Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gossip Pelakon Drama Tidak Professional



Sampai bila diorang ni nak bergaduh? Mmm…

SOSEH SOSEH: Kata-kata, hati tak seiring

SS selalu dengar kata-kata artis yang mereka bersikap profesional apabila digandingkan dengan ‘musuh’ mereka. Ada pelakon tidak kisah berganding dengan bekas suami atau bekas kekasih atas nama profesional. Kata-kata sama diucapkan artis jelita ini apabila bakal digandingkan dengan pelakon yang pernah dikaitkan dengan dirinya, kononnya orang ketiga hingga merosakkan kebahagiaannya.

Apa yang SS dengar sebaliknya apabila artis ini biarlah SS namakan sebagai A, dari awal lagi sudah bagi tahu produser meminta supaya tidak dipertemukan dengan artis itu (artis B). Sebagai menghormati permintaannya, produser ini cuba sedaya upaya supaya mereka tidak bertembung di lokasi sama.

SS difahamkan, suatu hari perkara itu tidak dapat dielakkan apabila kedua-dua mereka terbabit di lokasi sama tetapi produser ini masih cuba pastikan jadual mereka tidak bertembung. Maknanya, walaupun A dan B berlakon di bawah satu bumbung tetapi mereka tidak akan bertemu. Bila selesai saja babak A, barulah tiba giliran B.

Tapi biasanya sudah adat dalam mana-mana produksi drama, jika penggambaran yang sepatutnya untuk A bermula jam 1 petang manakala B jam 4 petang, tapi apabila penggambaran ditangguhkan kerana pelbagai masalah seperti cuaca dan kru memerlukan masa untuk siapkan set, penggambaran A hanya bermula jam 3 petang.

Pelakon B pula menyedari dirinya perlu berada di lokasi jam 4 petang, tiba lebih awal untuk buat persiapan. Apabila A menyedari pelakon B ada di situ, apa lagi mengamuklah dia. SS difahamkan, A meninggalkan lokasi penggambaran tanpa menyiapkan babaknya pada hari itu. Tiada apa yang mampu dilakukan produser itu, hanya terlopong sajalah menyaksikan drama realiti di depan matanya.

Tambah membuatkan produser ini melopong apabila dapat tahu artis A tidak kisah pula apabila pelakon B sama-sama menjayakan satu pertunjukan catwalk bersama. Dalam hal ini, SS tidak tahu hendak kata apa. Tapi memang SS akui ramai artis sebenarnya propa saja lebih. Mulut kata ok tapi hati tak ok. Kalau tidak, tiadalah masalah ini timbul.

Tapi SS tabik dengan sesetengah artis yang dari awal lagi mengaku tidak bersedia berlakon dengan bekas kekasih atau isteri kerana tidak mahu menimbulkan masalah. Tapi tidak ramai bersikap begini. Yang ramai mengaku tiada masalah tapi sebenarnya ada masalah. Kalau benar-benar profesional, takkan perkara menimpa A boleh berlaku. [sumber]

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trivia: Tas Tangan Gold Pelakon Drama Mana Ni?
  • Trivia: Beg Tangan Siapa Ni?
  • Ally Kupas Isu Gossip Bersama Adam Salleh dan Rozita Che Wan
  • Siti Saleha Pelakon Drama 5 Jingga Kekasih Baru Jehan Miskin?
  • Gossip Nurul Sudah Ada Pengganti?
  • Gossip Aida Aris Cinta Zul Handy Black
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • Gambar Pelakon Drama KAMI Nas-T Pegang Anjing
  • Fahrin Ahmad & Rima Melati Kahwin?
  • Gossip Girl Season 2



  • 5 Komen untuk entri “Gossip Pelakon Drama Tidak Professional”

    1. peminat fazura kata:

      FASHA SANDHa VS NORA DANISH!!!

    2. hello kitty kata:

      cnfrm ND…X pro lngsng…
      kalu btol apa yg jd b4 bkn slh dia & FS yg salah…
      nape lak dia yg naik angin smpai ganggu priuk nasi sdnri….
      pelik…pelik….

    3. selangor2udotcom kata:

      siapa kah beliau yg dimaksudkan???hihi

    4. tokman kata:

      sian nora, hatinya masih terluka lar tu. Tak pe nora, kami masih menyokong anda,Kami tau, bab apa yang dah terjadik tu bukan mudah nak dilupakan. Hope all the best for you and future. Yang si sendat tu , mmg lar x rasa apa-apa, dah dia yang mula and mengacau. Tgk lar nnti kalau masa dia pulak tiba, We want to see, dia professional atau tak. He, he, he… Tak lama lagik tu.

    5. ramlah kata:

      ha eleh..soka hati nak ckp buruk2x sal fs..mcm la nora tu baik sgt..cik oi…banyak lagi pompuan kat luar tu ditingal suami yg lebih berhak diberi simpati dan nasib nya lebih tragis..nora ni mmg seeker attention!!!

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK