in

Gossip Artis Pokai Lari Tak Bayar Sewa

SS ada bertemu dengan seorang kawan lama dalam satu majlis di ibu negara, baru-baru ini.

Dalam rancak berbual, rakan SS itu bercerita mengenai jirannya yang juga seorang artis baru. Kata rakan SS itu, dia tidaklah berkawan rapat dengan artis terbabit, tetapi selalu juga bertegur sapa.

Apapun, baru-baru ini rakan SS itu mendapat tahu jirannya itu sudah melarikan diri meninggalkan rumah yang disewanya. Ini kerana mengikut cerita yang disampaikan sumber, artis tadi tidak mampu membayar sewa rumah didiami selama beberapa bulan.

Itulah kesannya apabila tidak cukup wang untuk membayar sewa rumah yang tertunggak. Mungkin artis itu tiada jalan lain lalu terpaksa angkat kaki agar tuan rumah tidak bertemu untuk menuntut hutang. Mendengarkan cerita rakan itu, SS terfikir siapa kata jadi artis boleh kaya dalam sekelip mata? Mungkin ada yang bernasib baik, boleh lekas hidup mewah, tetapi asasnya kenalah pandai menabung dan menyusun agenda seni agar ada jaminan masa depan.

Mengenai artis baru tadi, SS juga dengar cerita dia tinggal di rumah itu bersama teman lelakinya. Oopps, artis wanita rupanya… Begitulah hakikat dunia artis, baru hendak bertapak, sudah dengar macam-macam cerita. Kalau begitu caranya tentu rezeki tak berkat.

Apapun, bagi SS, karier sebagai artis bukan mudah. Zaman sekarang, usah hanya bergantung kepada pakej cantik dan kacak semata-mata, tetapi kena ditambah dengan bakat. Kata rakan SS, dia tak sangka artis yang mudah mesra itu realitinya hidup suka berhutang sana sini.

Angkara sewa rumah tidak mampu dibayar, dia ambil jalan mudah melarikan diri. Kata rakan SS, ingatkan seronok juga dapat berjiran dengan artis, mana tahu boleh tumpang glamor sekaki, tetapi jirannya itu rupanya tergolong dalam kategori ‘artis pokai’.

Namun, nasib baiklah artis itu masih tahap suam-suam kuku saja. Kalaulah artis popular yang tiba-tiba angkat kaki atau lari daripada membayar sewa rumah, mahu juga ia menjadi bualan hangat dalam sekelip mata. Bagaimanapun, hutang tetap hutang. Walaupun artis itu hilangkan diri, masalah dia dengan tuah rumahnya tetap tidak juga selesai. Macam mana hal halalkan?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Amylea Azizan Sentap Dengan Aziz Desa

Win iPad with AXE Wake n’ Win Contest