Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gossip Isteri Penyanyi Larang Suaminya Pegang Tangan



Dipetik dari Harian Metro:

SOSEH SOSEH: Isteri larangan pegang tangan

PENYANYI lelaki ini memang popular. Kalau sebut namanya, ramai yang kenal, tetapi SS perhatikan akhir-akhir ini namanya kurang menjadi sebutan. SS tidak pasti sebab apa kerana tiada produk baru atau peminat sudah bosan dengannya.

Kalau dulu, memang menjadi perhatian. Bukan hanya mempunyai ramai peminat, malah rezeki juga murah hingga kata orang, tak menang tangan. Aura penyanyi ini memang kuat ketika itu hingga kebanyakan persembahan pasti ada mukanya.

Tapi SS percaya hidup umpama roda. Tidak selamanya kita berada di kedudukan teratas. Begitu juga nasib menimpa artis ini apabila populariti yang pernah dikecapi makin hari makin hilang.

Namanya seakan dilupakan hinggakan tawaran diterima juga tidak banyak. Selain menyanyi, artis ini juga ditawarkan berlakon. SS dengar, artis ini akan muncul dengan filem baru tidak lama lagi. Biarpun mutu lakonannya belum diketahui bagus atau tidak, tetapi apa yang lebih menarik perhatian SS ialah cerita menarik di lokasi penggambaran filem itu.

Khabarnya, penyanyi ini yang memainkan watak utama tidak dibenarkan berpegang tangan dengan pelakon wanita yang menjadi kekasih dalam filem itu. Terkejut pula SS apabila dengar cerita begitu ialah kalau namanya sudah artis, mengapa pula memberi syarat seperti itu. Tapi SS tabik dengan artis itu kerana tetap mempraktikkan ajaran agama dalam kerjaya seni.

Bersentuh tangah antara bukan mahram hukumnya haram. SS teringat pula kontroversi yang pernah dicetuskan artis wanita tidak lama dulu yang memberi syarat saya apabila berlakon satu filem.

Kecoh juga dibuatnya, tetapi artis itu berbuat demikian sesuai dengan penampilannya. Tapi dalam kes artis lelaki ini, SS hanya terkejut apabila mendengar sebab berbuat demikian. Rupa-rupanya, penyanyi itu dikenakan syarat oleh isterinya yang dikatakan cemburu dengan pelakon wanitanya. Bagi SS, isteri artis itu perlu profesional ketika bekerja. Kalau mahu mempertahankan prinsip agama, mungkin satu hal juga, tetapi ini kerana cemburu.

Kalau berlakon, sudah jadi lumrah pasangan kekasih dalam filem atau drama, pasti ada adegan romantis seperti berpegang tangan. SS sendiri faham lakonan seperti itu hanyalah mengikut kehendak plot agar penonton lebih menjiwai ketika menonton.

SS harap artis ini dan isterinya berfikir dengan serius kalau mahu terus membabitkan diri dalam seni. Jangan sampai nanti peminat bosan dengan sikap macam-macam artis kesayangan mereka. Secara peribadi, SS rasa penyanyi ini perlu pandai buat keputusan sendiri dengan lebih rasional agar jangan sampai peminat cop dia kena ‘queen control.’

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Pelakon Drama KAMI Nas-T Pegang Anjing
  • Gambar Girlfriend Nas-T di The Curve Damansara
  • Lirik Lagu Kalau Berpacaran Suhaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet
  • Gambar Anak Aznah Hamid Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar & BF
  • Gossip Pelakon Hantar SMS I Love You
  • Mubarak Majid Zarynn Min Drama Cinta Seorang Isteri
  • Gossip Artis Buaya Darat Tinggal Isteri
  • Gossip Nurul Sudah Ada Pengganti?
  • Trivia: Tas Tangan Siapa?
  • Suami Penyanyi Popular Tak Subur?



    • Muth

      Ni mesti Mawi kan

    • ain

      mawi la ni..

    • single_roseband’s

      btol3x… aku skong ain! rasanye ni mesti si mawas, cian nasib ko ye mawas…

    • east woman

      erm mawi le sape lg erk

    • MIMIY

      ekin jealous….ye la suami terkenal dan kaya.tapi org secantik diapun rasa tk secure lg kan,padahal mawi bkn main sayang kat dia…

    • Ntahla..

      Ala..ni x lain c Mawi…yg peliknye pas kawin je terus merundum lak c Mawi ni…mne pegi aura dia tu…

    • http://afiq-serenity.blogspot.com/ afiq

      mawi2..wat gos ap mas kam daun…ingat tuh!

    • hype

      cemburu ke tak cemburu ke tetap haram…bodoh ke ape si SS ni. bgus la kalo isteri dia halang suami pgg tgn prmpuan lain coz sah-sah berdosa..ya Allah selamatkan umat islam di malaysia ni. fahaman agama yg modern kunun..there is no such thing ok, if dlm al-Quran ckp haram maksud tuhan haram aje lah.

    • lynda

      tgk si ekin pun mcm queen control, nasib la ko mawas dpt minah queen control, nasib baik ko kaya jer kalau tak si ekin tu nak pandang ko pun mau….

    • mystery

      salam…maaf mencelah..klu hidup dalam dunia artis itu tak boleh ini tak boleh baik tak payah jadi artis..untuk pengethuan semua isteri dia nikan pernh berlakon..so dia mesti tahu..ke masa dia pernah berlakon dolu2 dia ada buat benda dia rasa salah,,,sbb tu dia nk jadi ‘queen control’ kita tunggu dan lihat..sian kat mawi..dapat bekas orang..hahaha..klu tak caya pegi la tanya kat tempat dia keje dulu…maaf ye klu tersalah ckp..itu lah lumrh kehidupan ..klu kita sedar yg kita pernh buat slah..so kita akan cari kesalahn org lain untuk menutup kesalahn kita..tq amin..

    • zam

      artis yang dah kurang popular memang macam tu..nak cari publisiti murahan..supaya tidak kehilangan peminat yang sudah makin boring dengan mereka..benda yang kecil macam nie pun nak di hebohkan..sendiri pikir lah..mana yang baik dan mana yang buruk..tak kan itu pun nak ajar..tak ada perkembangan tentang kerjaya mereka pun…sana gaduh..sini cerai..macam bahan mainan lak..

    • http://orangedobi.blogspot.com IzzahJaslenda

      aku pun pasan.. pas dia kawin.. nape merudum ek….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK