Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gossip Datuk K & Rozita Che Wan Dirungkai @ Sehati Sejiwa Siti Nurhaliza



Sehati Sejiwa rungkai semula gosip Datuk K-Rozita Che Wan

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

“Alhamdulillah, hubungan saya dan suami dalam keadaan baik baik selepas menepis gosip-gosip yang melanda rumahtangga kami termasuk gosip dengan Rozita. Kita tunggu sahaja, mungkin gosip ini akan senyap juga apabila Rozita berkahwin nanti,” ulas Siti sejurus selepas ditemubual dalam program Sehati Sejiwa yang disiarkan secara langsung oleh RTM1.

Hari ini, program terbitan Haliza Mat Kharsa kembali merungkai gosip mengenai suami penyanyi terkenal, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa atau Datuk K memberikan kereta mewah kepada pelakon jelita Rozita Che Wan.  

Program yang dihoskan oleh pelakon Scha Yahya ini menjemput pasangan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Datuk K untuk bercerita mengenai kisah hidup rumahtangga mereka seperti yang disiarkan pada pukul 3 petang tadi.

Dalam bertanyakan soalan rumahtangga, Scha turut menyelitkan soalan gosip itu yang melanda hubungan pasangan itu termasuk membuat panggilan telefon secara menerus kepada Rozita untuk menjawab soalan cepu emas itu.

Sama seperti yang dijawab sebelum ini, Datuk K mahupun Rozita menidakkan telahan tersebut.

“Cerita itu tidak benar kerana sumbernya berpunca daripada internet. Saya pun tidak tahu bagaimana gosip ini boleh timbul kerana saya sendiri tidak tahu bagaimana saya menghadiahkan kereta kepadanya,” komen Datuk K dalam nada yang tenang.

Selepas itu, Rozita dihubungi bagi menguatkan jawapan Datuk K yang gosip itu tidak benar. Datuk K dan Siti pandai menjawab soalan hos Scha dalam keadaan yang tenang terutama ketika diasak dengan soalan gosip.

Lantas, dalam masa beberapa saat, Rozita membalas panggilan lalu menyapa Siti dengan mesra sebelum menjawab gosip tersebut.

“Terima kasih kepada Sehati Sejiwa kerana memberikan peluang kepada saya untuk menjawab gosip ini.  Kereta yang saya belikan itu merupakan hasil titik peluh saya yang telah dibeli sejak Mac 2007 dengan menggunakan wang sendiri dan bukan ditaja seperti yang dihebohkan. Saya tak pernah berjumpa dan mengenali Datuk K secara peribadi,” jelas Rozita. Sesekali Siti mengelap peluh Datuk K semasa program berehat memberi peluang kepada iklan.

Sesudah penjelasan tentang Datuk K membeli kereta untuk Rozita diberikan, soalan berbaur gosip yang mengatakan Datuk K pernah mengasari Siti turut dituju kepada pasangan ini. Siti yang diminta menjawab soalan itu berkata dia menganggap gosip yang tersebar itu bagaikan melengkapkan satu demi satu siri drama.

“Kalau cerita seperti ini memang cepat tersebar. Lepas ini saya tak tahu apa lagi cerita yang akan keluar. Kira seperti kisah rumahtangga saya ini ibarat sebuah drama bersiri. Saya tak tahu apa lagi drama yang akan berlaku selepas ini. Sebagai orang Islam, saya rasa mereka mesti tahu hukum kalau kita bergosip,” jawab Siti.

Selain itu, Scha turut menyentuh tentang gosip Datuk K telah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang pramugari.

Sama seperti jawapannya sebelum ini, Datuk K menganggap isu kahwin pramugari itu adalah tidak berasas dan merupakan suatu pembohongan yang dicetuskan oleh rakan-rakannya dan kenalan VIP. Antara persoalan lain yang dibualkan adalah berkaitan kehidupan berumahtangga, keistimewaan pasangan masing-masing, dan aktiviti masa lapang termasuk pengisian klip video Siti dan Datuk K.  

Begitu juga sesekali diselitkan dengan foto-foto zaman bujang dan perkahwinan pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga selama dua tahun ini.  Menariknya, sesi temubual yang berlangsung selama satu jam ini turut diselang-selikan dengan panggilan daripada penonton yang bertanyakan pelbagai soalan dan tidak kurang juga seorang pemanggil yang mendoakan kebahagiaan pasangan ini. – mstaronline

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • DATUK SITI NURHALIZA DAN DATO’ SERI KHALID MOHD JIWA : TETAMU UNDANGAN PROGRAM SEHATI SEJIWA
  • Gambar Romantis Datuk K Menyuap Dato’ Siti Nurhaliza
  • Ashraff Sinclair dan Bunga Citra Lestary Dalam Sehati Sejiwa
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Siti Nurhaliza Datuk Khalid Sambut Ulangtahun Pertama Perkahwinan 1st Wedding Anniversary
  • Gambar Siti Nurhaliza Canteq ke Berlakon Jadi Azizah Awek P. Ramlee?
  • Datuk Siti Nurhaliza Mengandung Hamil Anak Pertama?
  • Fahrin Ahmad Jadi Pembantu Scha Dalam Sehati Sejiwa
  • Gambar Pelakon Saus Kacang Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari



    • emma

      ct? boring stuff.. !!

    • bini orang

      handsomenye dato’ K..

    • gadis ….cs

      bosannnnnnn…errrrhhhhh
      takde ke cita yang lain…asyik pasal
      dia jeeee….

    • poyo je..

      mmg pun, balik2 cite diaorg, dah basilah cite gossip korang ni!…

    • http://www.yahoo.com chocolate gurlz

      dah dah la tu…cemuih la ceq tengok…

    • june

      lap peluh..awat tu..panas kot hehee…

    • hazz_CT

      kalo jemuih..
      x osah la dok tgk2..
      pi maen jaouh2..

      =)

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      tudung is now 40!

      god job satan.. we win!

    • bluerose

      Sebagai orang Islam, saya rasa mereka mesti tahu hukum kalau kita bergosip,” jawab Siti.

      shut the eff up siti….. sebagai org islam saya rase siti tahu hukum bertudung mcm mane kan? kan??

    • http://- saje je

      “tudung is now 40!
      god job satan.. we win!” tis is wat obefiend wrote…
      err…wat do u mean by “WE” idiot???
      does it mean tat u r the satan too???haha..!!
      such a dumb…!!!

    • siz sakura

      saper yang tak tau atok k tu saper….sebelum mak iti pun,melambak da bini….so,tak mustahil gossip tu da kebenarannya…lu pikik arr sendiri mak iti………..

    • atuk

      kalau tiada angin masakan pokok bergoyang tuk ti… Ngaku ajelaaa lagipun kalau ngaku tuk ti tentu leh jadi madu yang baik… Leh dapat payung emas kat akhirat nanti… Buat apa tak nak mengaku lagipun tuk K layak dari segi batin dan zahir untuk berkahwin 2, 3 dan 4….. Baik tuk ti mengaku dan beri kebenaran jee pasti tuk tii akan disanjung nanti sebagai wanita yang hebat kerana sanggup bermadu dan dimadukan bukan 1 tapi 4.. kalau abang mat(drebar lori) leh kawin 4 takkan tuk K tak leh lakk..

    • http://www.uttsb.uum.edu.my/ Jom Cuti-Cuti Malaysia

      apa lagi lah dengan mak iti ni.. tapi aku rasa cite ni memang benar..

    • http://minahsenget timun

      dulu saya minat kat siti tapi sekarang dah tak berapa minat…overlah siti ni.macam dia sorang ada laki..tak payah la tunjukkan sangat kemanjaan kamu depan org ..dah jadi meluat tengok..

    • kulat

      betultu timun, rasanya takyahlah tunjukkan sngt, buat org2 kat luar sana ambah tak suka, kisah rumahtangga tak payah diheboh2kan, baru nak msk 3 tahun kawen, mmgla bermulan madu, tp selalunya org baru kawen mmg bnyk gaduh2, yelakan baru nmpk perangai masg2, saya ckp melalui pengalam kwn2 & kakak saya sndri, adatu smp bertahun jgkla baru ngam, so klu bergaduh awl2 & lepastu ok lebih baik, dr romantik awl2 but akhirnya…bkn nak doakan yg buruk but in our life must jujur & jgn hipokrit….sorry klu ada yg tersinggung, just want give my small opinion….

    • bluerose

      ala la la datuk k..rambut takde uban seurat pown menjangkau umur 50thn ni. bapak aku umur 40 lebih pun dah beruban. hmmm enjoy la hidup dlm fantasi berjiwa muda.

    • yatt

      mmg la die ceta sal rumahtangganya dh kamu yg dok sibuk2 nak fitnah die! yg kamu suka kutuk cara dia tudung 2 apahal? bagus lh 2 dari bukak baju. Bencinya aku dgn org pnyakit PHD ne.

    • ummie cute

      Tak kan berak kat toilet RTM tak pam nak mengaku kot…ntah apepe ntah..
      soalan yg kita sendiri boleh agak apa jwpannya..lg depa nak tnya.. ngong..!!

    • anymous

      huhuhu..tak akan arr rozita tuh nak mengaku ..aduhaii…
      kasih sayang tak payah nak menunjuk2…akhirnya ..jadi macam ajai n nurul.
      semua ni pasti ada hikmah..dulu ct rampas hak org ..n kalau kali ini..dia di rampas…renung2 kan…. sekadar pandangan.

    • Ms Random

      saya pun tak pasti benda ni benar, tapi kawan saya ckp, kawan dia punya mak cik adalah rombongan yang mengikut rombongan Datuk K pergi meminang Rozita Chek Wan, Cian pulak dkt CT, tapi aku mmg nak dedicate lagu Britney Spears WOMANIZER…. untuk Datuk K, kalau benar cukup2lah Datuk K

    • http://dalilah1409@geocities.com MissDee

      idup ini umpama roda…kalo ct bole buat ka ex bini dato k dulu…tak mustahil ada betina lain leh buat benda yg serupa kat dia skg @ akn dtg…kalo dato k leh buat hal serupa msa kwin ngan bini dia, tak mustahil dia leh buat hal serupa msa kwin ngan ct…org yg memutuskan silatulrahim org lain, ALLAH akn bls ngan segra…byk sgt cth kat dunia artis neh…datuk k tu mmg kasanova sjk skola menengah…kalo lagu tu smpi tua pun lagu tu…umo pun dah lbh 40…mmg xleh hrp nak berubah…mmg cian ct dpt laki camtu…jenis yg pandai bermuka2…

    • Bunga

      ENTAH..ENTAH..ENTAH..ENTAH…………………..TAKDE CERITA LAIN KER KLU BUKAN CERITA PASAL ROZITA CIK WAN YG CUN MELECUN TUEEEEEEEEE..

    • puteriii

      huhu..
      aku bkn nk ngata tp skdr nk luah..
      dlu aku mnt gak kat mak t ne..mnt dgr lgu n sore die jerk..xdla fanatik..
      tp bler aku tau mak t nk kwin tuk k..aku mula nyambah..
      cam xdak laki bujang dh kat dunia ne…wat pe nk rmpas hak org..
      lau tol la psl rozita tu..skang kne blk pd mak t..
      nsb bdn laa…sape suh rmpas hak org..huhu…
      bnyk lg laki len yg kaye lg baik2..bkn dh sengkek laki dah..
      tgk cam sopan..tp plh laki gtow lak..bapak mcmtu..no wonder ank lg truk..huhu..
      tp owg2 len kt dh jdoh die..nk wat cane..tp ntah au daa xsue at mak t..

    • JERUNG PENING

      JODOH MANUSIA DI TANGAN TUHAN…..SETIAP MANUSIA ADA JODOHNYA…..PERCAYA PADA QADA’ DAN QADAR

    • ehan.

      apa la korang ni….kesian tau ct….korang suka ek tgk kalau ct nangis.. tak baek tau…

    • bleed

      dem obe kat sini pun nak tinggal taik

      nway, ala pegi la mampos siti ke datuk k ke rozita che wan ke. laki mane la tak leleh tengok hello titties RCW. makan tak abes bang… mewahhhh



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK