in

Gossip Artis Kaki Lewat

SS sering dengar rungutan daripada banyak pihak berkenaan tabiat buruk seorang artis yang sering datang lewat ke mana-mana majlis. Tapi SS tak berapa ambil peduli sebab anggap ia perkara lumrah dalam bidang seni.

Gambar Hiasan

Lagipun dah ada pihak yang mengadu perihal dirinya kepada media dan perkara itu pun dah ditulis. Jadi, SS percaya dia akan berubah sikap dan membaiki kelemahannya. Namun, nak kata apa lagi kalau dah jenis tak ada kesedaran sivik, tabiat ini tetap diulanginya walaupun dia sedar kesannya turut menyusahkan orang lain juga.

Macam baru-baru ini, sumber SS berkata, artis ini diundang menjayakan satu program yang hebat juga. Penganjur suruh dia buat latihan pada waktu yang ditetapkan kerana jadual sudah diatur.

Lagipun bukan dia seorang yang turut serta kerana ramai lagi terbabit. Tapi sebaliknya, dia langsung tak patuh pada arahan. Sudahlah lewat, yang nampak batang hidung selepas itu hanya ‘orang suruhan’ dia.

Bengang sungguh penganjur kerana apabila sampai waktu program, dia siap boleh angkut adik-beradik sekali sedangkan matlamatnya untuk bekerja bukannya pergi makan angin.

Yang buat penganjur bernanah, sudahlah disiplin ke laut, mulut pula asyik bertanya mengenai baki bayaran. Siapa yang tak geram dibuatnya? SS tak sangka pula sampai begini sekali teruk artis itu.

SS juga diberitahu satu sumber lagi, artis ini pernah buat hal juga di tempat kelahirannya. Dengarnya penganjur suruh buat latihan pada sebelah pagi, tapi dia datang sebelah petang. Alamatnya kena halau baliklah dia. SS kesal kerana kalau setakat dia menyusahkan diri sendiri tak apalah. Kalau sampai menyusahkan orang lain, SS cadangkan dia kena masuk sekolah semula untuk belajar mengenai kepentingan disiplin dan masa.

[Harian Metro]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bengkel Kecantikan Sensasi Selebriti Bersama Irma Hasmie

Gossip Vokalis Band Masih Tak Serik