cerita-cerita ini, tapi bila dah ada yang jadi mangsa, rasa kesian juga bertandang di hati. Cuma Budiey doakan agar semuanya kembali okay seperti biasa. Budiey kira, radio ni boleh pergi jauh… dan boleh menjadi radio nombor satu di Malaysia itu pun, kena ada formulanya. Budiey pastinya akan terus menyokong radio ini untuk terus maju dengan mempromosikan segala aktiviti mereka di blog ini.

Cuma itulah… dalam hidup kita memang tak lepas dari menghadapi masalah. Jadi, selesaikan masalah itu dengan fikiran yang waras dan logik. Kalau guna emosi, pasti semuanya tak menjadi. Malah, ada yang jadi mangsa nanti. Semoga semua tenang kembali.

Selebihnya… korang baca gossip yang ditulis oleh teman Budiey, Cik Andalusia ni…

Berubah Kerana Masalah Rumahtangga?

Kisah yang sampai ke telinga Cik Andalusia ini agak memeranjatkan juga. Maklumlah individu yang dikatakan berubah perangai ini setahu Cik Andalusia seorang yang disenangi oleh semua orang. Cik Andalusia yang sudah beberapa kali berjumpa dan berbual-bual dengannya pun merasakan dia seorang yang bijak menyusun kata dan menghormati orang lain.

Hendak tahu siapa individu yang Cik Andalusia maksudkan? Mana boleh bagi tahu. Nanti tidak pasal-pasal Cik Andalusia kena serang. Cukuplah sekadar Cik Andalusia katakan yang individu ini merupakan ‘orang kuat’ di salah sebuah stesen radio popular.

Ceritanya begini, ‘orang kuat’ yang dikenali sebagai seorang yang mudah mesra dan pandai mengambil hati ini dikatakan telah berubah perangai apabila menjadi seorang panas-baran yang suka memaki hamun pekerja bawahannya. Pantang silap sedikit, pasti ada yang kena bambu dan perubahan ini membuatkan ramai pekerja bawahan berasa tertekan dan ingin keluar daripada stesen radio tersebut. Kalau tidak silap Cik Andalusia, sudah ada yang menghantar notis untuk mengundur diri.

Pelikkan? Apakah punca dia berubah menjadi panas-baran? Setelah Cik Andalusia bertanyakan kepada beberapa sumber yang boleh dipercayai, mereka sependapat mengatakan ‘orang kuat’ stesen radio itu sebenarnya sudah lama tertekan dengan keadaan rumahtangganya. Kononnya, isterinya seorang yang mendominasi rumahtangga mereka dan ini membuatkan dia kurang selesa. Untuk melepaskan kemarahannya itu dia mengamuk-ngamuk di tempat kerja.

Eh! Cik Andalusia tidak berkenanlah dengan perangai yang macam ini. Sangat tidak professional. Masalah di rumah janganlah di bawa ke tempat kerja. [Sumber]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Cik Pot Corner @ Tukang Gossip Suria FM
  • Gossip Duit Show Siti Sarah Kena Kebas Tunang
  • Ally Kupas Isu Gossip Bersama Adam Salleh dan Rozita Che Wan
  • Fahrin Ahmad & Rima Melati Kahwin?
  • Gossip Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?
  • SASHA ISTERI KE-3?
  • Siti Saleha Pelakon Drama 5 Jingga Kekasih Baru Jehan Miskin?
  • Gossip Nurul Sudah Ada Pengganti?
  • Trivia: Tas Tangan Gold Pelakon Drama Mana Ni?
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cover Manja Singapura Bulan November



    • http://farahnyemahmulya.blogspot.com FARAH

      NAK TEKA BOLEH?
      HAHAHA
      TAK JADILAH…HEHEHHE TAK BAIK TEKA2 TAHU SENDIRI SUDAH…2JAM SEKALI UNDI HAHAH SMBIL BUAT ASSIGNMENT(BAK KATE KAK WANI..Main2 fesbuking smbil working)

    • sufi

      cam tau je,hurrmm

    • Lisa

      agak2 sape la tu ye…?????

    • kotak semaian..

      Hi, radio mana la ni? Mesti Suria FM….

    • akah

      sape ekk..?

    • intan

      Klu SuriaFm tak heranlah sbb bos dia glamer dan sentiasa menjadi perhatian.Klu org reka cerita pun laku punya.Biasalah, masaalah dalaman pejabat.Dia memikul tanggungjawab yg besar pada stesyen serta pekerjanya sekali.Klu dia pecat org pun, mesti ada sbb yg logic.Dia takkan suka2 nak gitau.Tentang lost temper tu, biasalah! Pekerja bawahan pun naik angin klu ada yg xkene.Apatah lagi bos,yg tahu nak best aje.Kita sebgi pekerja, kenelah deliver apa yg dia nak.Itulah namanya bekerja.Klu tak tahan kene marah, carilah tempat lain.Itu piority kita sebgi pekerja.

    • Miss very good

      x kan erra nyer suami…ish x masuk akal jer nmpk sgt bahagia..

    • Radhi

      Gumbira s’krg?? Mesti staf2 gunting dlm lipatan tu sedang berparti sakan.Kita tengok la rating stesyen radio tu tahun depan.Klu tak disbbkan bos yg glamer tu, tak sape yg tahu nama stesyen ni.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK