in

Gossip Selebriti Berhibur Sakan Selepas Berbuka

CAK: Cari pusat hiburan selepas berbuka

TAK lama lagi umat Islam akan menempuh detik manis Ramadan. Seperti biasa bila tiba bulan penuh rahmat itu, CAK tak menang tangan memenuhi undangan berbuka puasa sama ada di hotel, restoran mewah atau rumah persendirian.

Biarpun bulan puasa, pelakon profesional ini memberi komitmen terbaik. Dia bekerja dengan penuh bersemangat dan baik dengan semua kru.

Daripada aspek bekerja tiada rungutan didengar, tetapi ramai kurang senang dengan caranya yang tidak menghormati bulan puasa.

Jika orang lain bertanya di manakah mahu menunaikan solat tarawih, dia pula sibuk bertanya pusat hiburan manakah yang mahu dituju selepas berbuka puasa.

Menurut teman CAK yang bekerja di produksi itu, dia tidak pasti sama ada artis itu pergi atau tidak ke pusat hiburan yang dicadangkan beberapa teman malam itu. Pun begitu, apabila pulang dari solat tarawih di surau berdekatan, pelakon itu tidak ada dalam biliknya.

Malas buat telahan bukan-bukan, dia beranggapan pelakon ini mungkin keluar bertemu kawan atau saudara mara. Lagipun katanya, tak baik buruk sangka, apatah lagi pada bulan penuh keberkatan itu.

“Lagipun sudah lama dia tidak pulang ke tempat kelahirannya itu. Biarlah dia buat apapun, aku malas campur. Cuma, aku harap bulan puasa akan datang ini dia tidak lagi ulang soalan bodoh yang sama. Buat malu orang tua saja,” katanya.

Ketika mendengar ceritanya, CAK hanya ketawa. Tak sangka tatkala umat Islam berlumba-lumba mencari pahala, artis veteran ini lebih berminat habiskan masa di pusat hiburan. Agaknya dia rasa dirinya masih muda belia, kut?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Pembaca Sensasi Selebriti – Andartu Terlampau

6ixth Sense Lancar Album Tambah Tolak Darab Bahagi