in ,

Gossip Anuar Zain Kini Belajar Ilmu Perubatan Islam

Pada pagi ini, Budiey ada terbaca tentang satu gosip yang enak juga dibaca iaitu Gossip Anuar Zain Kini Belajar Ilmu Perubatan Islam yang disiarkan di BH.

Selepas pelakon Ashraf Muslim dan penyanyi Adam mendalami ilmu perubatan alternatif Islam, kini ada khabar angin mengatakan penyanyi popular bersuara lantang, Anuar Zain sudah mula mengikut jejak yang sama.

Sejak bila Anuar Zain dah beramal nak jadi bomoh Islam ni? Ramai menganggao ini adalah satu kejutan termasuklah Normah Becoh di ruangan gossip Berita Harian.

Dengarnya, Anuar Zain sekarang ni dah mampu sikit sebanyak mengubat kenalannya yang sakit dan terkena buatan orang dengan menggunakan ilmu perubatan Islam yang ada. Wah! Ini dah bagus. Kalau benarlah bagai dikata, pasti ramai yang nak datang berubat dengan Anuar Zain. Yelah, bukan senang tau nak jumpa dengan Anuar Zain ni.

Kalau selama ini persembahan Anuar Zain dipenuhi dengan peminat wanita yang sanggup membayar harga tiket yang mahal, tak hairan pula selepas ini, berduyun-duyung datang ke klinik Anuar Zain yang katanya akan dibuka di sekitar Kuala Lumpur.

Pastinya ramai media akan bertanyakan tentang perkara ini kepada Anuar Zain sendiri. Kita tunggu pengakuan dan statement AZ.

Anuar Zain

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diana Danielle & Farid Kamil Bertunang

Video Suami Belasah Isteri Tersebar di Youtube