Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gossip Penyanyi Wanita Ada Skandal Ketika Masih Jadi Isteri



SOSEH SOSEH: HUBUNGAN SULIT KETIKA MASIH ISTERI

KATA orang ketika bercinta, semua nampak indah dan wangi. Namun, apabila sudah berpisah bermacam cerita dalam kain disebarkan empunya diri kepada orang lain.

Memang difikirkan, SS sendiri tidak sanggup mengaibkan hidup orang lain apatah lagi orang yang pernah dilamun cinta tergamak menyampaikan cerita buruk bekas kekasih atau pasangan hidup mereka.

Baru-baru ini, persada hiburan tempatan dikejutkan dengan cerita penyanyi Farawahida dengan komposer Julfekar. Walaupun kata Farawahida, Julfekar cuba ugut dengan gambar bogel dan video lucahnya, SS tidak pasti siapa yang betul kerana ia masih dalam siasatan polis.

Dalam asyik mengikuti perkembangan terkini cerita Farawahida bersama Julfekar, SS mendapat cerita daripada satu sumber mengenai sikap jelik seorang penyanyi wanita. Kata sumber itu, penyanyi ini pernah berkahwin beberapa kali, tetapi jodohnya tidak panjang.

Biarpun soal jodoh ditentukan Tuhan, manusia mempunyai akal untuk merancang perjalanan hidup agar masalah seperti rumah tangga dapat diselesaikan dengan baik. Berbalik cerita penyanyi ini, SS juga sukar meneka apa punca sebenar dia bercerai.

Namun, sumber SS itu menyatakan satu perkara yang mengejutkan. Apa yang ingin disampaikan, penyanyi ini pernah menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain ketika masih bergelar isteri.

Terlopong juga mulut SS apabila dengar cerita itu kerana setahu SS, penyanyi ini menunjukkan imej yang cukup positif depan khalayak mahupun media.

Tidak sangka pula SS, penyanyi ini sanggup melakukan perbuatan keji sebegitu apatah lagi aksinya pernah ‘terkantoi’ dengan seorang anggota dalam keluarganya. Apabila fikir situasi ini, SS fikir memang patut bekas suaminya itu menceraikannya.

Natijah daripada cerita ini, pasangan yang sudah berkahwin tidak perlulah melakukan perbuatan sedemikian semata-mata mahu melarikan diri dari masalah rumah tangga. Banyak cara lain yang boleh dilakukan asalkan tidak menambah dosa.

SS harap cerita ini dapat dijadikan teladan. Nasihat SS pada penyanyi itu, jangan terlalu ikut godaan nafsu hingga menghancurkan masa depan sendiri termasuk karier seni dan akhirnya dibenci peminat. [sumber]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Skandal Salih Yaakob?
  • Gossip Artis Buaya Darat Tinggal Isteri
  • Gossip Fauzi Nawawi Dituduh Ada Skandal
  • Wira Dani Kekasih Pengacara Seksi Raja Endon Mastura?
  • Lepas Faradhiya, Kat Mentor, Gossip Hattan & Siti Elizad pulak!
  • Gossip Nurul Sudah Ada Pengganti?
  • SASHA ISTERI KE-3?
  • Gossip Acha Septriasa Bercinta dengan Kerabat
  • Gossip Penyanyi Rock Selalu Tergoda Menggoda
  • Video Sex Skandal Khairy Jamaludin Tersebar di Internet?



    • http://j-nebeng.com nebeng

      SAPE NI YER… LEH G TAHU TAK??

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      agak-agak siapa la gerangan empunya diri pada ceta neh yea…

    • Ntahla..

      Sape ni..ni betul2 soalan cepumas ni…

    • MIMIY

      fauziah latif kot,teka je ek…salah mtk maaf awal..

    • cinta

      sheila majid kot.. roslan aziz ada bercerita kat Cerita Artis Malaysia.

    • wawa

      aku rase noraniza idris. kan die nie asyik kawin cerai jew.. sorry kalo silap

    • Mimie

      Noraniza idris kot.. Opssss~

    • http://blog.selebriti.tv selebriti

      errkk..sape ek?
      masih jadi isteri?
      apa maksudnya dia dah nak cerai?

    • http://maurancak.blogspot.com/ dazrulx

      gatai gedik btul..

    • SyAhiRaH

      Aku rasa Noraniza Idris. Sebab `perbuatan keji sebegitu apatah lagi aksinya pernah ‘terkantoi’ dengan seorang anggota dalam keluarganya`Tu aku rasa. hehehehe

    • Reena Shah

      rasa-rasa mcm noraniza idris. klu salah berdosa ni

    • scroll

      hamba rasa memang noraniza idris..kan pernah ditanya oleh AC Disini tentang terkantoi niee..

    • apeapeaja

      aku pun ingat NI dulu kata anak dia terkantoikan dia….nauzubillah min zalik..

    • http://- superman

      ala..cerita lama lah ni. nooraniza idris tgh berasmara dana dalam bilik. kantoi dengan anak lelaki dia.ceh!!

    • http://orangedobi.blogspot.com IzzahJaslenda

      hmm.. sukar dipercayai.. kan dia nampak baik..

    • Zeeraf

      Noraniza Idris la….sapa lagi kut. Pemain Cinta (macam lagu ADA Band) dan Petualang Cinta. Main api Cinta dengan pegawai askar sejak tahun 2005. Cerai tahun 2006. bekas suami dia tau kut masa tu. tapi terkantoi dalam rumah dengan orang lain.Ni kawan aku kat Mini Malaysia Melaka bagitau lah. Kalau 2005 dah main kayu tiga atau empat apa lagi nak cakap. Sekarang ni,cuba risik2,mana tau, kut-kut ngan askar tu lagi. Rosaklah negara kita kalau punya askar macam tu. Kalau rumahtangga orang boleh diruntuhkannya , apa lagi negara kita. Harap2 tak macam tu kan. Askar tu pangkat apa yer?

    • whistleblower

      Zeeraf, macam tepat je info ko. Tapi nama ko kalau eja terbalik jadi fareeZ…hehehehe. Sbb ko x tau pangkat aper askar tu yg skrg dah jadi Dato’ aku bagi website sikit pasal dia kat sini…http://portalpara.blogspot.com/2008_06_01_archive.html

    • http://www.budie.com kiela_zass

      tiada manusia yang sempurna d ats muka bumi allah ini……… cari lah hala tuju hidup masing masing………….. x yah keja nak ngata jer x bek awwwwwww………….. cari lar bekalan tok mati… esok mati xmsuk NERAKA!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK