in

Gossip Selebriti Cerewet Berlagak Diva

Dengarnya: Personaliti cerewet tak tentu fasal

KISAH selebriti cerewet sebenarnya bukanlah satu perkara baru. Lebih-lebih lagi ada yang berlagak diva atau perasan dirinya diva. Perangai cerewet tak tentu fasal itu boleh membuatkan orang meluat.

Bercerita mengenai selebriti cerewet, Cik Normah teringat kisah seorang personaliti ini membabitkan dirinya dengan seorang pereka fesyen terkenal.

Menurut cerita yang disampaikan kepada Cik Normah, personaliti yang juga seorang pengacara ini sudah menempah pakaian dengan pereka ini dan pakaian itu akan digayakan dalam sebuah majlis. Sebelum membuat tempahan, dia pun tunjukkanlah contoh yang dikehendakinya kepada pereka terbabit. Sebaik saja tiba pada hari yang dijanjikan, si personaliti ini melihat baju yang sudah ditempah. Malangnya, selepas melihat baju yang sudah siap, si personaliti terbabit tidak mahu memakai pakaian yang dibuat mengikut kehendaknya.

Katanya, baju itu tidak menepati cita rasanya dan menyalahkan pereka terbabit kerana kesilapan yang dilakukannya itu. Apa yang membuatkan pereka itu bengang adalah baju itu sebenarnya mengikut potongan dan contoh yang diberikan sendiri oleh personaliti ini. Jadi, kenapa tiba-tiba personaliti sensasi itu menuduhnya sebegitu seolah-olah cuba merosakkan reputasinya.

Dan menurut sumber Cik Normah itu tadi, akhirnya personaliti terbabit menggayakan bajunya sendiri ketika menghadiri satu majlis hiburan. Bagaimanapun, apa yang membuat Cik Normah hendak tergelak adalah, rupa-rupanya si personaliti terbabit memang berperangai begitu.

Dia memang sengaja buat begitu kerana mahu membuat tuntutan kewangan ke atas penganjur kerana kononnya terpaksa mengeluarkan belanja sendiri untuk tampil bergaya pada majlis itu. Hmmm orang macam ini pun ada dalam dunia? [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan, Nabil, Nur Khiriah, Bell Ngasri dalam Spontan

Tribute to Rock Kangkang 2010