in

Gossip Pelakon Jelita Goda Duda Kaya

Dengarnya…: Pelakon jelita menggoda duda

KETIKA Cik Normah sedang asyik menerima rawatan memanjakan diri di sebuah pusat sehenti kecantikan, Lara Kirana Manja menghubungi Cik Normah untuk berkongsi kisah panas. Tapi mohon Lara Kirana, dia tidak mahu nama si polan yang dimaksudkan disebut di dalam ruangan ini.

Ceritanya begini, dalam diam rupa-rupanya seorang pelakon jelita yang semakin popular kebelakangan ini memasang jerat untuk memikat hati seorang duda yang menjadi rebutan ramai. Tapi dalam hal macam ini, Cik Normah tak pasti, pelakon itu yang mengurat atau dia digoda duda terbabit.

Iyalah, pelakon itu memang digilai ramai apatah lagi sejak ada drama yang dilakonkannya meninggalkan impak cukup besar dalam kerjaya seninya. Menurut Lara Kirana, si duda yang diketahui sedang intim dengan seorang pelakon jelita, sudah memberikan sebuah kereta untuk si pelakon cantik tadi.

Lara dapat tahu si duda terbabit ada membuat pinjaman sejumlah wang untuk membelikan kereta itu. Setahu Cik Normah, pelakon yang pernah memegang watak baik dalam sebuah drama itu memang kaki berpeleseran. Tapi dalam hal itu, Cik Normah tak nak cakap apa-apa, hak peribadi masing-masing.

Cik Normah tak dapat bayangkan kalau pelakon jelita yang digosipkan mempunyai skandal dengan duda itu bertemu dengan pelakon ini. Silap hari bulan, berlaku adegan tarik rambut. Maklumlah kedua-duanya berambut panjang. Sedap juga nak tarik rambut.

Menariknya, dalam sebuah drama yang disiarkan baru-baru ini mereka ada berlakon sekali, siap ada adegan bersama lagi. Tapi Cik Normah yakin ketika itu, hal yang baru dikongsi Lara ini belum berlaku. Lara dalam perbualannya juga masih sempat berkongsi kisah lain yang berkaitan dengan pelakon jelita yang dimaksudkan itu.

Dalam diam, pelakon itu ada hati terhadap seorang pelakon lelaki yang pernah digandingkan dengannya. Boleh tahan gatal juga pelakon ini. Nak dijadikan cerita, hal ini diketahui kekasih pelakon itu (juga seorang pelakon) hingga membuatkan dia naik berang dan nak mengamuk.

Kata Lara, pelakon itu boleh SMS kepada pelakon lelaki terbabit sekitar jam 4 pagi. Macam-macam sekarang. Dulu lelaki suka kacau perempuan. Tapi sekarang, sudah macam kebiasaan kalau perempuan kacau lelaki. Suami atau kekasih orang pula. [Berita Harian]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Natasha Hudson Bintangi Drama Dea Sofea

Konsert Ella di Istana Budaya