• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Gossip Erra Fazira & Hans Isaac Sensasi Gambar Kenangan

86
  • by Budiey
  • in Erra Fazira · Gossip
  • — 23 Jul, 2007

Skandal Erra Fazira dan cinta Hans Isaac masih lagi menjadi isu hangat. Di blog ini tidak ketinggalan terkena tempias. Saya menerima banyak pandangan dan pendapat daripada pembaca. Namun, apa yang saya kesal ada di antara pembaca tidak menghormati etika di mana terlalu banyak menggunakan kata-kata kesat kepada Erra Fazira. Saya selaku pengendali blog ini ingin menegaskan bahawa komen-komen yang menyentuh sensitiviti dan lucah atau kasar yang melampau tidak akan disiarkan. 

blogRasanya tidak perlu untuk kita mencari siapa yang salah dan siapa yang betul dalam hal ini. Juga saya banyak menerima komen yang mengorek segala sejarah dan gosip Erra Fazira sebelum ini. Ramai peminat yang telah pun berpaling tadah. Yang minat dan sayang Erra kini dah bertukar fikiran. Mengapa ini boleh berlaku? Pada pendapat saya Erra patut berterus terang supaya tidak mencetus salah sangka di kalangan peminat. Namun, Erra Fazira telah pun membuat kenyataan bahawa segala apa yang berlaku tidak sedikit pun memberi kesan dalam dirinya. Malah, dia tak kan mengendah segala kata-kata kesat daripada peminat. Dalam hal ini, selagi mana Hans berani bersuara, selagi itu banyak pihak yang menyalahkan Erra Fazira. Suka saya memetik perbualan Hans Isaac bersama dengan Kak Cham wartawan editor Hanizam Abdullah yang tersiar di Berita Harian hari ini.

“Memang itu hak dia, nak pilih siapa-siapa yang akan jadi suaminya. Tetapi untuk mengatakan saya dengan dia tidak ada apa-apa memanglah tak patut langsung. Saya memang tak faham langsung. Bayangkan, baru-baru ini saja kami beli seekor kucing. Namanya Hugo, sempena nama Hugo Boss. Erra yang namakan. Kak tahukan, Erra memang gemar namakan kucingnya dengan nama jenama minyak wangi?” kata Hans di suatu pagi.

“Saya ikhlas bercinta dengan dia. Dah beli apartmen sebelah menyebelah pun. Dah rancang, bila kahwin nak pecah saja dinding supaya jadi satu rumah. Dah fikir, mana bilik anak-anak, mana bilik pembantu rumah. Adakah itu tandanya perhubungan kami tidak pernah terjalin? Saya ingat 20 Ogos ini saya nak surprisekan dia. Nak propose dia pada hari jadi saya. Tetapi akhirnya saya yang dapat surprise itu. Tak sangka Kak kerana seluruh jiwa raga ini adalah untuknya seorang,” kata Hans. 

Juga petikan kenyataan Hans Isaac di ruangan Jom Semuka dalam sisipan Bintang Popular:

“SAYA akui, dalam Melodi TV3 baru-baru ini, saya pernah mengatakan, saya tak akan bercakap mengenai perkara (kemelut percintaan bersama Erra) ini lagi. Saya juga dah berbincang dengan Erra, kami tak akan berbincang mengenai isu ini lagi, sebaliknya meneruskan perjalanan seni kita. Namun, apabila Erra tampil dengan kenyataan terbarunya dalam sebuah akhbar mingguan terbitan 15 Julai lalu, sekali lagi banyak perkara tidak benar mengenai perhubungan kami diperkatakannya. Maruah saya tercalar kerana ada pihak yang mengatakan saya terlalu emosional ketika berhadapan dengan isu ini.

Kenapa saya terlalu emosional? Ketika saya sampai ke rumah Erra di Damansara pada 1 Julai tu, kira-kira jam 12.30 tengah malam, salah seorang saudara Erra, namanya Ayong membuka pintu. Rumah Erra gelap, muka Ayong pula muka orang bangun tidur. Memang tak ada makan-makan pada malam tu seperti yang didakwa Erra sebelum ini. Jadi, sebagai teman lelaki Erra pada ketika itu, pastinya saya emosional apabila mendapati ada lelaki (Engku Emran) lain di rumahnya pada masa itu. Orang kata kenapa saya emosional, saya marah? Sebabnya saya ada perancangan masa depan bersama Erra, tapi saya dapat tahu, percintaan Erra dengan Emran dah berlaku lama.

foto hans isaac frust

Saya pernah mengingatkan Erra, nak bagi kenyataan kepada wartawan, janganlah menipu lagi. Beritahulah cerita sebenar mengenai perhubungan kami. Apa yang penting bagi saya ialah kebenaran. Tapi, nampaknya Erra masih menidakkan perkara sebenar. Kenyataan Erra dalam akhbar mingguan itu, menyatakan dia berkawan rapat dengan saya bermula hujung 2006, namun ia berakhir Februari lalu. Katanya lagi, entah kenapa dia perlu menjarakkan dirinya dengan saya ketika itu. Tambah Erra, hubungan kami tak boleh lebih daripada seorang sahabat.

Terdahulu, kenyataan Erra dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris bertarikh 8 Julai baru-baru ini, dia menyatakan, “I admit that I was close to Hans but it was not to the stage of being in love. We were still trying to figure out our compatibility.”

Tapi, bagaimana pula dengan kiriman SMS Erra kepada saya pada 9 Julai 2006 yang antara lain berbunyi, “Sayang, I’m so happy with this trip. It’s a wonderful trip. I love you so much sayang!” SMS yang lain pula bertarikh 30 September, antara lain berbunyi “There’s no one else that I love. Only my sayang. Miss you so much sayang. I want to love you 100 percent and trust you 100 percent”.

Semua SMS itu masih saya simpan dalam telefon bimbit saya, tapi yang penting perhatikan saja tarikh SMS berkenaan dan buatlah penilaian sendiri. Saya boleh tunjuk SMS berkenaan jika ada pihak yang masih mempertikaikannya. Saya dan Erra juga pernah cuti bersama di Singapura dan menyelam skuba selepas Februari lalu iaitu tarikh yang didakwanya sudah mulai renggang bersama saya.

Layari laman web saya, hans-isaac.com dan lihat sendiri gambar percutian kami di Singapura, selain aktiviti selam skuba di Pulau Sipadan dan Pulau Mataking. Kami bercuti di Singapura awal Mei lalu dan menjayakan aktiviti selam skuba sekitar Mac hingga April, baru-baru ini. Nilailah sendiri, sama ada kami bercinta atau sekadar berkawan saja. Sekali lagi perhatikan tarikh percutian kami dan aktiviti selam skuba itu.

Yang peliknya lagi, dalam kebanyakan kenyataan Erra di media sebelum ini, dia mengatakan dia memaafkan saya di atas perbuatan saya pada malam itu (1 Julai) iaitu apabila saya ke rumahnya, mendapati Emran ada di sana dan memukulnya. Kenapa pula Erra perlu memaafkan saya? Bagi saya, tak perlu. Saya sedia untuk ditemubual kali ini kerana saya tak mahu lagi Erra terus memberikan kenyataan tidak benar kepada media, sekali gus menipu pembaca dan orang ramai.

Saya tak mahu maruah saya terus diperkotak-katikkan oleh peminat Erra atau wartawan yang mempersoalkan kenapa saya terlalu emosional. Soal Erra nak bercinta dengan siapa, terpulang, itu hak dia. Saya harap ini adalah kenyataan terakhir daripada saya. Erra pula, cukuplah dengan cerita pembohongannya. Janganlah dia terus menipu pembaca dan peminatnya sendiri termasuklah wartawan. Janganlah terus menyalahkan saya, selepas itu memaafkannya, cukuplah.

Wartawan juga janganlah terus mengatakan saya ni emosional. Kalau kejadian seumpama ini terjadi pada diri anda, anda akan tahu sendiri. Ini membabitkan maruah diri dan keluarga. Apabila orang menipu menggunakan nama saya, saya harus berdiri di hadapan dan tunjukkan kebenarannya. Saya pernah cakap pada Erra, kalau dia terus menipu, saya akan tunjukkan bukti untuk menceritakan keadaan sebenar.

Sementara itu, saya ada satu filem bekerjasama dengan Erra iaitu Cuci apabila saya bertindak sebagai penerbit, pengarah dan pelakon. Cuci dijangka memulakan kempen promosinya penghujung tahun ini. Erra pula digalakkan untuk turut mempromosikan Cuci.  Kehadirannya amat dialu-alukan. Bagi saya, hal peribadi tetap peribadi, tapi apabila tiba waktu bekerja, kita profesional. Ini adalah kerja, tempat cari makan. Seandainya Erra tak datang promosi Cuci, terpulanglah pada dia. Tapi, saya rasa Erra akan beri kerjasamanya kerana dia seorang yang profesional.

Saya harap isu ini akan segera berakhir, penatlah! Sekiranya Erra terus membuat kenyataan penafiannya terhadap segala SMS dan gambar yang disiarkan hari ini, saya akan terus memberikan bukti, ada banyak lagi. Saya harap Erra jangan buat kenyataan lagi kerana jika ada pembohongan dalam kenyataan seterusnya, keadaan akan jadi lebih teruk. Jangan paksa saya untuk balas balik kenyataannya, kalau terus berlanjutan begini, isu ini tak akan selesai. Jangan gali lubang lebih dalam untuk diri sendiri, cukuplah.”

[tags]Erra Fazira, gambar Erra dan Hans Isaac, Berita Harian, Engku emran suria fm, cinta tiga segi, Kak Cham, Hanizam Abdullah, SMS Cinta, kisah cinta Erra Fazira, gosip Erra Hans, gossip, Paula Malai Ali bercium, laman web Hans Isaac, gambar hans isaac, Erra Fazira berpisah, filem cuci, gambar kenangan Hans isaac di singapura, Sitti Navarro, Mariam Johari, Najib Hanif, Ummi Nazeera, Putri Andreanna Syigim, Yasmin wachaa, sinar FM, AC Mizal join era, reuniting rhb, Anne berkahwin, tunang, Awie Wings, Yusry KRU, singapore pictures, gallery, galeri[/tags]

erra fazira & hans isaac

erra fazira hans isaac

erra fazira hans

hans isaan gambar

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Erra FaziraGossipHans Isac

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Gisele Bundchen, Kate Moss, Heidi Klum: The Richest Model
  • Next story Konsert Nancy Ajram in Kuala Lumpur 4 Ogos 2007

ENTRI BERKAITAN

  • Fahrin & Linda Onn Bertunang? 16 Jun, 2007
  • Gossip Gambar Ashraf Sinclair Cium Bunga Citra Lestari di Pulau Bali 4 Sep, 2007
  • Gossip: Cinta Songsang Artis Syok Sendiri 21 May, 2010
  • Didie Alias Bakal Buat Sidang Media Jadi Punca Konflik Max 24:7 29 Jan, 2013

86 Comments

  1. mnsrnsnm says:
    Thursday, June 12, 2008 at 3:00 pm

    SEMOGA ERRA BAHAGIA…. BIAR NGAN SESIAPAPUN….AMIN…..

  2. sera says:
    Friday, June 13, 2008 at 11:03 am

    jgn nk tuduh erra sbrgan tau …. dia manusia biasa sj …. nobody prfect ….. pd sesiapa yg kutuk2 erra tu sedar2la diri tu … awk tu bkn baik sgt pun … ceh … smoga erra bahagia dgn pilihan dia … tu hal dia … org lain tkda hak nak ckp per … jgn jg tepi kain org …

  3. tom past says:
    Wednesday, July 16, 2008 at 4:29 pm

    era fazira ni memamg gatal orangnya kan tak sangka dia 2 leh bt cam 2 kn…………..teruknya dia ni.dasar p”puan gataiiiiiii

  4. Ms_shasha says:
    Monday, July 21, 2008 at 12:50 pm

    2 abg hans,tros idop…perjalanan msh jao lg..pergi nyer c dyer x bermakner kite x leh idop…………lumram khdpn…semua org pnh mengalami….so,kte enjoyyyyyyyyyyyyy!!!!!!!!!!!!lurve u!!!!!!!

  5. cindai says:
    Wednesday, July 23, 2008 at 12:25 pm

    c erra ni..dah brapa kali kawin???kalau dia blum dapat baby iti tandanya erra ketulahan bab dia depan baik..blakang jahat…nti smpi tua x anak …cam ne

  6. cindai says:
    Wednesday, July 23, 2008 at 12:25 pm

    c erra ni..dah brapa kali kawin???kalau dia blum dapat baby iti tandanya erra ketulahan bab dia depan baik..blakang jahat…nti smpi tua x anak …cam ne

  7. ainna N daYah says:
    Friday, August 22, 2008 at 4:58 pm

    era niey tr0k bt0l larrrrrr….. hans 2 dah jre hans0me knp dye g ambik tg imran 2.. tg imran 2 dah larrr tua nk kerep0t p0wn..padahal hans 2 dh lme couple ngan dye.. aku rse arr erra niey dh kne j0l0k duit ngn tg im dh niey…… fuy0oooo… bnyk d0sa aku wt ary niey….

  8. NUR says:
    Tuesday, August 26, 2008 at 12:39 am

    Hans ni dah masuk Islam ke ? Baca kat satu website ada yang perasan “hans isaac cakap assalammualaikum dalam kring2 pada akhir perbualan dengan Aznil pada 17/8/08″.Dalam Portal Jomstar.com pun ada artikel ” Al-Quran Jadi Rujukan Artis Bukan Islam
    Menurut seorang rakan yang dekat dengan selebriti ini, susah nak tengok kitab suci Al-Quran di rumah artis lain, tapi selebriti ini siap menyimpan Al-Quran lagi. Walaupun percintaan selebriti ini dengan bekas kekasihnya yang juga pelakon terkenal terputus di tengah jalan, niat selebriti ini untuk memeluk agama Islam tidak pernah terpadam. Peciter memang ‘salute’ habis dengan selebriti yang hensem sangat ni”

    Adakah Hans ??? Tapi kenapa masa FFM21 siap laga – laga pipi dengan wanita Indonesia & wanita baju hitam sebelah Afdlin tu?? Masa naik pentas pun tangan Hans bukan angkat macam ‘bersyukur’ tapi macam orang kristian tu??? Hmmmm!!! keliru – keliru….

    Sekarang ni….susah nak bezakan dah….:-?

  9. azrine says:
    Monday, September 8, 2008 at 3:05 pm

    hans idac tu handsome…….sangat…kalau i jadi Erra i xnkla tinggalkan dia..bat hans xyah sedih2..ramai lagi gadis2 kat luar ni..chaw….p/s mata hans tu sangat menyentuh hati…love u.

  10. comel says:
    Saturday, September 27, 2008 at 9:29 am

    ape da jd..kcian la kat hans ni..btl,kcian plg ikhlas ni..sdih sgt tp nak bt cmna kn.da xde jodoh..lumrah alam..ish,wr club sinisian ni asyik2 sbt nama kilan.cm la c kilan 2 hensom sgt..stakat muka cm kilan yg ko bg kat erra bgs ko suru c kilan p mampos la.da la lngsg xda rupa kuat mabuk lg..

  11. yaana says:
    Saturday, September 27, 2008 at 1:20 pm

    asal brbahagia…

  12. budak komen says:
    Thursday, October 9, 2008 at 3:19 pm

    BAGUS GOK ERRA X NGN HANS.LAGI POM HANS BUKN ORG ISLAM POM. NK KE DIE MASUK ISLAM.AGAMA JAN MAIN2 WEH

  13. SPORTY says:
    Thursday, October 9, 2008 at 7:31 pm

    Entah la!! kalau Hans betul – betul ikhlas nak masuk islam…dah lama dia masuk…Contohilah Adam Corie…..insya – allah..Apapun yang berlaku mungkin ada hikmahnya….Mungkin dulu Hans tak berapa di pandang ‘media’…tetapi sejak kebelakangan ini….apa – apa yang Hans lakukan…mula dapat perhatian dan publisiti….
    Apapun ALL THE BEST LA…..

  14. Atiqa says:
    Thursday, October 16, 2008 at 3:43 pm

    i know how hans feel…..but i guess there’s nothing he can do…..pity la….i am one of hans biggest fan…..n for erra to…erra, i know you’ve got to do what you’ve got to do but pity hans…..as far as i know hans, just go through your life……….

  15. norizan says:
    Friday, October 17, 2008 at 9:29 am

    hai hans isaac, bila ko nak potong? tahun demi tahun tak gak.sibuk melalak sana sini cerita kat org keburukan erra smpi sudah!!Member dah tentu bahagia skrg ni. Cuba contohi laki si Maya Karyn ke, Sarimah Ibrahim ke.Siap potong 4-5 tahun seblm kawin.Siap penohkan dada dgn ilmu agama seblm berani menyunting pompuan melayu.Barulah pompuan yakin.Ni tak,beli apt lah,beli cincin lah,tapi potong nye tak jugak.Mana Erra nak yakin dgn ko.klu dah K***G tu,k***g gak.Propa pun cam hindraf.Heran gak dgn maanusia yg kutok2 erra diatas ni.Agaknye,ada keturunan k***g jugak la tu.sama species ha..ha..ha

  16. JayBorn says:
    Friday, October 17, 2008 at 3:25 pm

    HANS DGN ERRA SAMA JA….DULU MASA HANS DENGAN ELAIN DAILY SAPA SCREW UP…..? HANS LA…..ELAINE DAILY CAUGHT HIM RIGHT HANDED IN HIS ROOM WITH OTHER WOMEN. SEKARANG NI HANS PULAK RASA….HMMM AMACAM….? YG ERRA NI PULAK…TAK TAHU LA NAK CAKAP APA…. SHE’S SUCH A SLUT. CAM FASHA SANDHA LA JUGAK….HIPROKRIT DAN ARTIS2 YG LELAIN TU…. LU PIKIR LA SENDIRI.

  17. baby says:
    Monday, October 20, 2008 at 3:29 pm

    salam..
    era ke hans ke manusia biasa yang akan melakukan kesilapan. sebelum boleh membuat pilihan janganlah ada pengakuan. tepuk dada tanya selera.

  18. Honeybee says:
    Monday, October 20, 2008 at 6:05 pm

    kita doakn yg trbaik utk semua dah le ..

  19. NUR says:
    Monday, October 20, 2008 at 8:56 pm

    Betul tu Honebee:-) Mendoakan yang baik – baik adalah lebih baik dan terbaik .Firman Allah: ‘ Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu mu tanpa mengetahui sesuatu. Kemudian diberikannya kamu pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur’ – surah al-Nahl: 78.

    Cuba kita fikir…mungkin setiap yang berlaku ada sebab..Mungkin Erra mencari seorang lelaki yang boleh terima dirinya seadanya dan bersamanya susah dan senang…

    Bukan Hans tak baik untuk Erra, atau sebaliknya tetapi siapa boleh menduga perkara yang sama akan berulang??? Kalau kita tengok sekarang, Hans mula dikenali bakatnya sebagai pengarah dan penerbit.Kita sendiri sedia maklum, dunia artis @ glamour ni tak sama macam dunia kita orang biasa.Perhatian masyarakat lebih tertumpu walaupun isunya ‘remeh je’.Sedangkan dulu sebelum ‘kecoh’ mungkin makcik – makcik pun tak berapa nak kenal siapa dia…So…Erra mungkin tidak mahu pisang berbuah dua kali….Kita sekadar melihat, yang menanggung semua mereka …..DOAKAN YANG TERBAIK..

  20. norizan says:
    Sunday, October 26, 2008 at 7:34 am

    HANS ISAAC.nama yg meletop s’krg.Apa yg dia wat sekarang ni,walaucamna kecil pun,jadi bahan berita org surat khabar.Kenapa ini tak jadi dulu??Jawapannye senang je.Menumpang popularity.Klu takdelah ceritanye yg konon bersekandal ngan Erra,mampus dia masih lagi ditahap gitu gitu aje.Umum mengetahui yg dia bnyk kali kecundang cinta,tapi tak sehebat liputan yg dia dpt dari yg terbaru ni.Jadi Hans,renung2kanlah.dgn memburuk2kan org lain,DIA lah yg sebenarnye yg membawa rezeki berlipat ganda kpd kamu diHARI INI.

  21. Nurfatin Suhaila(kaksu) says:
    Wednesday, November 19, 2008 at 9:32 am

    Alaa… kalo Hans dengan Erra tak sesuailah… Kalau Erra dengan Yusry baru sesuai… Kalau Hans tu… saye tak tau lah dia patutnya dengan siapa… Tapi.. kenapa Erra kahwin dengan Tengku ?… Kenapalah dia tak kahwin je dengan Yusry KRU tu… oklah bye2 you all..

  22. NAK KOMEN says:
    Wednesday, November 19, 2008 at 11:52 am

    LA KAN ERRA DAH PERNAH KAHWIN DENGAN YUSRY DULU? KALAU DENGAN HANS, MEMANG BERSYUKUR SANGAT TAK JADI. CUMA JODOH YUSRY DAN ERRA TAK PANJANG.MUNGKIN SUDAH SURATAN MEREKA HANYA SERASI SEBAGAI KAWAN.LAGIPUN YUSRY JENIS WORKHOLIC DAN SUKA DENGAN DUNIA FANTASI NI MACAM CICAKMAN TU…ERRA PULA SUKA SESUATU YANG REALITI….KADANG – KADANG MUNGKIN ADA HIKMAH JUGA DISEBALIK PENCERAIAN TERSEBUT…TENGOK SEKARANG ERRA DAH MENGANDUNG WALAUPUN BARU SETAHUN KAHWIN DENGAN ENGKU EMRAN.KALAU TAK KEGUGURAN DULU MUNGKIN DAH TIMANG ANAK SEKARANG….MUNGKIN LEPAS NI YUSRY BERTEMU DENGAN CALON YANG SATU KEPALA DENGAN CITARASANYA..DOAKAN JELA….ALL THE BEST

  23. anastassia says:
    Tuesday, February 3, 2009 at 8:45 pm

    Segalanya dah berlaku. Tapi walau apapun alasan Erra tidak patut Erra mempermainkan perasaan Hans Isaac.

    Hans Isaac dihormati oleh warga seni. Merendah diri, berani mengaku kesalahan sendiri, komited, disiplin pemurah dan suka membantu. Sila lihat rancangan di TV1 yang memaparkan tokoh Hans kali ini.

    Untuk memilih seperti kata Hans terpulang, namun berlaku jujurlah.

    Semoga Allah memberi hidayah dan taufiq kepada Hans dan Erra. Walau Erra telah mengandung hampir 6 bulan, namun akuilah kesilapan sendiri. Semoga Allah memberi jalan petunjuk kepada Hans.

  24. NAK KOMEN says:
    Wednesday, February 4, 2009 at 8:00 am

    SEGALA JAWAPAN ADA DALAM LAGU TERBARU ERRA FAZIRA….KU TERIMA TAJUKNYA….TAK PAYAHLA NAK UNGKIT LAGI…WUJUD LAGI KE HANS DALAM INDUSTRI NI????????????????

  25. shin chanz says:
    Friday, February 27, 2009 at 4:58 pm

    hanye orang yg pernah patah hati memahami hans…papepon..life must go on!!

  26. poyo je.. says:
    Friday, February 27, 2009 at 8:27 pm

    nak wat cmne…..dah bkn jodoh diaorg..wat Hans…carilah pengganti baru yg sepadan dgnmu…bunga bkn sekuntum~~~~

  27. mi2e says:
    Tuesday, March 3, 2009 at 4:53 pm

    hannssss… aku mc d sini menantimu klu era tak nak he..he..he..

  28. maryn says:
    Monday, April 13, 2009 at 12:06 pm

    hai..sbenarnya satu saja yang saya ingin nyatakan di sini..erra dan hans tu hanya lah manusia biasa yang memang tak lepas melakukan kesilapan. hanya kerana mereka adlh selebriti kisah mereka di sensasikan kalau tak ada publisiti maka dunia hiburan tak akan ke mana..lumrah manusia sememangnya begitu..kalau kita yang berada dlm situasi mereka kemungkinan cerita kita juga akan di perdebatkan..walhal hanya kerana kisah cinta itu yang jadi topik utama..fkirkanlah..sya tak sokong mana2 pihak baik erra atau hans..apa yang penting majukan lah industri kita…mereka ada fikiran dan akal sendiri..

  29. wilykah says:
    Thursday, April 16, 2009 at 10:12 am

    Semoga kak era bahagia bersama tk emran, pedulikan apa kata orang…

  30. Nonie says:
    Thursday, May 14, 2009 at 8:56 pm

    segala pa yang berlaku tu adalah dugaan, pa pun erra fazira & hans isaac
    adalah my stars,,,ss,s,. u all the best

  31. qistina says:
    Wednesday, July 22, 2009 at 9:26 pm

    sy dookan kak erra bahagia hingga ke akhir hayat..apa yang dah berlaku,biarkan berlalu..kak erra pun hanya manusia biasa…semoga kak bahagia bersama suami n baby..amin

  32. lavender brown says:
    Monday, August 24, 2009 at 5:42 pm

    erra tu pilih imran sbb dia lelaki baik
    yg boleh bimbing erra tu ke jalan yg baik
    sdgkan hans tu
    teguk arak ape sume
    dgn kaki pukul nye
    nak bimbing ke jalan yg slh ada la

    erra tu pun dah bahagia skrg
    ada anak
    suami
    perfect life

    korg ni yg emosi sgt sampai maki2 ni apsal
    relax sudah

  33. [email protected] says:
    Sunday, August 30, 2009 at 8:32 pm

    i taksebelahkan hans la…tapi entah la…erra ssaya sangat minat awak…bila saya tahu pasal ni…kurang dan saya tak meminati kamu lagi erra…no wonder yusri ceraikan awak…selepass bbercerai awak kahwin pulak dengan lelaki kaya … erra insaf la…

  34. daniya says:
    Thursday, May 20, 2010 at 11:26 am

    salam….
    yg era pun nk tipu2 asal?
    if dh couple dgn amrn dh ler…
    yg nk gk dgn han asal….
    pe xcukup batg lg ke yg nk era
    agak2 ah era…
    if ko yg kne mcm 2,pe perasaan ko….
    nk mnipu jer jdy owg…
    patot yusry pun xnk ko,perangai mcm pelacur…
    harp2 umhtga yg dbina sampi la k ary tua yer….
    dh kwin jgn nk scsndl2 plak ko era…
    jgn nk mnipu jer k….
    nty ko xselmt kt dunia maupun akhrt nty…
    dh kwin ubah la sikp buruk ko tu…

  35. [email protected] says:
    Monday, February 7, 2011 at 9:35 am

    semoga kalian semua tahu apa itu kebaikan dan apa itu keburukan…

  36. KakLong Nieyswaniey Liznan says:
    Saturday, June 18, 2011 at 7:19 am

    assalamualaikum…
    pe la korg ni..agk2 ar nk kutuk2 owg..
    crmin dri sdri dlu…ko mnat erra 2 psal ko kutuk hans..
    ko mnat hans 2 psal ko kutuk eraa..
    pe hak korg ea nk judge owg cmtu..
    igt dosa ar beb…
    dorg ada hak nk tntukan msa dpn n kbhagiaan msg2…
    so,up 2 them ar…korg yg over sgt ni pesal..??
    dorg pnah jd kkasih korg ke yg korg cm tw sgt hati budi dorg????
    nseb dorg x rmpas tmn idup korg pn dh kira ungtung…
    kpda yg kutuk erra smpai ke thp dlm kain 2,insaf2 la wei…at least die x wt dosa ngn mngumpat sal korg…
    korg 2 x sdar yg korg 2 lbh truk ag dr die…
    sy pn x suka owg crg…tp bragak ar smpai nk maki hamun owg..
    jdoh kn dh dtntukan olehNya…
    lau dh xde jdoh wtpe nk kecoh2…
    nmpak sgt korg xnk trima tkdir ilahi…
    ape 2 bkn dosa ke???
    stkt tgk gmbar2 cmtu pn nk kecoh…dnia artis biasa ar tuu..
    yg kowg tgk dlm movie yg pluk2 cium tnpa ada btasan xde lak korg kecoh…
    ntah2 korg pn sama je..
    dh jdoh erra ngn tg amran..
    redha je la…ag pun mmg sesuai pn..
    sy bkn nk nk bckup erra..x jgk bckup hans..
    tp msg2 ad plihn sdri…
    hans mmg cam syg gile kt erra..
    tp asenye xde ar smpai kutuk2 cmni…korg je yg emotional x tntu psal…lbih2 lak..
    mgkin dorg lbih ssuai jd kwn…nk wt cmne…
    kpda mreka2 yg mulut laser sgt tuu…sdr2 laaa…
    ltk dri korg d tmpat dorg??
    pe korg akn ase bile dgr org ckp bkn2 sal korg,ape prsaan suami korg..
    n cmne lau suami korg tggl kn korg smata2 dgr maki hmun dr owg yg xde prasaan??/.
    pk la sdriii..sume ada otak..

    ~~~by:waniey

« Older Comments

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah
    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Loudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The East
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • nashOne Nite Only With Nash LefthandedSaturday, May 25, 2013
    • Loudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The EastSaturday, May 25, 2013
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nura on:Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • nina on:Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
    • nina on:Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • nina on:Gambar Nubhan & Mila Jirin Berkaraoke Lagu Cinta Kasih di Red Box
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah
    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Loudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The East
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.