in

Gossip Pelawak Terkenal Kaki Mabuk

PELAKON baru yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti ini memang tidak pernah senyap daripada kontroversi. Sekarang namanya memang sudah gah sebagai pelawak dan pelakon terkenal, malah pernah dinobatkan sebagai antara paling popular dalam sebuah majlis penganugerahan.

Bila jumpa wartawan, pijak semut pun tak mati. Balik-balik cerita pasal perancangannya nak kahwin, nak kumpul duit, mahu tolong keluarga tapi sebenarnya dialah pelakon hebat yang berlakon 24 jam.

Lebih menarik teman CAK ada memberitahu yang tempat lepak untuknya mabuk itu turut disertai seorang lagi artis yang tidak popular mana tapi lebih kencang sebagai selebriti bermasalah saja. Kawannya ini pun memang CAK tak berkenan dari dulu lagi sebab perangainya memang tak pernah berubah walau berkali-kali kena tegur.

Terbaru, dia terbabit pula dengan satu pergaduhan. CAK langsung tak terkejut, sebaliknya CAK rasa memang artis ini yang bermasalah hingga hilang sabar orang lain kepadanya.

Mereka memang gemar menghabiskan masa di kelab itu untuk melapangkan fikiran agaknya. Minum arak sudah macam minum air mineral ibaratnya.

Namun nak buat macam mana, bukannya dua pelawak ini budak kecil lagi. Kalau CAK tegur pun bukannya dia kisah tapi kalau ikutkan hati, nak saja CAK rakam aksi dia mabuk dan jadikan berita muka depan akhbar. Kita tengok macam mana kelam kabutnya dia nak menjawab dengan keluarga.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Artis Buat Muka Ditipu

Gossip Artis Baru Suka Cemburu Berlagak Diva