in , ,

Gosip di Internet Tersebar, Betul Ke Mawi Lalok Ketagih Dadah di Australia?

Mawi, penyanyi lagu Aduh Saliha, juara Akademi Fantasia 3 dan bintang paling popular di Malaysia sekali lagi dilanda ombak ganas tsunami dalam hidupnya.

Menonton Mawi dan Linda Onn menerusi AC Di Sini, buat saya berkata dalam hati saya… susah betul jadi Mawi. Ironinya, dek kerana Mawi kesejukan sehingga terketar-ketar di Australia boleh disalah anggap Mawi sedang lalok menagih dadah. Dikatakan Mawi menyuruh kawannya mencari dadah di negara kanggaroo itu ketika bercuti bersama peminat. Kan tak logik tu!

Walaupun gossip ini dianggap lapuk, tetapi inilah fitnah besar yang tidak berasas dan tanpa bukti yang sah. Apa kata kalau Mawi buat urine test untuk membuktikan dia bukannya penagih dadah atau ganja. Memang gosip ini disengajakan untuk memberikan imej buruk dan menjatuhkan reputasi dan maruah Mawi menjelang pertarungannya dalam IKON Malaysia.

Maka pihak yang buat cerita ini gembira suka hati sebab Mawi gagal meletakkan nama antara 4 finalis. Namun, Mawi masih ada peluang dalam pusingan wild card nanti. Jangan ingat Mawi tak tersentak, malah Mawi blur tak tahu bagaimana nak jawab bila ditanya oleh famili. Ada saranan daripada peminat supaya Mawi mengambil tindakan mahkamah untuk memberi pengajaran pada orang yang sebar gossip Mawi ini. Sensasi Selebriti memang setuju… saman jangan tak saman!

Tetapi yang saya peliknya, gosip ini dibuat oleh kawan Mawi sendiri yang begitu rapat dengan Mawi. Kira musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan.

Harapnya Mawi mengambil pengajaran bahawa tidak semua kawan kita itu suka kita, tidak semua kawan itu berniat baik dan malah kadang-kala lebih kejam dari musuh Mawi sendiri. Berprasangka buruk memang tak baik tetapi cuba-cubalah untuk beringat di lain masa.

Alahai, muka baik dan warak cam ni boleh dikatanya Mawi hisap dadah?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Ahli The Fabulous Cats, Cat Farish & Hartini Ramly Selamat Berkahwin

Gosip Kelakar Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K Bergaduh Sampai Masuk Wad?