in

Google AdWords Kini Dalam Bahasa Melayu

Platform pengiklanan dalam talian Google, AdWords, kini boleh didapati dalam Bahasa Melayu. Ini bermakna pengiklan kini boleh mensasarkan kata kunci dalam Bahasa Melayu apabila pengguna membuat carian tentang perkhidmatan mereka di Google Search atau melayar laman web yang berkenaan.

Paparan antaramuka AdWords juga kini boleh didapati dalam Bahasa Melayu kepada individu perseorangan, perniagaan dan agensi yang menguruskan kempen AdWords.

AdWords membantu perniagaan berkembang dan mencapai pelanggan baru dengan menyampaikan iklan dalam talian kepada pelanggan berpotensi yang mencari produk atau perkhidmatan, atau mencari kandungan di laman web atau peranti mudah alih. Kata kunci AdWords yang disasarkan membolehkan pengiklan memilih senarai perkataan yang berkaitan dengan perniagaan mereka dan menyediakan iklan yang sesuai dan berkesan di seluruh Web.

google

Bagi majoriti rakyat Malaysia – kira-kira 60 peratus daripada populasi menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mereka. Di rantau ini, terdapat kira-kira 40 juta penutur asal bahasa Melayu dan lebih 220 juta menggunakan bahasa tersebut sebagai bahasa pengantar di seluruh dunia. Bahasa itu sendiri telah berkembang: sejak mula digunakan sebagai lingua franca serantau 600-tahun yang lalu, kosa kata Melayu telah berkembang kepada kira-kira 83,000 perkataan hari ini.

Dianggarkan terdapat 700,000 perniagaan kecil dan sederhana di Malaysia, tetapi hanya kira-kira 15 peratus daripada mereka yang berada di dalam talian hari ini. Dengan hampir 20 juta pengguna Internet daripada populasi seramai 29 juta, ditambah pula dengan lebih 35 peratus penembusan telefon pintar kini, terdapat potensi yang hebat bagi perniagaan yang bertindak untuk menangani jurang ini.

Dengan pelancaran AdWords dalam Bahasa Melayu, pengiklan besar dan kecil kini boleh memanfaatkan kata kunci yang digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia di laman Web. Lebih separuh daripada populasi dalam talian Malaysia lebih gemar mencari maklumat harian mereka di dalam talian – angka yang lebih besar daripada jumlah pengguna media cetak dan siaran tradisional.

“AdWords dalam Bahasa Melayu boleh membantu perniagaan meluaskan lagi capaian mereka di kalangan mereka yang selesa menggunakan bahasa pengantar tersebut di dalam talian,” kata Sajith Sivanandan, Pengurus Negara Google Malaysia.

“Salah satu motivasi utama kami menjadikan AdWords boleh didapati dalam Bahasa Melayu adalah untuk membantu perniagaan kecil dan sederhana mengembangkan capaian dan menjadikan mereka lebih mudah dicari melalui pengiklanan dalam talian. Kami berharap lebih banyak perniagaan kecil dan sederhana datang ke dalam talian dan memasarkan perniagaan mereka di dalam talian.”

Untuk maklumat lanjut mengenai AdWords, layari google.com.my/adwords.

About Google Inc.
Google is a global technology leader focused on improving the ways people connect with information. Google’s innovations in web search and advertising have made its website a top Internet property and its brand one of the most recognized in the world.

Google is a trademark of Google Inc. All other company and product names may be trademarks of the respective companies with which they are associated.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Bintang Di Kalbu Lakonan Mimie Haris

Ahmad Idham Buka Ahmad Idham Film Academy di Nusajaya