in

Gossip Cinta Pelakon Mudah Beralih Arah

Soseh Soseh: Cinta mudah beralih arah

KISAH pelakon lelaki ini menjalin hubungan cinta dengan wanita yang menjadi kekasih dalam drama yang mereka berlakon bersama pernah menarik perhatian khalayak sebelum ini. SS masih ingat pada awal kemunculannya, pelakon ini tidak mendedahkan siapa kekasih sebenarnya. Sehinggalah kekasihnya hadir pada satu majlis pelancaran drama, baru ada yang perasan mereka mempunyai hubungan istimewa lebih daripada kawan. Selepas diselidik media, rupanya memang benar apa yang disangka.

Namun, berita terkini pelakon lelaki ini sudah jatuh hati seorang lagi pelakon yang tidak kurang hebatnya baik dalam bidang lakonan mahu pun kisah cintanya sebelum ini. Dalam erti kata lain, pelakon lelaki itu sudah pasang dua. Di antara kedua-dua pelakon wanita yang cantik jelita itu, SS pun tak tahulah yang mana cinta sejati pelakon lelaki itu.

Pelakon lelaki itu khabarnya berkenalan dengan cinta keduanya itu selepas mereka berlakon sama dalam satu drama. Ketika penggambaran dijalankan baru-baru ini, mereka kelihatan mesra walaupun pengarah sudah jerit ‘cut’. Hai kalau macam itu susahlah. Pantang berlakon berpasangan, artis lelaki itu akan jatuh cinta. Kalau begitulah tabiat pelakon lelaki itu, apa kata selepas ini pengarah gandingkan dia dengan beruk atau beruang. Tak adalah hati yang terluka lagi selepas ini.

Sah pelakon lelaki ini jenis tidak tetap pendirian. Pantang tengok perempuan dahi licin, mulalah tak tahu hendak buat pilihan. Keliru juga SS mendengar cerita ini. SS tertanya siapa kekasihnya yang sebenar atau memang pelakon lelaki ini ‘playboy’. SS bukan cemburu dengan pelakon ini tetapi SS percaya peminatnya pasti mahu tahu cerita sebenar kehidupan peribadi artis ini. Memanglah pelakon lelaki itu ada rupa, tetapi janganlah menggunakan rupa itu untuk berbuat sesuka hati, takut ada yang curah asid kat muka tu pulak.

SS sekadar memberi teguran. Apa yang penting, pelakon ini cuba belajar daripada pengalaman dan kesilapan orang lain. [sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Pengurus Artis Tuduh Wartawan Tak Nak Bantu

Ida Nerina Masih Belum Sembuh