Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gossip: Meluat Kerenah Personaliti Perasan



Dengarnya…: Meluat kerenah personaliti perasan

Dipetik dari Berita Harian

MELIHAT personaliti dirinya yang ramah tamah dan mesra pasti ramai yang tak percaya, apa yang dipamerkan itu hanya ‘plastik’ semata-mata. Luar nampak baik, bersopan dan sentiasa, tetapi di sebaliknya rasa nak pecah kepala mereka yang terpaksa melayani kerenahnya yang pelbagai. Kalau yang diminta itu logik, tidak mengapa. Tetapi kalau setakat benda remeh, mahu tak berasap kepala mereka yang terpaksa menatap wajahnya setiap hari.

Kelakarnya jika permintaannya tidak ditunaikan, mula dia cari jalan mengadu sana sini. Hal remeh pun mahu disampaikan kepada pihak atasan. Mula dulu mereka mendengar juga suara hati personaliti wanita yang semakin perasan ni.

Lama-kelamaan siapa boleh tahan. Mahu tak naik suhu badan jika semua hal dia mahu diutamakan. Kalau setakat mengacara program sokongan, takkan nak diberi publisiti berlebihan pula. Apa kata pengacara utama?

Itu bab kerja, bab peribadi lagi buat Cik Normah nak ketawa terbahak-bahak. Sejak kembali solo ni, hidup personaliti itu bagaikan di awangan. Perasan tak sudah seolah-olah dia satu-satunya wanita idaman yang menjadi kegilaan semua lelaki. Boleh dia bercerita kepada teman Cik Normah, sejak hidup menjanda ada saja lelaki yang mengekori langkahnya.
 
Pendek kata, hidupnya sudah tidak tenteram gara-gara status baru yang digalasnya. Ke mana saja langkahnya, pasti ada lelaki yang cuba mencuri hatinya. Iyakah begitu? Cik Normah tak nafikan dia memang cantik, tapi sayang kalau begitu jadinya. Takkan kerana dahagakan publisiti, cerita begini pun mahu dikongsi?

Agak Cik Normah mungkin kepala dia serabut memikirkan banyak perkara. Maklum dulu semuanya dilakukan berdua tapi sekarang terpaksa bergerak sendirian. Itu yang buat dia tertekan lalu terkeluar cerita bukan-bukan.

Pesan Cik Normah kepada personaliti ini, hati-hati sikit. Iyalah orang popular dan muka pun cantik, takut nanti dia terfikir pula orang berniat tidak baik kepadanya. Susah pula nanti kalau terpaksa menggaji pengawal peribadi. Agaknya stesen televisyen tempat dia bernaung sedia tak membayar gaji pengawal peribadinya itu?

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Selebriti Cerewet Berlagak Diva
  • Gossip Penyampai Radio Kuat Berangan
  • Gossip Selebriti Pilih Bulu
  • Gossip Artis Bernafsu Songsang
  • Gossip Nurul Sudah Ada Pengganti?
  • Gossip: Personaliti Sukan Kena Serang
  • Betty Benafe Kahwin VIP?
  • Ally Kupas Isu Gossip Bersama Adam Salleh dan Rozita Che Wan
  • Gossip: Sikap Artis Mengada-Ngada?
  • Gossip Dua Selebriti Tak Sedar Diri



    • reskuker

      Agak2 sape ni ha? nk ke? kita x tau langsung..teka je.. sebab dia jd pengacara whi.. dan ala2 perasan sket ms mengacara tu.. ni tanya je ni..

    • maria

      sape hah? perasan sgt ker..erm..nak teka pn taktau..adakah norish?wallaualam..

    • gegurl_jb

      gaya cter kt ats ni cm NK, tp x twu lh kn..
      wallahhua’lam..

    • hello kitty

      NK…x syak lg…

    • keep it secret

      korang, klu NK…naper kak normah tu tak mention personaliti tv tu penah berlakon??….aku pun dah kureng minat kat Nk tu skrg tp aku rasa kes ni bukan dia kot….tapi saper ek??…tp aper2 pun aku nak bg nasihat free kat personaliti yg kekwat tu…kat m,sia ni dah berlambak org nak jadi pengacara….so jgn nnt awak tu jadi crew belakang tabir jer plak…..selamat berpuasa!!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK