Gossip Azharina Rampas Tunang Orang Adalah Tidak Benar
Setelah menyiarkan satu entri tentang gossip Azharina Rampas Tunang Orang pada minggu lalu, Budiey telah disarankan agar gossip ini dipadamkan atas sebab menyentuh sensitiviti individu lain iaitu lelaki yang sebenarnya masih menjadi tunangan orang. Ianya bercanggah dengan apa yang disebarkan melalui email tersebut.
Semalam, di Kosmo!, satu artikel kenyataan balas oleh B tentang gossip tersebut ditulis oleh Maliah Surip telah disiarkan. Diharapkan dengan penjelasan ini, sekurang-kurangnya dapat menjernihkan lagi keadaan para pembaca semua tentang gossip tersebut.
Tags: BlogB NAFI SAYANG AZHARINA
DUA hari selepas menerima e-mel berantai ini, saya dihubungi oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya ialah individu yang dimaksudkan dikaitkan dengan Azharina atau Nina ini.
Umum mengetahui Nina, 23, baru bercerai dengan suami yang dinikahinya selama dua tahun, Datuk Syukri Mohd, 50, kira-kira tiga bulan lalu. Lalu apabila e-mel ini tersebar, banyak pihak yang melihat perbuatan ini sebagai satu tindakan untuk menjatuhkan nama baik penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Elergi Sepi ini.
Memperkenalkan diri sebagai B, pada pertemuan kami, lelaki ini terpanggil memberi penjelasan selepas melihat gambar dan ceritanya bersama Nina disiarkan menerusi blog teman saya, Sensasi Selebriti.
“Saya berani katakan ini semua satu fitnah. Saya akui saya mengenali Nina dan kami rapat, tetapi bukannya bercinta. Semua yang ditulis oleh penulis e-mel itu adalah satu fitnah,” tingkah B kesal.
Jelas B, hubungan baiknya bersama Nina telah terjalin lebih tiga tahun lalu sewaktu Nina belum berkahwin iaitu ketika dia masih menuntut di Universiti Malaya. Persahabatan terjalin selepas dia kerap menganjurkan majlis yang membabitkan artis dan Nina merupakan salah seorang artis yang sering memberi kerjasama kepada mereka.
Kata B:
“Salah ke saya berkawan dengan artis? Malah bukan Nina seorang kawan saya di kalangan artis, tapi ramai lagi. Dan kenapa nak buat macam ini pada kami berdua? Saya kasihan pada Nina kerana kami tahu status hubungan kami hanya kawan. Sepatutnya orang yang menulis ini menghormati saya, Nina, keluarga saya dan tunang saya. Sebab saya tak pasti apa motif dia buat macam ini sedangkan saya tidak mengenalinya langsung.”
Tambahnya yang tertekan dengan perbuatan ini, dia juga ingin menafikan beberapa perkara yang ditulis oleh pengirim e-mel ini. Antaranya dia masih belum putus tunang dan tidak pernah bercuti ke luar negara dengan Nina.
“Saya masih lagi bertunang dengan tunang saya. Dan saya rasa fitnah paling besar juga adalah kononnya saya pergi bercuti dengan Nina selepas sambutan ulang tahun kelahiran saya pada 3 Mei lalu. Ya, saya memang pergi bercuti. Tapi bukan dengan Nina, sebaliknya dengan teman serumah saya. Kami pergi bercuti dari 9 hingga 12 Mei lalu. Kalau tak percaya, boleh periksa sama ada Nina berada di Malaysia atau tidak pada tarikh berkenaan,” ujarnya lagi. Kata B, dia masih tercari-cari motif sebenar penulis ini berbuat demikian terhadapnya.
Menjelaskan tentang gambar-gambar yang disiarkan, B memberitahu gambar dia berbaju putih diambil sewaktu majlis ulang tahunnya yang lalu. Sementara sekeping lagi gambar yang kelihatan mesra dirakamkan semasa majlis ulang tahun Nina baru-baru ini.
Jelas B, dia memang mesra dengan teman-temannya dan tidak terkecuali Nina.
“Aksi mesra kami dalam gambar itu tidak membawa maksud yang lebih daripada keakraban seorang teman,” katanya lagi.
Ditanya sama ada dia mengenali bekas suami Nina, ujar B: “Saya tahu Nina sudah berkahwin sewaktu menjadi temannya, tapi tidak pernah bertemu bekas suaminya.
“Namun soalnya sekarang, salahkah saya berkawan dengan Nina? Saya tidak mempunyai perasaan atau ada hubungan cinta dengannya. Hanya kawan. Jadi saya harap dengan penjelasan ini, ia sudah cukup menjawab tuduhan e-mel tersebut. Saya harap ia berakhir di sini kerana kami mempunyai kehidupan dan harus menjaga hati banyak pihak termasuk menjaga nama baik keluarga.” – MALIAH SURIP
Baca artikel lain yang berkaitan:













May 26th, 2008 at 5:44 pm
Sabar je la Encik B..Biase la manusia..
May 26th, 2008 at 6:24 pm
even DK said it was all a lie when he went out with Siti years ago
dont believe it at all!
May 26th, 2008 at 8:11 pm
dear semua..knp semua Bloogers tak tulis apa2 psl Final AF6? Bloggers boikot AF ke? sy xde la masuk smua blog, just bukak Budiey, Manggaonline dgn Gua.com…tp semua xde komen…mcm pelik je…ada apa2 sbb ke?
May 26th, 2008 at 10:13 pm
saya selaku sorang daripada bloogers ingin menyatakan bahawa saya teah gagal membayar bill astro… sebabtula saya x tngk af6…. cilakak punya posmen x hantar bill kat rumah saya
May 27th, 2008 at 1:26 am
to sayatanya
simple. i can give you a good answer now. The show sucked ass. its a waste of oxygen. why must bloggers blog about a stupid show when they can blog about Rahim Tambhy Chik! he is more interesting than Toi!
AH AH HA HA HAHAHA
May 27th, 2008 at 7:47 am
Seorg teman saja blh tangkap gmbr mcm tu???
ooo teman tp mesra la tu…
klu bf aku amik gmbar smpai mcm tu…mau gak aku nak ganyang bf aku tu…blh naik hangin aku…
tu cara kawan ker…klu couple…tak tau la plak mcm mana aksi nye yer…betoi tak Budie??hehe…
May 27th, 2008 at 9:41 am
Huhuhu…… bisa ayat tu…
May 27th, 2008 at 11:16 am
Boleh caya ke???.. apa pulak komen si janda tu???
May 27th, 2008 at 1:00 pm
ahhh… aku x caye.. sape brani ngaku… bak kate nabil.. lu pikir la sendiri..
May 27th, 2008 at 8:48 pm
haha… nape marah sgt encik B ni??
rilex2 sudah… kalau tak tahan gosip, jgn kawan dgn artis…
kawan dgn org2 biase sudah..
takde kene gosip…
May 28th, 2008 at 8:45 am
eleh… azharina tu keje dia nk menyaman jer. dulu warned org lain masuk neraka jahanam. konon org lain la yg berbohong pasal gossip kahwin dia. padan mukan pun biar si B tu x mau dia.
June 2nd, 2008 at 12:04 pm
btul la…. diaorg xder ape2…
sya bleh jdi saksi…
B bkan pg ngan azharina bercuti
dia pg ngan housemate dia…
serious…