Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gossip: Kekasih Belasah Pelakon Wanita



SOSEH SOSEH: Kekasih belasah pelakon wanita   

Dipetik dari Harian Metro
KISAH artis berdepan masalah rumah tangga bukan lagi perkara yang perlu disorok daripada pengetahuan peminat. Biarpun ada artis yang tidak senang dengan keadaan ini, hakikatnya cerita mereka mempunyai nilai untuk dijadikan bahan berita di akhbar bagi tatapan peminat.

SS bukan mahu mengaibkan artis apabila cerita mereka turut dijadikan bahan usikan dalam ruangan ini. Sebaliknya, SS mahu berkongsi dengan pembaca mengenai realiti kehidupan artis yang kebanyakannya tidak diketahui peminat. Teguran SS mahu artis dan orang ramai ambil iktibar dari pengalaman orang lain.

Dalam sibuk bercerita mengenai artis di mahkamah syariah, SS tertarik berkongsi cerita dengan kisah seorang pelakon remaja wanita yang pernah melalui pengalaman pahit bercinta. Mengikut cerita yang disampaikan pelakon itu, dia sebelum ini jatuh cinta dengan salah seorang anggota band indie.

Bukan SS mahu aibkan artis ini tapi ingin berkongsi apa yang dilaluinya untuk dijadikan pengajaran. Seperti pasangan bercinta lain, di awal perhubungan mereka segala yang berlaku begitu indah dan manis. Sangka pelakon itu, kebahagiaan yang dikecapi akan berterusan.

Namun, sesuai dengan pepatah ‘harap panas sampai petang, rupanya hujan di tengah hari’, kehidupan pelakon itu pula dirundung malang. Selepas beberapa bulan menjalin hubungan cinta, baru pelakon itu tahu sikap sebenar kekasihnya yang gemar guna kekasaran.

Maksudnya, bila kekasihnya itu tidak puas hati dengan sikap pelakon itu, dia lebih suka ‘berbicara’ dengan tangan. Lalu, sudah beberapa kali pelakon ini menjadi mangsa belasahan kekasihnya itu. Nasib baik pelakon itu cepat sedar dan akhirnya ambil keputusan angkat kaki.

SS harap pasangan artis lain yang asyik bercinta dapat jadikan cerita ini satu iktibar. Belum ada apa-apa ikatan sudah berani melayangkan tangan ke muka atau ke badan pasangan, esok lusa kalau sudah berkahwin tidak tahu, mungkin kena pijak.   

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Wira Dani Kekasih Pengacara Seksi Raja Endon Mastura?
  • Gossip Nurul Sudah Ada Pengganti?
  • Trivia: Tas Tangan Gold Pelakon Drama Mana Ni?
  • Gossip Artis Wanita Mabuk di Kelab Gay
  • Gossip Ekin Kekasih Mawi
  • Gossip Pelakon Jelita Dapat Rumah & Kereta Mewah
  • Gossip: Cinta Songsang Artis Syok Sendiri
  • Gossip: Diugut Bekas Isteri Kekasih
  • Gambar Kekasih Intan Sarafina di Pulau Andaman
  • Gossip Cinta Pelakon Mudah Beralih Arah



  • 4 Komen untuk entri “Gossip: Kekasih Belasah Pelakon Wanita”

    1. obefiend kata:

      hmm band indie? bunk face? is it juliana evans?

    2. zarina kamal kata:

      most probably…….

    3. abu kata:

      bkn bunkface kot..
      aku rase penyanyi kumpulan couple tu..
      kan dlu pon dia ade kapel ngan artis ni

    4. ntahla.. kata:

      Amboi3…bkn main senang nak belasah anak org kau ya….ni lum jd bini lg..kalau da, ntah camnela gaknye kan..ish3..mmg x patut…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK