in

Gossip Artis Buat Muka Ditipu

RAMAI wanita berangan jadi cantik. SS sendiri pun kuat berangan sehingga hendak ke kedai runcit hujung jalan masuk ke rumah pun masih hendak bersolek, paling kurang mencalit lipstik di bibir SS yang mongel ini.

Bukanlah niat SS melaram nak cari calon suami tapi SS percaya setiap wanita pasti mahu penampilan dijaga rapi agar keyakinan bertambah. Sebut pasal aspek menjaga kecantikan, ada rakan SS yang mengeluh kerana sukar dapat produk kecantikan Datuk Siti Nurhaliza yang laris di pasaran bak pisang goreng panas.

Namun, bukan topik itu yang ingin SS sampaikan kali ini. Sebaliknya, SS tertarik berkongsi cerita seorang artis wanita yang masih muda dan berstatus bujang berdepan masalah diri.

Jangan terkejut pula apabila SS cakap dia bermasalah. Sebenarnya, dia bukan buat perkara tak senonoh tetapi dia terjerat dengan kata manis doktor yang akhirnya memakan dirinya sendiri.

Alkisah, artis ini mahu melakukan rawatan kecantikan pada wajah agar kelihatan lebih licin dan sihat. Bagaimanapun, selepas melalui rawatan teknologi laser mencecah ribuan ringgit, hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Apa yang mengejutkan, wajah artis itu semakin teruk sehingga menjejaskan imejnya ketika berada di pentas mahupun berdepan orang ramai. SS rasa tidak perlulah mendedahkan namanya, cukup sekadar kita mengambil teladan daripada pengalaman hitamnya itu.

SS tumpang simpati dengan nasib artis itu yang khabarnya masih dalam proses rawatan memulihkan wajahnya semula. Apa yang SS dengar, doktor yang merawat artis itu sebenarnya ‘kaki kencing’ yang sudah banyak kali menipu pelanggannya.

Natijah daripada cerita artis ini, artis lain juga termasuk sesiapa saja harus lebih berhati-hati agar tidak mudah terpedaya janji manis seseorang. Pada artis itu, SS berharap dia banyak bersabar dan tidak berkecil hati apabila ceritanya SS sampaikan kepada pembaca. Apa yang penting, kisah ini bukan berniat menjatuhkan maruahnya, sebaliknya dijadikan pengajaran pada orang lain.

Sebenarnya wajah artis dah cantik. Tak perlu buat apa-apa lagi tetapi itulah sikap manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada.[sumber]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Artis Jelita Terpaksa Bermadu

Gossip Pelawak Terkenal Kaki Mabuk