Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gossip Fasha Sandha Dan Datuk Shafik Bercinta?



Fasha Sandha cipta satu lagi kontroversi. Kononnya dulu Budiey ada terdengar gossip, Fasha menjadi punca perceraian hubungan perkahwinan Datuk S dan isteri. Harian Metro dan Abang Nas dalam slot Terjah Melodi TV3 hari ini telah merungkaikan samada betul atau tidak gossip tersebut ketika sessi terjah dan temubual Fasha Sandha di satu majlis anjuran Datuk Shafik di rumah beliau. Apabila ditanya, sejauh mana hubungan Datuk S di mata Fasha… hanya jawaban klise yang diberikan…”Hubungan kami hanya kawan. Kami baru sahaja berkawan…”

Datuk S Sayang Fasha?

Dipetik dari Harian Metro (25 Mei 2008)
Oleh NOR AKMAR SAMUDIN

Kehadiran pelakon Nur Fasha Sandha Hassan, ke majlis barbeku di kediaman Pengerusi Eksekutif Kumpulan SNC Associates Sdn Bhd, Datuk Shafik Rizaal Saaban atau dikenali sebagai Datuk S, di Mutiara Homes, Damansara, Rabu lalu, bagaikan mengiakan hubungan mesra yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Pada awalnya, kehadiran wartawan Metro Ahad di majlis itu sedikit mengejutkan Fasha. Dia yang ketika itu menikmati hidangan, segera memalingkan muka ke sisi. Riak wajahnya yang biasanya ceria apabila bertemu rakan wartawan bertukar cuak dan kemesraan yang biasa dipamerkannya juga hampir lenyap.

Apakah ada sesuatu yang cuba disembunyikan Fasha di atas kehadirannya ke kediaman duda itu? Jika tiada apa-apa, masakan sikapnya berubah begitu sekali. Apakah benar Shafik lelaki yang mula bertakhta di hatinya sekarang? Sebelum ini, terdengar desas-desus Fasha menjalin hubungan rapat dengan seseorang dan lelaki yang dikatakan mendapat tempat di hatinya tidak lain adalah Shafik.

Khabar itu semakin panas apabila Fasha yang sering dituduh sebagai ‘pengganggu’ rumah tangga orang dikatakan menjadi punca keretakan dan perceraian Shafik dan isterinya, Norhaslinda Bakar, 28.

“Saya baru sebulan berkawan dengan beliau (Shafik). Sebelum ini, memang saya mengenalinya kerana penggambaran Natasha 2 dibuat di pejabat beliau di SNC Associates. Selepas itu, beliau ada mengirim SMS kepada saya tetapi kerana waktu itu beliau masih beristeri saya tidak pernah membalasnya. Sekarang pun kami hanya berkawan dan dia belum jadi orang yang paling istimewa dalam hidup saya. Saya ke majlis ini pun bukan bersendirian tetapi bersama kru drama Jangan Main Belakang kerana kami ada majlis pratonton drama itu di pusat beli-belah The Curve. Drama ini juga menggunakan pejabat SNC Associates untuk adegan dalam pejabat. Jadi kebetulan rumah beliau berhampiran The Curve dan ada undangan daripadanya, selepas habis majlis di sana, kami terus ke sini,” katanya.

Terus diasak mengenai gosip keintiman mereka berdua, Fasha tetap menegaskan mereka cuma berkawan dan tidak lebih daripada itu.

Fasha menjelaskan, dia mula membalas SMS Shafik selepas lelaki itu memberitahu yang dia sudah bercerai ketika mereka bertemu pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, di Genting Highlands, Mac lalu.

“Saya tidak membalas SMS beliau sebelum ini kerana dia sudah beristeri. Kini situasi beliau sudah berbeza. Sungguh pun begitu, belum terbit rasa sayang padanya. Saya tahu beliau sudah beristeri kerana pernah terserempak beliau dan isterinya pada satu majlis. Sebab itu ketika bertemu di Genting, saya terus bertanya di mana isterinya. Katanya, mereka sudah bercerai. Memang saya mengenali beliau sewaktu penggambaran Natasha 2 tetapi saya tidak pernah ambil tahu hal peribadinya,” katanya.

Dengan tegas Fasha beritahu yang dia datang ke majlis barbeku itu sebagai tetamu jemputan.

“Saya berkawan dengan semua orang dan bukan kerana beliau seorang hartawan. Saya berkawan bukan kerana harta. Persahabatan kami biasa saja, jadi saya tidak tahu hendak kata apa. Ingin saya jelaskan di sini yang saya tidak pernah masuk campur dalam urusan rumah tangga beliau dan saya sendiri tidak tahu yang mereka bercerai sehinggalah berjumpanya di Genting Highlands,” katanya.

Dengan nada kurang senang, Fasha syak ada pihak yang sudah merancang kehadiran wartawan ke majlis itu.

“Saya terkejut kerana wartawan pun ada tetapi saya tidak takut kerana saya datang bersama krew Jangan Main Belakang,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya rancangan masa depannya, Fasha berkata dia ingin menamatkan zaman solonya sebelum usianya menjangkau 30 tahun.

“Saya memang sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata. Terpulanglah kepada jodoh sama ada ia datang cepat atau lambat,” katanya.

Fasha yang bagaikan sudah tidak sabar untuk meninggalkan majlis itu, enggan bergambar dengan Shafik. Apabila berkali-kali didesak, dengan wajah mencuka, dia berkata ‘No, I don’t want’ (Tidak, saya tak mahu) sebelum terus masuk ke keretanya.

Sepanjang temubual dengan Fasha, Shafik berada di dalam kediamannya. Selepas Fasha pulang, hampir setengah jam barulah Shafik muncul di perkarangan kediamannya.

Sebagai orang yang terbabit dengan dunia korporat, Shafik lebih bersikap terbuka dan mungkinkah itu petanda beliau sudah membuat pilihan yang Fasha bakal Datin dalam hidupnya?

 Strategi Fasha Sandha kali ini agak menjadi. Bakat dan cerita sensasinya berjalan seiring. Apa yang Budiey harapkan, andai betul mereka bercinta, apa salahnya… tahniah dan kita tunggu sahaja dan doakan kebahagian untuk hari bahagia mereka seterusnya.

[tags]gossip fasha sandha, datuk shafik, skandal fasha, datuk s, fasha cinta datuk s, how to get to sentosa island, lee hsien loong, lee hsien loong degree, lng trader, minister mentor lee kuan yew, monetary authority of singapore, oil facilities, cerita kahwin fasha, gambar zarina an julie baru, parti seks port dickson, parti liar zarina[/tags]

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Photo of the Day: Manjanya Fasha Sandha Eh Yang Anggun
  • Betulkah Ini Gambar Kekasih Sebenar Fasha Sandha?
  • Gambar Fasha Sandha di Karpet Merah Anugerah Skrin 2011
  • Fasha Sandha Pelakon Anak Halal Bercinta Dengan Ariel Peterpan?
  • Gossip Fasha Sandha & Hans Isaac Bercinta?
  • Gambar Seksi Fasha Sandha
  • Gambar Fasha Sandha di Karpet Merah Anugerah Skrin 2010
  • Gossip Fasha Sandha & Farid Kamal Merendek?
  • Fasha Sandha Menang Pelakon TV Wanita Popular ABPBH2010
  • Fasha Sandha Perampas Suami Nora Danish?



  • 36 Komen untuk entri “Gossip Fasha Sandha Dan Datuk Shafik Bercinta?”

    1. papadom kata:

      haha..mcm2 berita dunia artis malaysia skrg..siap jd front page news lagi..
      beginilah kuasa glamer ketika d persada..

    2. obefiend kata:

      the datok looks like a toilet bowl!

      ugly motherlover sungguh!

    3. Anoynomous kata:

      FASHA:“Saya berkawan dengan semua orang dan bukan kerana beliau seorang hartawan. Saya berkawan bukan kerana harta. Persahabatan kami biasa saja, jadi saya tidak tahu hendak kata apa. Ingin saya jelaskan di sini yang saya tidak pernah masuk campur dalam urusan rumah tangga beliau dan saya sendiri tidak tahu yang mereka bercerai sehinggalah berjumpanya di Genting Highlands,”

      yerla tu…xabis2 ngn gosip n kontroversi …selalu dikaitkan ngn husband org… harap muka ja sbb laku jd pelakon. xhebat mana pun..popular ngn kontroversi and gossip.. bertaubat la..sudah2 la..manusia2 kat msia ni dah muak ngn crita2 mcm nie..Artis2 Malaysia, ubahlah sikap anda..berfoya2 nie kat dunia jak..esk kat akhirat nak jawab pa?

    4. ctkus kata:

      somehow….pity her…
      for the first time ever i’ve seen’ fasha….reaalllyyyy….
      human??i guess..
      no plastik2….

    5. gem kata:

      salam utk fasha sandha semoga cekal mnghadapi cabaran.go fasha go ikut suara hati mu.asalkan keluarga merestui mu pedulikan ape org kata.datuk siti pn dh happi n bahgia tiba pl geleran fasha.

    6. tautakpe kata:

      Mula2 aku minat gak ngan si Fasha ni..tp bile dh lama2..naik menyampah plak la..

      Kalau xde angin masakan pokok bergoyang..kalau angin xde skalipon, kalau pokok kene gegar dek org, bergoyang jugak..

      Lu pikir la sindri…

    7. papadom kata:

      geli geleman..

      mmg gelimat la datuk s

      syok sendiri

    8. putih kata:

      fasha nmpak relax n mengaku brkawan at least ade jg pengakuan dbuat….iyerlh nk kata i luv datuk s ttibe datuk wat kenyataan kami hnya baru mengenali ati budi msing2…. pas tu x der follow up kan malu.

    9. ram kata:

      Cuma kawan atau kekasih..penyebab prceraian atau pn tdak xder beza.. same sj, org yg x suke akan trus mengutuk…..kalo gitu.. moleklh kawen puas ati…aper nk jadi jadi lh!

    10. lady_carlorino kata:

      Ha ha ha.. dia ni tak habis-habis kacau rumah tangga org… lepas satu-satu…. almost lelaki yang dia kacau semuanya suami org.. dah jadi macam habit pulak..pandai pulak cari jawapan selamat.setakat kawanlah, baru kenallah..ingat semua org boleh kena tipu ke… berlakon dahlah tak best sgt.. harapkan rupa je..

    11. botolsusu kata:

      wah!!! dpt ikan besar tu.. puas mkn.. kenyang… erkk!!!(siap sedawa lg).. kawen nti trus dpt datin.. voguee gitu.. si fasha ni mmg suke bekas org la.. haha..

    12. mala kata:

      lum per per dh erkk!!! kr?

    13. Myra kata:

      penatnya dengar pasal fasha sandra ganngu rumah tangga/boyfriend ornag. pkus asyik cakap pasal dia bercinta aje. fasha kan byk berlakon tapi kena gossip camni yang dia sentaiasa cari? dia kena belajar jadi exclusive sket. jugak kena belajar cemana nak project suara dengan lebih baik.

    14. $$$$$ kata:

      c PGL aper kurang tapi org x amik pot pn.bgi chance lh beb!

    15. flzl kata:

      die ni mmg tak tahu malu…

    16. singa kata:

      for the 1st time im supporting u fasha! go ahead! hes single beb, kawin jerlah

    17. sayatanya kata:

      dear semua..knp semua Bloogers tak tulis apa2 psl Final AF6? Bloggers boikot AF ke? sy xde la masuk smua blog, just bukak Budiey, Manggaonline dgn Gua.com…tp semua xde komen…mcm pelik je…ada apa2 sbb ke?

    18. Budiey kata:

      Sayatanya, untuk info awak, budiey.com tak dijemput pun… so Budiey pun tak boleh nak siarkan apa-apa berita tentang AF. Minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki…

      Rasanya ada blogger lain yg cover segala event astro ni… just google for it la.

    19. ctkus kata:

      bru nk jwb soklan tue…budiey da jwb…
      i’m seriously thought….bodoh btol astro…..

    20. sayatanyaTV kata:

      thnx 4 info budiey n ctkus. aik..hehe cam pelik..pd hal blog budiey ni ade je siarkan psl bdk2 af tu masa awal2 dulu,siap ada tunjuk profile diorang. mmg sy blh google je,tp sy x ambil tahu sgt psl AF-AF ni so malas nak google hehe. cuma bila Budiey n bbrp blog lain tu x komen langsung,itu yg buat sy curious tu (hhehe pd hal bkn prnh ambik tau pun program tu.kat rmh xde TV pun,apatah lg astro!)

    21. yusry kata:

      Ler budiey..pasal tak kena jemput AF 6 pun awak tak buat walau sedikit ulasan? dulu awak tak macam ni pun..dulu awak tulis saja apa yg awak nak..ni kenapa? jgn marah ye..sj je curious..this is your blog..u can write anything u want..paling2 pun awak tulis lah ranking diorang..ok lah budiey..ape2 pun saya tetap baca jugak blog awak ni.. peaceeeeee

    22. deedon kata:

      tu menunjukan af 6 ni tak fofular. menyampah ngan ac meluat ngan adlin….isy tak hapa-hapa.balik2 ac terjerik2 ngan adlin ” oh my friend” hangkut sedara mara dirang jer….af 7 nanti harap muka2 ni tak da lah…….jangan main redah jer

    23. Hana kata:

      Ada juga lelaki yang berpelajaran tinggi macam itu nakkan artis yang tak berpelajaran tinggi .Takkan tak tau artis ni mentalitinya kebanyakkan kureng . Macam Emran la nak jugak kat Erra yang pedidikan entah sampai SRP je. Boleh ke bercakap dengan orang bodoh ni ???

    24. Firda87 kata:

      AssalamualaiQum wtw????????????

      Bagi saya ttg latar belakang artis skrg ni makin mnjadi-jadi,
      tapi bagi saya itu semua hanya satu dugaan bagi mereka yg bergelar artis,
      bagi pendapat saya,saya tidak memihak di antara mereka……..

      tapi kita tak tahu,itu semua takdir dr ALLAH SWT klu itu mmg jodoh khas buat kak fasha………….kita jg sbg pendengar kena terima semua tu…….. dan ini pasti di namakan rezeki bagi kak fasha dah tiba….

      dan kita kenalah doakan semoga perhubungan meka berkekalan hingga ke akhir hayat, dan mndpat zuriat yg soleh dan solehah.

      buat kak fasha “GOOD LUCK” Dalam bidang industri muzik dan lakonan yg akak ceburi.

    25. sabun kata:

      pompuan yang seksi dan cun mcm fasha tu laki mana yang tak pandang?..datuk tua getar yang ada cucu 8 pun akan toleh dua kali kalu fasha lalu depan dia..kalu datuk s dah bujang kembali,apa salahnya kawin aje dengan si fasha tu.abis citer…

    26. roslan kata:

      Datuk S a.k.a Bean
      was in Staffordshire Uni, UK
      (not in Sheffield, as media put it)
      pernah ditangkap dan mengaku bersalah
      (kene 3 bulan suspended jail term)
      dalam kes credit card fraud, back in 1998

      kalau tak caya, tanya la
      Irfan Khairi, jutawan IT kita

      camno la si Bean ni boleh keje ngan BKN, JPM tu
      ???

    27. Hana kata:

      ye la…macam mana boleh kerja kat situ . berpelajaran tinggi pun tak guna kalau perangai macam itu . bukan hensem pun …kalau kerja penoreh getah mesti fasha tu tak pandang .lawa sgt ke fasha tu….kalau dah kawin..beranak ..dah tua ….tak cantik jugak …kita ni jangan pandang pada rupa tapi perangai …tau tak …kebyakkan artis ni tak bermoral tapi orang duk sanjung 2…pelik betul orang malaysia ni …tak habis 2 minda dijajah oleh golongan artis yang tak bermoral…tak berpelajaran …

    28. Hana kata:

      sekarang ni kebanyakkan orang kaya kaya …..semua sukakan artis …noraniza….rozita che wan..fasha……fazura…muka je lawa tapi perangai hodoh .

    29. mime kata:

      dah sah lah pompuan x sedar diri!!..aku tengok pown meluat!!dah lah perampas suami nora danish!!suare cam kartoon plax 2!!

    30. noWAR.peace! kata:

      pompuan ni plastik. sgt! lolz

    31. mieroc kata:

      X BAIK LE FITNAH ORG,,HUHU,,

    32. dizza kata:

      good luck la fasha… datuk s tu penipu besar, kaki pukul n betul apa roslan cakap pasal kad kredit fraud tu. hahhaha camner bleh dapat datuk tak tau la. i know his ex fiance yg teruk kena pukul n tipu duit. satu family still tak halal kan duit tu yg dia tipu.

    33. reenazz kata:

      datuk shafik..plzla cari orang lain..fasha x setaraf dgn datuk shafik yang baik tu..

    34. Aznor kata:

      Cube le teka. Fasha Sandra cantik nye kat mana. Kite tak tahu le !

    35. cebby kata:

      akum..itu hak setiap manusia..tetapi sebagai gurl sekurang2nya carilah yang belum berumah tangga..apapun biarlah beliau fikirkan sendiri mana yang baik dan mana yang buruk

    36. sweet kata:

      moga2 dibuka pntu hati fasha tuk berubah menjdi baik…amin

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK