Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gossip: Mawi Ahli Parti Keadilan Rakyat?



Huhu, Mawi dah tak mengaku jadi ahli PKR. Bagi Budiey, jadi ahli dan jadi penyokong adalah sesuatu yang berbeza. Ada orang tu kan, jadi penyokong tapi tak pernah gi mengundi pun. Lepas tu, ada juga yang mengaku jadi ahli tetapi tak pernah pun menyokong. Pun ada!

Budiey rasa benda-benda macam ni tak payah la nak jadi isu! Lantaklah orang tu nak sokong sape, nak jadi ahli sape.

“Nah, tengoklah aku pangkah apa.”

Mawi: Mana bukti saya ahli PKR?

SHAH ALAM: “Mana ada? Mana bukti?,” begitulah reaksi spontan dari penyanyi popular Mawi ketika diasak dengan pertanyaan benarkah beliau adalah ahli Parti keadilan Rakyat (PKR), seperti yang heboh diperkatakan di sebuah laman web kini.

“Masa bila…?. Lagipun tahun 1999, saya belumpun mendaftar untuk mengundi di SPR. Jadi macam mana saya hendak sertai parti itu?,” jelas Mawi menafikan berita yang tersebar di laman web tersebut. Mawi, yang ditemui di saringan Separuh Akhir Muzik-muzik kategori etnik kreatif di Studio Sri pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam sebentar tadi, terus-terusan menafikan penglibatan beliau dengan parti pembangkang itu. Kenyataan Mawi ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa beliau pernah bergiat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanraya umum ke-10 dan menyertai parti itu di bahagian Senai. Dakwaan ini dibuat oleh Timbalan Ketua AMK Johor Zabidie Abas di kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam hari ini.

Zabidie, yang juga pembahas pertama mendakwa bintang paling popular Akademi Fantasia itu pernah menampal poster bersama jentera parti di Kulai. Katanya lagi, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, pernah terlibat membantu PKR dalam pilihanraya umum 1999. Zabidie sewaktu membahaskan ucapan dasar ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin yang bertemakan ‘Memimpin Harapan Rakyat’ dilaporkan berkata:

“Kita hendak imbas kembali nostalgia beliau (Mawi) panjat pokok kelapa menampal poster bersama kita. Saya dari Kulai, Mawi dari Kulai. Tuan-tuan tahu, dulu beliau bersama-sama saya tampal poster. Dia jentera bawah saya,” katanya di hadapan 600 perwakilan pergerakan itu dari seluruh negara.

Namun, menurut Zabidie lagi, nama Mawi tidak ada dalam senarai keahlian yang dikeluarkan PKR tahun ini. Difahamkan, nama Mawi disebut oleh Zabidiesebagai satu saranan agar PKR mengambil sikap mendekati golongan seniman, termasuk penyanyi yang mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat. Lewat petang tadi, Bernama melaporkan bahawa Zabidie pernah cuba memujuk jiran sekampungnya penyanyi Mawi menganggotai PKR tetapi Mawi enggan. Menurutnya, Mawi memberi alasan ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya seninya selain memilih untuk bersikap neutral dalam politik. – mstaronline

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gossip Ekin Kekasih Mawi
  • Mawi Pergi Show di Terengganu Naik Helikopter?
  • Tahniah Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat Menang di Permatang Pauh
  • Mawi, Adam, Sofaz dan Ahli Fiqir di Konsert Kotex Untukmu
  • Gambar Penyanyi Aishah Sertai Bersih 3.0
  • Gosip Mawi Lalok Ketagih Dadah di Australia
  • Photo Aein & Ekin Bakal Tunang Mawi @ Minggu Setiausaha Rafflesia di Hotel Istana
  • Pengacara Wanita Radio No. 2 Semakin Sombong?
  • Wira Dani Kekasih Pengacara Seksi Raja Endon Mastura?
  • Mawi Akan Lancar Album Baru Allah Habeebi



  • 14 Komen untuk entri “Gossip: Mawi Ahli Parti Keadilan Rakyat?”

    1. Honeybee kata:

      Nostalgia je ..

    2. anita kata:

      malas nak layan cakap orang bodoh. Semua cakap tak boleh dipercayai.Jadi artis terus pandai hipokrit dan menipu

    3. SENSASI kata:

      Ala…PKR nak cari publisiti murahan, nak tarik ramai org join la tu. Aku pun pernah ambil upah tampal poster BN kat kampung kerana bayarannya lumayan, tapi masa tu baru tingkatan 3. Mentang2 lah tampal poster, so aku kira ahli BN lah dalam usia 15 tahun tu?

    4. ieyqa kata:

      woi!!! cakap baek2 cket ek! suke2 hati nak kata PKR cari publisiti murahan! ko tu pun ape kurangnyer.. kureng asam keping punye budak!

    5. izzati kata:

      hahhaaaha.. tampal poster pon bole jadi kempen politik…

    6. Honeybee kata:

      So sape2 yg nk jdi artis lpas ni x duk terlibat dgn tampal poster @ wat so ever.. kng jdi topik politik lak …

    7. mawas kata:

      ala mawi mengaku je la kalo da betul…

      nape? takut majlis sanding x meriah kee?

    8. mawas kata:

      suh je Mawi ngaku jadi ahli BN

      abesss citerrr

    9. mie kata:

      yang pasti gambar tuan guru nik aziz kat dinding umah mawi,, dulu dalam trek selebriti aku nengok tu ape crita, bukan keadilan, tapi pas, huhu

    10. coco kata:

      alah citer pasal sokong sesape xyah la dijadikan isu.. dah negara Malaysia ni sendiri pun negara demokrasi.. so xsalah nk sokong sesape yg kita nk sokong, xkan la sebab mawi jadi ahli PKR terus kena gam kot.. huhuhu biar la dah hak masing2 lantak arh nk sokong saper pon.. hisshh

    11. kirana kata:

      aku rse ni ms zaman mawi pas skolah lu kot.biasa la budak2 nk cari duit poket g tampal poster..adk2 aku dl pn pnh gak g tmpl poster utk pilihan raya.1 poster 10hinggit 2!..sape xnak?!..adik aku balun 2 2 parti…

    12. mawar berduri kata:

      aku sokong ko coco….
      suka ati la nk sokong maner pn….
      tepuk dada tanyer selera….

    13. zaa_ikram kata:

      btol3..hak masing2 ler nak sokong apa pun…xpyah nak jga tepi kain org..lain ler kalo tu 1 dosa..kna ler tegur..xfham btoi dgn org melayu nih..hukhuuu

    14. Honeybee kata:

      msuk parti tupperware le .. leh dguna spanjang msa n d mna jua ..

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK