in

Gossip Promoter Main Kotor

Permainan kotor promoter terbongkar

PROMOTER ini dah lama dalam industri hiburan dan pasti dah faham sangat dengan sepak terajang dunia hiburan. Sebagai promoter, kerjanya mencari artis atas permintaan penganjur persembahan.

Kalau tak salah SS, imbuhan yang promoter itu dapat dalam lingkungan 10 hingga 20 peratus daripada keseluruhan bayaran yang artis itu terima. Tetapi jika artis itu terlalu baik hati, mungkin dia akan menambah bayaran itu. Semuanya bergantung pada rezeki dan keikhlasan hati.

Bagaimanapun, SS dengar promoter yang sorang ini mengambil bayaran 50 peratus daripada bayaran yang artis itu dapat. Ewah, ewah, macam dia pulak naik pentas menyanyi bersama artis itu. Tersangatlah melampaui batas. Barangkali promoter itu terlupa satu perkara yang dia bukan Tuhan dan dia tidak mampu mengawal keadaan.

Akhirnya, tembelang promoter itu pecah juga. Kisahnya lebih kurang begini. Penganjur ini mahukan artis yang sedang meningkat naik ini membuat persembahan pada majlis mereka, lalu dihubungi artis itu sendiri dan menyatakan bayaran sekian banyak. Sedang artis itu menimbangkan tawaran itu, tiba-tiba promoter itu menghubunginya minta menjayakan satu persembahan. Apabila artis itu bertanya siapa penganjurnya dan untuk majlis apa, promoter itu enggan memberitahunya. Promoter itu juga menyebut bayarannya sekali dan ia separuh daripada tawaran pertama kepada artis itu.

Oleh kerana banyak kali juga promoter itu mencarikan show untuknya, maka artis itu sanggup terima tawaran promoter itu walaupun bayarannya ciput atas dasar membalas budi. Justeru, tibalah hari majlis itu diadakan. Apabila artis itu pergi ke sana, barulah artis itu tahu ‘permainan’ promoter itu kenapa dia tidak beritahu siapa penganjurnya. Rupanya ia adalah penganjur sama yang menghubungi artis itu sebelum ini.

Apabila penganjur majlis bertemu artis itu, dia tanya adakah artis itu sudah dapat bayarannya. Memanglah dapat tetapi separuh daripada apa yang penganjur bayar. [Harian Metro]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ADV: Astro B.yond Bakal Lancar Personal Video Recorder PVR

Gossip Artis Lelaki Buang Kawan Takut Digelar Pasangan Gay