in

Gossip: Enggan Berbaik Dengan Mentua

SELAMA ini SS dengar macam-macam cerita mengenai artis ini terutama kisah perkahwinannya yang tidak direstui orang tua. Sebagai orang luar, SS tidak menyebelahi sesiapa. Lagi pun, SS tidaklah rapat sangat dengan artis itu. Memanglah pada mulanya ibu bapa suami artis itu marah kerana merahsiakan perkahwinan mereka, tetapi mana ada ibu bapa yang bencikan anaknya sampai ke mati.

Selepas empat lima bulan sejuklah hati mereka. Kucing pun sayangkan anak, inikan pula manusia. Apatah lagi hati seorang ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan si anak bagai menatang minyak yang penuh.

Bertambah sejuk hati orang tua apabila dapat cucu. Orang kata, buang keruh ambil yang jernih. Lautan mana yang tidak bergelora dan bumi mana tidak ditimpa hujan. Begitulah resam hidup manusia, sepanjang hidupnya pasti ada membuat kesilapan.

Khabarnya, mentua artis itu sanggup menjaganya ketika dalam pantang, tetapi artis itu tak mahu. Alasannya dia hendak balik berpantang di rumah emaknya di kampung. Tetapi sebenarnya artis itu berpantang kat rumahnya sendiri dan ibunya yang datang ke rumah.

Sebelum itu pun, SS difahamkan keluarga suaminya selalu pelawa artis itu datang ke rumah mereka, tetapi setiap kali diajak ada saja alasannya. Sakit kakilah, perut kembunglah dan 1,001 alasan lagi.

Jika begitu ceritanya, artis itulah yang tidak mahu berbaik dengan keluarga mentuanya. Jadi, selepas ini jika keluarga mentuanya tidak pedulikan dia janganlah marah dan jangan keluarkan pelbagai kenyataan dalam akhbar memburukkan keluarga suami.

Bagi SS, apabila kita mengambil keputusan hendak berkahwin, ertinya kita kena terima keluarga pasangan kita. Ibu bapanya sudah menjadi ibu bapa kita. Mengabaikan mereka samalah hukumnya seperti mengabaikan orang tua kita sendiri.

Perkahwinan yang paling membahagiakan apabila mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga. Tak kiralah siapa betul atau siapa salah, sebagai anak mereka tetap orang tua kita yang perlu dihormati dan disayangi.

Pada SS, artis itu tidak patut buat macam itu pada keluarga mentuanya. Beralah sajalah dan jangan pisahkan si kecil itu daripada datuk dan neneknya. Dari sehari ke sehari, usia kita bukan semakin muda. Mana tahu esok lusa, anak kita buat kat kita pula. Bentuk dunia yang bulat ini tidak memungkinkan kita duduk di atas selalu. Fikir-fikirkanlah.

SS juga dengar cerita, sebaik saja keluarga suami artis itu mendapat berita mengenai perkahwinan mereka, terus si bapa lelaki menghubungi bapa artis itu dengan harapan untuk berbincang secara baik. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yasmin Ahmad Kena Strok Bukan Meninggal Dunia

Gossip: Artis Mabuk Lupa Dunia