Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gossip: Personaliti Sukan Kena Serang



Dipetik daripada BiPop – Berita Minggu

KACAK, bergaya dan banyak duit, tetapi ia lesen untuk berbuat apa saja sehingga merosakkan masa depan anak orang. Apa yang Kak Pora nak cerita ini boleh dijadikan pengajaran bukan saja pada si empunya diri, tetapi kepada sesiapa saja yang bergelar insan popular lain.

Ia mengenai seorang personaliti sukan yang ada kaitan kekeluargaan dengan seorang artis. Kak Pora tak mahu membuka aib orang walaupun Kak Pora mendapat berita ini daripada sumber sahih dan orang kuat media juga, tetapi bukan wartawan hiburan, sebaliknya kawan-kawan di Meja Sukan yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Kak Pora mendapat tahu seorang personaliti sukan yang digilai ramai gadis jelita diserang bekas kekasihnya, beberapa minggu lalu. Mungkin wajah kacaknya membuatkan dirinya digilai ramai gadis, tetapi jangan sesekali ambil kesempatan sehingga mempermainkan cinta dan perasaan anak dara orang.

Natijahnya, Kak Pora dengar personaliti muda itu diserang bekas kekasihnya di tempat latihan selepas tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Tak tahulah tanggungjawab yang macam mana tu. Macam orang tua-tua cakap, habis manis sepah dibuang. Ishhh…. takkan sampa ke situ pulak, kan? Tapi benda macam tu, tak mustahil berlaku. Selepas mendapat kekasih baru yang cantik, si personaliti sukan itu khabarnya meninggalkan kekasihnya terkontang-kanting, maklumlah kekasih dulu orang biasa dan tidak popular Kekasih baru ni, khabarnya selebriti dalam dunia hiburan.

“Masalahnya ialah bekas kekasihnya itu banyak berkorban untuk kehidupan si personaliti sukan, tetapi dalam sekelip mata si gadis ditinggalkan tanpa sebab munasabah. Si personaliti tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan sehingga merosakkan masa depan gadis itu.

“Tup tup si personaliti `bermain cinta’ dengan seorang selebriti dan dalam masa sama, mengabaikan bekas kekasih yang banyak berkorban. Itu yang membuatkan bekas kekasihnya tidak tahan sabar dan membuat keputusan nekad `menyerang’ si personaliti di padang sewaktu membuat latihan. Si personaliti khabarnya sempat melarikan diri,” kata sumber Kak Pora.

Kepada personaliti itu, sudah-sudahlah tu. Jangan ingat dengan wang, ketampanan dan nama, anda boleh membeli segala-galanya. Menyampah Kak Pora pada lelaki jenis macam ini…

KAK PORA: Tiga kali gagal bercinta selama menjadi ibu tunggal. Sebabnya kerana bercinta dengan lelaki hipokrit!

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Duit Show Siti Sarah Kena Kebas Tunang
  • NURFARAHIN KENA SAMUN DEPAN RUMAH
  • Gossip Selebriti Pilih Bulu
  • Penyampai Hot FM Aleya Kena Serang Pembuli Jalan Raya
  • Gossip Selebriti Cerewet Berlagak Diva
  • TV3 Penyiar Rasmi Sukan Sea Ke 26
  • Gossip Ustaz Akhil Hayy Kahwin Senyap-Senyap Dengan Waheeda ?
  • Jom Jenguk Ke Angkasapuri Sambut RTM ke 64
  • Gossip Artis Bernafsu Songsang
  • Gossip Nurul Sudah Ada Pengganti?



    • Ntahla..

      Sape erkk???ade ke adik ipar Rita Rudaini…(c kembar tu)…

    • hagEmaRuUu

      alahai sape la lg kalu bkn adik si kembar 2…dh terg lg bersuluh…bkny hensem pn mke cm cipan jerk ada hati nk pasg rmai..sesuai la ngn artis 2 bkny cntik sgt pn…

    • ceh

      kembar tu la..bese la deme suke sgt main dgn artis..hahaha..sume pangei ampeh je

    • jjj

      makin byk gosip kan kembar laki rita ni.
      dia lah ni…gf sekarang digossipkan ayu raudhah

    • nazma2604

      btl kh cita nie psl zaquan…mcm x caya jer….

    • zen

      tak boleh salahkan lelaki je…org lelaki mmg hampeh, tp sbg pompuan jgn lah mentang dah sayang, berkorban jiwa raga sampai terlanjur… kan ke berdosa.bile dah jadi cam ginih nak nyesal pun tak guna..sabor le sampai sah dulu. .
      tp kalau aku jd pompuan tu aku tak serang, aku carik lelaki lain yg jauh lebih baik…apa hebat sangat ke budak sport tu sampai bertindak mcm nak mati sbb kene tinggal.. rilek lah, laki hampeh mmg tak yah layan…yg dah berlaku biar je lah..

    • kepit

      betul saudara zen tu cakap..cari je laki yg lebih baik dr sblmnye…bnda dah pon jadi..taubat je la…adat hidup mcm ni la..kejap turun kejap naik..pasrah je la ….keseronokan sementara aje ape sedap…dosa dpt…maruah tergadai…tangungjawab da lari…lain kali beringat ler…fikir jauh seh…tq

    • apeapeaja

      yang kena tempias mak bapak gak nun di kg. kesian orang tua tu.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK