Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gosip Norman Hakim dan Memey Akan Kahwin di Aidiladha Fitnah?



Mulanya Budiey dengar gossip mengatakan Norman dan Memey akan berkahwin pada hari raya Aidiladha ini. Kononnya, Norman akan diijabkabulkan dengan Memey di rumah Memey di Johor. Ada keberangkalian juga dan tidak mustahil akan berlaku. Tetapi rasanya ini hanyalah gossip semata-mata. Mungkin musim cuti sekolah ini, senang sikit nak buat kenduri kendara.

Dengarnya…: Norman, Memey nak kahwin raya haji?
Oleh Normah Becok (Berita Harian 04/12/2008)

NAMPAKNYA kisah trilogi cinta paling sensasi abad ini masih belum berkesudahan. Khabar terbaru yang Cik Normah dengar, dua artis sensasi ini akan menamatkan kisah hubungan kontroversi mereka. Maksud Cik Normah, bukan untuk meredakan tetapi menghangatkan apabila mereka ingin menamatkan kisah sensasi mereka itu dengan ikatan perkahwinan.

Jeng! Jeng! Jeng! Macam dalam drama pulak. Berdegup kencanglah dada Cik Normah apabila mendapat tahu cerita ini dari seseorang yang boleh Cik Normah anggap sebagai parabola bergerak. Radarnya memang cepat dapat menghidu cerita sensasi seperti ini.

Dari apa yang Cik Normah diberitahu, mereka akan berkahwin ketika seluruh umat Islam menyambut Hari Raya Korban dan lokasinya adalah di bumi kelahiran Memey iaitu di Johor. Di mana lokasi yang tepat, tak tau pula Cik Normah.

Kita tunggu sajalah nanti pengesahan yang dibuat oleh Norman yang baru-baru ini sudah diterjah oleh teman Cik Normah. Kalau nak harapkan Memey, tunggu kucing bertanduk pun belum tentu dia ingin membuka mulut. Tapi kalau betullah pasangan ini ingin mendirikan mahligai, Cik Normah harap, semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik. Cik Normah tak mahu ada adegan filem Madu Tiga berulang kembali. Tak sesuai tau!

Tapi rupa-rupanya gossip ini telah pun dinafikan oleh Norman Hakim. Katanya, gosip dia nak kahwin dengan Memey hanya fitnah semata-mata.

Norman nafi kahwin Memey

KUALA LUMPUR – Pelakon popular, Norman Hakim menafikan khabar angin yang mendakwa beliau bakal bernikah dengan pelakon baru, Memey Suhaiza, 20, sehari sebelum Aidiladha ini.

“Mana ada? Itu hanya fitnah. Mana dapat cerita ni?” tanya Norman kepada wartawan di lokasi penggambaran drama Gerak Khas di Wangsa Maju, semalam.

Menurut Norman, buat masa sekarang dia tidak pernah terfikir soal berkahwin lagi memandangkan kes khalwat yang dihadapinya belum dibicarakan. Selain itu, Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon tidak mahu cerita kurang berasas menambah masalah kepada rumah tangganya bersama Abby Abadi.

“Soal hendak kahwin tu, saya tak mahu komen. Sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari,” katanya yang kelihatan sedikit susut berbanding sebelum ini.

Pada 30 Oktober lalu, kira-kira pukul 3 pagi, Norman dan Memey ditangkap atas tuduhan berkhalwat di sebuah pejabat di Ukay Perdana. Pasangan itu akan dibicarakan awal Januari depan. Menyentuh mengenai kehadiran keluarganya ke rumah keluarga Memey di Mersing, pada 22 November lalu, Norman memberitahu, ia hanya untuk merapatkan tali silaturrahim.

“Masa itu kami bertandang ke rumah sepupu di Batu Pahat dan menziarah kubur arwah kakak saya di Kampung Bukit Cermai. Kebetulan pula keluarga Memey di Tenggaroh ada membuat sedikit majlis, jadi mereka menjemput. Memandangkan kes kami (khalwat), saya dan keluarga merasakan perlu bersemuka dengan keluarganya untuk meminta maaf,” katanya lagi.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Imej Baru Norman Hakim Botak Macam Mawi
  • Video Norman Hakim Kena Tangkap Basah Dengan Memey
  • Ibu Norman Hakim Restui Hubungan Norman & Memey
  • Gossip Tergempar: Norman Hakim dan Memey Ditangkap Basah?
  • Gambar Memey Suhaiza Suhaimi Norman Hakim Tangkap Khalwat
  • Majlis Nikah Norman Hakim & Memey Suhaiza
  • Kisah Norman Hakim Abby Abadi: Tilam Toto, Selimut, Tuala Basah Bahan Bukti
  • Eksklusif! Gambar Persandingan Norman Hakim & Nor Aliah Lee
  • Gambar Norman Hakim Botak
  • Abby Abadi dan Norman Hakim Hantar Anak Sekolah



    • atuk

      ye ye merasa gak jadi org pertama lancarka bom kat sini

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      org prtama gak .. org prtama slpas atuk.. ;)

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      Lupa lak .. klau btul depa nak kawin .. selamat brkahwin!!! Selamat .. selamat…

    • http://www.obefiend.blogspot.com/ obefiend

      let them marry. its better for all. honestly who really cares abut MEMEY.

    • atuk

      asyik asyik fitnah aje si norman niee…jadi jantanla skit berani kena tangkap basah beranilaa kawin.. ini selalu buat statement macam org tak sekolah…

    • ummie cute

      Tahniah kat atuk la ye…kerana bejaye dpt tmpat petama..hehehe… ish..ish..ish..ape le si NH ni asyik nak menipu je..menipu pun lame2 org tau jgak..tak kn nk jd cam artis ‘lombong emas’ tu kot..tak mengaku bila d tnya alih2..dah nk kawen… …artis..artis… asyik nk menipu je…

      *mama cntik….knape sepi je..ko tak windu kat aku ke??…**

    • june

      hmm tk habis2..

    • KYRA

      kcian kt kak abby…dy kan cntik dri memey 2 knpe lah norman 2 sgup mnduakan kaka abby??ak ske kak abby..yg memey ni pn 1,da tau norman 2 laki owg yg dy dok gtal2 ngendeng kat norman 2 knpe???eeei xtau mlu btol ar..kpda kak abby,byk kan la bsbr..mgkin ada hikmah dsblik ape yg blaku..kpda abg norman plak,blajar la menghargai sowg wnita yg bname istri n ibu..bsar tau pgorbanan sowg istri n ibu..n kpde memey plak,bljar mhormati hak owg laen…jgn nk mruntuhkan umah tgga owg..nti ape yg awk bt kt kak abby,1 ari nti akn tjdi pda awk plak..ingat 2…

    • izzati

      memey…. 10 tahun lagi cemana nasib ko pulak agaknya ye

    • http://www.myyoungmillionaire.com Honeybee

      X pyh tggu 10 thun.. 10 bln lps mnikah dgn NH .. meyang tu p serang NH kt lokasi Gerak Am lak! heee…

    • jerankung

      10 thun anak ada 10 slow betulaaaaaaaaaaaa

    • farah

      KESIAN KAT KAK ABBY…..SABARJELAH..

    • june

      memey ni masih sembunyi ke..tk bagi statement apa pun…

    • rose_aidawatiez

      aku rase ko yg SLOW JRANKUNG..coz tak dapat himpit momok tu dulu..cuba klu dapat..senyapppp jerrr……………….itu pun klu dikurniakan anak..dibuatnyee momok tu mandulllllllllllllllllllllllllllll..cmne lak…

    • jerankung

      mandul kau cakap rose nanti kalau kau kena rose beranak 10
      kau ,,,,,,hehe he he

    • rose_aidawatiez

      Ehh..kita lak…mroyan ape ko ni JERANKUNG..

    • jerankung

      air mata nh , itulah tanda dia sygkan keluaga dia..
      aku leh faham perasan kau man sabarla kawanku…
      org pompuan lama lama sejuk la dia, nanti kau pujuk la blk pas 2 rujukla
      susah becerai kalau ada anak ni …..hanya tuhan je yg tahu

    • rose_aidawatiez

      mcm ade experience..jer..bini ko tinggalkan ko ke JERANKUNG..xpe..momok ade offer dri..

    • nora

      kesian kat memey n norman………………HAH! ITULAH, sapa suruh duk 2 2an mcmtu. kan dah kena kan tu.

    • QUEEN

      ADUH…. TAK MALU BTL LA C NH NGAN MAKCKI SORANG NI….. EEEE MELUAT KAT KORG… BUAT MALU ARTIS MALAYSIA JE….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK