in

Gossip: Artis Gila Publisiti

Dengarnya… Jangan sampai dituduh gila publisiti!
Dipetik dari Berita Harian

PERTAMA sekali Cik Normah nak minta maaf kalau tulisan Cik Normah ini akan mengguris hati seorang pelakon baru bernama Hafiz Napiah. Tapi disebabkan rakan-rakan minta Cik Normah tolong tegur sikit pelakon baru ini, Cik Normah pun terpaksalah menolong rakan-rakan.

Bukan satu dua teman media yang tak tahan dengan sikap pelakon tu, tetapi boleh dikatakan kebanyakan media tak kiralah dari syarikat mana, semuanya rengsa dengan pelakon itu. Rakan Cik Normah menjadi bertambah rengsa dengan si Hafiz ini ketika menghadiri sidang media Festival Filem Malaysia (FFM), baru-baru ini.

Pelakon itu pun turut hadir dalam sidang media berkenaan walaupun namanya tak tercalon untuk mana-mana kategori, hanya filem lakonannya Rasukan Ablasa dicalonkan, itu pun untuk kategori Penataan Muzik Terbaik. Rakan Cik Normah tak kisah bab tu sebab mungkin dia sekadar ingin memberikan sokongan kepada FFM. Cuma kerengsaan rakan Cik Normah tambah meluap-luap apabila finalis dan urusetia dipanggil untuk bergambar di pentas, si Hafiz ini tanpa segan turut naik ke pentas juga.

Ketika itu, rakan Cik Normah tertanya-tanya juga kenapa dia turut naik kerana jangankan Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, nama si Hafiz ini langsung tidak tersangkut walaupun untuk kategori Pelakon Harapan Lelaki. Itu yang menambahkan rasa pelik di hati teman Cik Normah.

Beberapa kali juga rakan Cik Normah membelek senarai finalis, tapi tak nampak pun nama Hafiz dalam mana-mana kategori. Sudahlah namanya tidak tersangkut, lepas tu boleh dengan selambanya naik ke pentas untuk bergambar sekali.

Yang membuatkan rakan Cik Normah tambah tak tahan, dia boleh pula berdiri di tengah-tengah pentas sambil turut memegang trofi. Apakah sebenarnya yang awak cuba lakukan? Adakah cuba mendapatkan publisiti dengan cara mudah?

Kalau mahukan publisiti pun biarlah berpada-pada, janganlah risau kalau betul bagus, tak ke mana publisiti itu. Ini tidak ke hulu ke hilir sibuk nak mendapatkan publisiti, tetapi mutu lakonan tak seberapa. Kepada Hafiz, Cik Normah minta maaf kalau terasa hati, tetapi nasihat Cik Normah kalau boleh selepas ini cubalah kawal sikit perangai itu jika tak mahu dikata.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Quotes of The Day: Kami Tak Kisah Dituduh Ciplak

Erra Fazira dan Aleesya di Selebriti Room Suria FM Esok