Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)









[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Gossip Pelakon Duda Usung Gadis Muda

SOSEH SOSEH: Si duda usung gadis muda

Rap
KELMARIN, seorang teman SS ada bercerita mengenai artis duda yang tidak kurang meletupnya ini. Bukan kisah perkembangan kariernya, sikap liar sejak hidup ‘membujang’. Kata teman itu, artis duda ini sekarang suka berkepit gadis muda.

Cerita liar pelakon ini pun SS ada dengar masa belum kahwin dulu malah ketika memegang status suami. Tidak hairanlah rumah tangga yang dibina dengan insan sealiran tidak panjang walaupun nampak cukup bahagia.

SS dengar, artis itu bukan saja sekadar keluar bersama, tetapi artis duda berkenaan malah turut membawa pasangan wanitanya ke kamar tidur.

Wah, macam cerita artis Hollywood pula. Apapun, melihat pada karakter artis duda yang dimaksudkan ini memang boleh dilabel ‘hidung belang’.

Maklum sajalah, tubuhnya yang sasa itu pasti menjadi idaman wanita muda. Ditambah lagi, dengan pengalaman sebagai ’suami orang’ suatu ketika dulu, SS pasti kata-kata dilontarkan cukup manis. Umpama semut kecil yang menghidu gula.

Apapun, andai benarlah cerita tidak senonoh artis duda ini, SS harap dia segera berkahwin lagi. Bukan apa, daripada hanyut dengan hawa nafsu, lebih baik ‘disahkan’ saja di sisi agama dulu. Lagipun, bila sudah sah, orang pun tak boleh nak kata apa.

Buatlah macam mana sekalipun, masyarakat faham. Bagaimanapun, SS tidak nafikan kehidupan artis di Malaysia ini lagaknya macam di Hollywood. Bukan SS hendak serkap jarang atau menuduh, tetapi sekadar merujuk kisah artis yang ditangkap khalwat.

Dalam soal ini, memanglah dosa masing-masing yang tanggung. Namun, dari aspek agama kalau yang salah itu tidak ditegur, akan jadi subahat pula. Apapun, tepuk dada tanya selera. Cuma, SS tiba-tiba teringatkan serangkap lagu dendangan Raihan.

“Iman tak dapat diwarisi dari seorang ayah yang bertakwa”. Justeru, dalam soal ini semuanya bergantung pada diri dan kehendak manusia itu. Namun, pada artis duda terbabit jika ‘terasa’ dengan kata-kata ini SS minta maaf. SS sekadar menegur. Itu saja. [sumber]

Tags:

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Pelakon Selebriti Muda dan Love Bites?
  • Gambar Anak Sulung Lisdawati & Fauzi Nawawi
  • Nasha Aziz Bercerai Lalu Bercinta Dengan Ahli Perniagaan?
  • Dafi AF5 Cinta Sama Gita Gutawa Anak Erwin Gutawa?
  • Peserta Program Realiti TV Pernah Bersekedudukan?
  • Gossip: Aktor Veteran Berkepit Wanita Muda
  • Ajai dan Liza Ilyas Kahwin Julai 2008?
  • Gossip: Diugut Bekas Isteri Kekasih
  • Trivia: Tas Tangan Gold Pelakon Drama Mana Ni?
  • Ally Iskandar Jemput Dato’ Jamali Shadat & Afdlin Shauki



  • 3 Komen untuk entri “Gossip Pelakon Duda Usung Gadis Muda”

    1. east woman kata:

      nie mesti faizal yusup duda nana kn???

    2. Orng baik kata:

      Tak apalah saling mengingatkan asal jangan memaksakan kehendak diri ke orng lain

    3. Miss kata:

      faizal yusup tak sasa..ni mcm norman hakim

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!