Gossip: Penyanyi Hebat Perangai Buruk
Dipetik daripada Harian Metro
BUKAN sekali dua SS dengar mengenai kerenah kurang elok artis wanita popular ini. Apabila SS sebut namanya, pasti semua tahu. Apatah lagi peminatnya juga tidak kurang ramai. Tidak cukup dengan isu mengubah penampilan susuk tubuh dan rupa paras, penyanyi hebat ini tidak habis-habis dengan perangai tidak senonoh.
Kalau sekali dua SS dengar mengenai perangainya yang tidak elok itu tak mengapalah. Ini tidak asalkan ada wajah penghibur itu, ada saja perilaku yang tidak elok dikaitkan dengan dirinya. Mungkin kerana taksub dengan populariti yang pernah dikecapi dan zaman kegemilangannya sehingga terbawa-bawa setiap kali diundang menjayakan persembahan.
Baru-baru ini teman SS yang buat liputan rakaman program televisyen, mendengar rungutan kru dan beberapa artis mengenai sikap penyanyi itu. Penyanyi berkenaan bukan hanya tidak mahu bercampur dengan artis lain malah ‘demand’ tinggi kepada pihak pengurusan stesen televisyen itu.
Malah artis berkenaan mengenakan syarat tertentu kepada pihak penerbitan televisyen berkenaan jika mahu menggunakan khidmatnya malah perlu menyediakan segala kelengkapan dan kemudahan yang dimintanya.
Bukan hanya makanan dan minuman perlu disediakan. Artis berkenaan tidak mahu berkongsi bilik persalinan bersama artis lain biarpun ruang bilik persalinan di studio rakaman terhad.
Tidak cukup dengan itu, artis berkenaan mengunci bilik persalinan dan langsung tidak membenarkan orang lain menjejak kaki ke dalam bilik itu. Ibarat bilik berkenaan miliknya. Mungkin kerana ada barang berharga, menyebabkan artis berkenaan bersikap demikian.
Begitupun, takkanlah sampai buruk sangka pada orang lain. Pada SS, langkah berjaga-jaga penyanyi berkenaan wajar namun jangan sampai keterlaluan.
Tags: Gossip
Tags: GossipClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





July 29th, 2009 at 5:43 am
adakah artis itu kak pah yg tak sedar diri?
July 29th, 2009 at 10:10 am
aku pun rasa cam makcik tu jer..
July 29th, 2009 at 3:54 pm
Ntahla..sumtyms aku rasa yg dmksudkn adalah Dato Siti Nurhaliza.. Well..belumlh amat melampau akan permintaannya itu..bukn nak back up dia but as an artist, she might feel insecure apath lg wartawan/pihak media skrg cerita “dlm kain” pown diaorg nak hebohkan… Tak kisahlah dia Dato Ct kah, Sharifah Aini kah..tp mun sekadar hal2 remeh cani ne jnth luan serius nya urg Brunei.. Heheheh
July 29th, 2009 at 11:17 pm
sape ek?
terbaca ada yang cka k.pah tu, nak tnyo sikit…
nape lain benor nampok k.pah di tv bebaru ni?
susuk gak ker tuo2 pown?????
jawab weh
July 30th, 2009 at 2:56 am
yg terperasan sgt tang bibirnya yg tebal gan dagunya yg runcing habis. eee takutnya ngok…
August 3rd, 2009 at 12:20 am
Betul tu…tengok la bibir dia tu..tebal sgt la…dulu masa melodi terjah dia kata bibir dia salah pakai lipstik sampai bibir tu bengkak…nampaknya smua org perasan akn perubahan tu…Klu la benar…tlgla kak pah…mak i minat sgt kat kak pah…nanti mak i mesti kecewa